Pages

nuffnag

Tuesday, June 28, 2011

Excident

Pada hari Ahad yang lepas, telah berlaku kemalangan yang melibatkan sorang cikgu sekolah aku. Kejadian tidak diingini tu berlaku berdekatan umah aku jugak. (tak dak la dekat sangat) Kemalangan melibatkan 3 buah kereta. Salah seorangnya adalah perempuan yang paling teruk. Perempuan tu pregnant lagi. Memang tersepit teruk la. Kejadian tu jadi dalam pukul 7 macam tu sebab orang tengah sibuk nak p kerja.

Punca kejadian katanya adalah kerana cikgu aku ni terlelap. Bayangkan terlelap sat ja boleh menyebabkan kemalangan dan telah pun meragut nyawa baby dalam perut tu. huhu..Kesian beb.. Ambulan dengan bomba mai lambat. Apalagi, marah la semua orang. Kereta kelisa yang perempuan tu naik memang remuk teruk. Kebetulan lori balak lalu dan depa pakai rantai lori untuk bawak keluaq mangsa.

Sekarang cikgu aku dah keluaq wad. Dia cuma sakit dada mungkin sebab badan menghempap stereng. Katanya airbag pun pecah. Perempuan tu masih dihospital dan yang paling kesian dia anak yatim piatu dan tunggal. Nasib ada hasben dia.Anak dia memang tak dapat diselamatkan.

Itu orang cakap, malang tak berbau. Kadang-kadang kita bawak elok pun orang bawak macam hantu plak..
Aku kekadang bawak laju gak, lepas ni kena bawak dengan berhemah la. Dosa banyak dah wei. Mati katak kang..

p/s: Bahasa aku agak kacau sikit harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...