Pages

nuffnag

Monday, April 16, 2012

Jalan-Jalan @ Pulau Langkawi

Minggu lepas aku ngan Ain akhirnya ke Langkawi jugak. Hohoho.. Tertunai sudah nak jimba-jimba kami dua orang. Mai aku nak story sikit noo...

Aku bertolak pagi lebih kurang jam 8 lebih gitu la. Terus ke Sg. Layar amik Ain. Dia pun sampai pagi tu dari KL kol 5. Terus la kami ke Kuala Perlis. Sebab letak kereta kat kawan Ain. Sampai terus naik feri jam 12 tghari. Tiket RM18 ja. 

Dalam feri, gagah 2 ekor ni amik gambor..

Sampai sana dalam jam 1 camtu. Janji kereta kecik, lastly aku kena bawak wira. Aigoo!! (Aku tak pernah bawak keta panjang) Cuak memula tu. Tapi lepas tu, willy la.. kehkehkeh..

Sampai terus gerak ke Grand Beach Motel. Chalet kami tengah antara jalan dengan pantai. Memang dah cakap Ain, nak cari, cari yang dekat pantai. Kalau Kuah tak best. Shoping best la Kuah. Eh, lupa habaq yang chalet kami kat Cenang.

 Sampai solat ready keluaq la. Terus kami ke Makam Mahsuri. Ok la tempat dia. Agak dalam sikit.

 Ain dan kereta.......

 Menda alah ni apa ntah.. lupa.. heeeee


Tak salah panggil rebanakan?


 Dalam tu ada kedai jual cenderamata


 Ada orang tengah melukis batik



 
Macam besa, posing time.. :b

Lepas dari ni, terus kami p shopping. (Bukan la aku, Ain tuu..) Beli mangkuk la, set cawan la. Cekelat hari balik baru nak beli. Tapi serius tergoda sebab murah dan cantik.

Sebab dah keluaq dari makam pun dekat pukul 6, kami ronda-ronda ja, tengok jalan-jalan yang nak p untuk   esok pulak, Tengok Taman burung dengan Galeria Perdana. So dok bajet nak p esok or lusa. Tak lupa jugak cable car.

Malam kami p jalan-jalan kot Cenang ja. Tapi best jalan malam-malam kat Cenang ni. Tak tau la. Suasana dia best.hehe.. Mungkin kami p bukan musim cuti, tak sesak sangat la. Makan pun kat kedai kot sini. Harga standat 'pelancong' la. Tapi nasib sedap. (Ka sebab lapaq,  ;p)

Banyak kedai cenderahati, kedai urut dengan kedai makan. Ada kedai pakcik ni jual buku, serius tertarik. (Bukan dengan pakcik tu, okaiy, tapi dengan buku.)

Kedai pakcik buku. Gambaq pakcik lupa amik.

Best sembang dengan pakcik ni. Pasai buku la. Buku dia banyak dari luaq. Eh, lupa habaq, kedai buku ni 2nd hand punya buku. Dok ingat (perkataan yang adik aku benci, :p) nak p lagi sebelum balik, tapi tak sempat dah. 

Habis jalan kami pun balik bilik. Dalam pukul 12 camtu. (Mama tau mesti marah, huhu) 

Nanti aku sambung untuk hari kedua plak k.  ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...