Pages

nuffnag

Sunday, October 23, 2011

Waktu dulu..

Aku dulu adalah seorang yang sangat pasif. (orang cakap) Aku kalau nak buat apa-apa macam takut je. Senang cakap tak dak keyakinan diri. Nak buat apa-apa kena bergantung kat orang. Nak cakap dengan orang takut, nak beli barang takut, kiranya semua menda takut la.. fuhhh...

Dari kecik lagi aku memang macam tu. So orang akan cop aku budak baik la, manja gitu. Waktu kat sekolah menengah, bestfriend aku, si Una ni la jadi mangsa. Kalau nak buat apa-apa dia la kena. Tapi, dia la kawan terbaik, tak pernah merungut. (tak tau la kot dok merungut belakang aku, ngeh..ngeh..ngeh..) Dulu time sekolah aku galak, maka berkapel la aku ngan sorang mamat ni. Cinta monyet, bodo ja kalau pikir balik. (dah tua baru rasa dulu bodo, mangkuk betui la aku ni)

Sampai la habis sekolah, aku kena berdikari, bestfren aku ni dapat study kat lain, dan si kapel aku ni p tang lain. (Aku pun tang lain) Kiranya kena belajaq berdikari la. Sedih gila, tapi memang tawakallah!! Waktu study tu, aku dah pandai sikit bawak diri. Kiranya nak balik umah tu, boleh balik sendiri dah la. Tak payah abah mai amik. (Lagipun aku jenis tak suka nak susahkan sesiapa, sebab nak try berdikari.) Alhamdulillah, kira lepas la diri aku ni.Mama pun rasa lega sebab anak dia sorang ni dah boleh jaga diri. (Bangga time tu, kehkehkeh..)


Tapi time tu, aku tak pandai bercakap dengan orang. Bukan la kata bisu, tapi tak pandai nak bersembang-sembang. Kalau dok ramai-ramai, aku rela dok senyap ja. Kalau p interview, aku tak pernah nak tegoq orang-orang sebelah aku tu. Bukan sombong, tapi jadi tak reti lagu mana tak tau. Kalau nak sembang ngan budak-budak laki ni, memang tak la jawabnya. Cakap menda-menda penting ja, merapu bagai tu tak la. So, baru ni ada budak kelas, chat ngan dia, dia cakap dulu aku sombong. hahaha..


Hari berganti hari, bulan berganti bulan... Tetiba sesuatu terjadi. Dan perkara itu menyebabkan aku berubah.

To be continue..

ps: panjang-panjang bosan plak nak baca kan,kan,kan.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...