Pages

nuffnag

Friday, July 8, 2011

Dolu

Masa sekarang kt lappy ni 12.41am. Aku belum tidoq lagi. : ) Tulis blog ni sambil ditemani lagu Alyah, Kisah Hati. Time ni selalunya dah lena mati dah. Tetiba rasa nak menaip. Nak story apa eh?Yup. Tau dah.

30 Jun lepas maka genap la 2 tahun aku bertugas kat tempat keja sekarang. : ) Sat sajakan masa berlalu. Alhamdulillah, aku ok keja kat situ. Just ignore what ever happen. Janji keja aku siap, sudah. 2 tahun sebelum tu aku kat Pusat Islam as a PA. Pecaya dok? Sepatutnya aku incaj bahagian arkib tapi entah silap kat mana kena jadi PA  plak. Memula kat situ macam takut gak, tapi bila dah lama macam ok. Kawan-kawan pun ok. Rasa sedih gak tinggal tapi nak wat camna, aku dah pilih keja nikan. Aku sempat kena dengan 1 program ja. Tapi time kat situ memang terasa hidup sesorang. P keja sesorang, balik sesorang. Jalan sesorang plak. Kalau nasib baik ada la kakak-kakak bagi tumpang hantaq kat stesen ktm kl.(Itu pun dah besaq rahmat..)

Sebelum tu pulak kat UPM. Lama gak la kat situ. Tapi suasana tak kena dengan aku. Stress memanjang ja. Tapi kat situ la aku dapat banyak pengalaman. Pengalaman keja dan pengalaman hidup. Tak semua yang dipandang cantik itu indah dan tak semua yang dipandang kotor itu jijik. : )

Aku pernah berada di Pos Malaysia. Sini pun banyak pengalaman jugak. Pernah rasa orang tikam belakang tak? Tak pernah amik garpu tikam tengok.. ; )

Dan aku pernah kat pejabat peguam. (Banyak dah lupa la pasal hal guaman ni..)
Rumusannya, hampir suku pengalaman aku dapat. Kira ok la beb. hehe..Dari takut nak jawab telefon pejabat sampai berani la. Dari tak reti bercakap sampai tau bercakap la. Dari tak reti berkawan sampai kawan bercambah-cambah. hahaha..Dari seorang yang sangat-sangat penakut jadi berani la sikit. Seorang yang sesangat pemalu sampai jadi tak tau malu. :p .. Tapi alhamdulillah, aku tetap adalah aku. Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa meningatiNya..

p/s : Asal nak edit gambaq, tetiba teringat time keja dolu-dolu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...