Pages

nuffnag

Monday, March 19, 2012

YES from YTL


Alhamdulillah, hari ni YTL dan mai pasang YES. Dan aku pun rasa yes!yes!yes!!

Bukan apa, dah macam lama sangat menanti si YES ni. Aku lagi dia tak mai pasang, lagi serabut. Sebab risau pemasangan dia macam mana, tak tau langsung. Semuanya pakai wifi sahaja. Yang mana pakai cabling tu, just cucuk sahaja cabling dia. IP pakai auto, tak macam dengan TM sebelum ni, static. Juga tiada lagi laman-laman yang diblock. Tapi mungkin dalam masa beberapa bulan saja aku rasa, sebab sekolah mana yang dapat adalah sekolah perintis katanya. Kiranya masih dalam peringkat percubaan.

Sekolah mana yang dapat kurang dari 2mbps, depa takkan pasang katanya. Tak tau la lepas tu macam mana. Tapi sekolah aku tadi laju jugak la. Dok tang pekan la katakan.

Alhamdulillah jugak sebab baju dah siap. Bayaran pun dah dapat semua. So esok nak p ambik ngan Cik Wafa kita. Dalam dok rasa nak p bakaq kedai tu, dia cakap siap, lega sangat rasa. Bukan apa orang dok tanya, kita yang dok tengah ni penin la. Hadoiiii.....

Kerja yang ketiga, pelupusan. oleh sebab minggu lepas dah dapat surat dari kementerian, so pelupusan dah boleh buat. yeye.. Tak menyemak la stor kat lab aku lepas ni. Cuma la kena cari sykt. yang berdaftar dengan Jab. Alam Sekitar saja la. No tel. dah dapat, bila-bila ja on. Tapi mintak jugak kat PPD senarai sykt. lain yang berdaftar, ada pilihan sikitkan. Sebenaqnya ni rasanya keja pegawai aset, tapi macam biasa, orang macam aku jugak kena buat.  Pegawai aset tu plak, dapat elaun. Tak pa la, aku nak redeem kat akhirat nanti la. Malas nak berkira sangat, sekuranya aku dapat ilmu jugak, buang aku kat mana pun tak pa, aku boleh hidup. :)

Syukran Jazilan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...