Pages

nuffnag

Monday, October 24, 2011

Waktu dulu 2

Nak sambung lagi...

Aku putus cinta! yeye!!hahaha.. (Nerd-nerd aku dulu boleh kapel, pelik dak?tu namanya galak!) Lama dolu nu, time memude dulu. Memang sawan jugak aku. Bukan sat, lama gila. Tapi cover ja, senyum, gelak tapi dalam hati tuhan saja yang tau. Masa tu, rasa memang lost gila. Kawan baik pun duduk jauh. So, tak dak kawan la nak share. Boleh pun mesej dengan kol ja. huhu.. 

Tapi, koi lama, koi pikiaq apa yang bestfren aku ni cakap terus semangat sikit. Aku dok meratap sadis, dia dok happy go lucky buat apa. Macam la dia dok bagi aku makan selama ni. Betoi dak? So kuatkan semangat, tak mau pikir langsung menda alah ni. (Tipu la tak terpikirkan, ada la sikit..) Time ni la cuba "bersohsial". Idok ler sosial pergi disko tu, cuma up sikit beramah tamah. Sampai ada pakcik makcik nak buat aku menantu la. Ish..ish..ish..ish... 

Alhamdulillah, dan lepas tu la aku jadi reti bercakap. Kiranya pandai la nak beramah tamah dengan orang. Kalau dulu buat dek je. Lani, jumpa orang boleh tegoq la. Sampai ada hari tu, aku p interview keja, bestfriend aku ni temankan. Saja ajak dia, kebetulan dia mai umah aku. Masa tu kat KL. Aku siap boleh dok bersembang dengan kawan-kawan yang mai temuduga jugak. Siap tukaq no telepon lagi. Apa lagi, si Una ni terkejut la. Dia cakap, aku dah banyak berubah. Masa tu aku baru perasan yang aku dah berubah. =) Yala, dia yang paling rapat dengan aku.Last year jumpa kembali xkapel aku. Dia pun cakap aku dah banyak berubah. hahahaha... 


Moral of the story, kadangkala setiap perkara yang terjadi tu, ada kebaikannya. Cuma kita ja tak sedaq. Bila terjadinya sesuatu perkara, itu membuatkan kita lebih kaya dari orang lain. Tapi bukan la kaya duit, tapi kaya dengan pengalaman. Pengalaman adalah ilmu yang kita takkan dapat dari mana-mana pun.  Kita sendiri yang rasa dan kita sendiri yang boleh judge menda tu. :) 

Cinta tu bukan tak baik sokmo. Ada baiknya jika disertakan dengan niat yang baik. Cuma cinta tu akan jadi tak baik, bila manusia senirik yang mempermaikan cinta. Aku ni bukan la pandai bab-bab cinta ni, cuma bercakap melalui pengalaman senirik dan kawan-kawan. Sharing is caringkan.. ;)


ps: Tetiba berada dalam mod "LOVE"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...