Pages

nuffnag

Saturday, July 9, 2011

Makang Anging

Esok wa dah keja. Wa rasa sangat malas tau. Hmmm..2 hari cuti kejanya asyik maken, maken, maken,, hmmm..

Aku na story pasal p jenjalan baru ni. Pepagi sampai singgah semayang dan mandi kat Masjid Chalok Kedai, Setiu. Sesudah selesai bertolak p cari makan pulak. Selesai makan singgah kat Desa Murni. Start la untuk menghabiskan wang.


Selesai shopen gerak ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal. Sapa yang nak naik bot bayaran RM9 kalau tak mau naik jejalan la kat kawasan sekitarnya. ; )


Aku pilih nak naik bot. Ni cik abang ni tengah bagi penerangan. Dia bawak pusing-pusing lebih kurang 45minit la. Aku apa lagi, kena angin sepoi-sepoi bahasa, lena la. Tersengguk-sengguk. hehehe...


Ni sebelum naik bot, abang ni bagi penerangan pakai "kostum" come ni. hehe..


Kami lena kat sini. Selesa. Kat Batu Burok ni.

Petang ke Pasar Payang. Ni Bazaar Warisan dekat dengan Pasar Payang tu.

Habes bosan tak toroh, kami pun berjalan-jalan la.Dan nampak la Istana Maziah.  Dekat area tu jugak.

Esoknya lepas cekout ke Kelantan pulak. Kira sampai petang cekin kat Kota Bharu. Malam ke Pantai Cahaya Bulan. Kol 10 gerak ke Wakaf Che Yeh. Esok paginya ke Pasar Siti Khadijah. Jalan serata cerok semaa-mata nak makan nasi kerabu. heee... Pastu makan Sata. Nyam..nyam.. Bertolak balik lepas cekout la dalam pukul 12.00 pm macam tu. 

Sakit kaki tak tau nak habaq. Selalunya kalau berjalan aku lebih selesa pakai sandal. Tapi ada sekali dua aku gasak gak ngan sandal. (I.S.A= Ikut Suka Aku)

Rumusannya, not bad. Cuma sebab p macam nak p shoping ja tu yang tak best. Aku lebih suka p tempat diselangi dengan p muzium ka, kiranya macam 'Rombongan Sambil Belajar' gitu.  Tapi tak kisah la. ; )

p/s: Untuk kat Kelantan, aku tak dapat amik gambaq bebanyak. Time ni tak dak mood sangat dah. Sakit kaki, selsema, nak demam la. huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...