Pages

nuffnag

Monday, April 30, 2012

Langkawi 3

Lambat sikit post untuk tajuk akhir ke langkawi  :)

Hari last kami keluaq awai dari bilik, pukul 8.30 macam tu. Terus gerak cari makan. Kunun-kunun nak makan kat luaq dari Cenang, dah keluaq dari Cenang susah plak nak cari kedai makan. Oleh itu, aku p jumpa member aku dulu, Cik Muna kat SK Bayas. Sempat la borak-borak sat. Sebab rushingkan. Coklat tak beli lagi.

Lastly singgah makan dekat gerai tepi jalan Har-meed Nasi Kandar. Biasa ja gerai dia, tapi sedap. (ka aku lapaq?)

Ain cakap ni la nasi kandaq ori. Sebab warna dia da rasanya. Cuma tak kandaq ja la. ;)

Sesudah makan, gerak ke Galeria Perdana. Kat sini banyak menempatkan baragan cenderamata Tun Dr. Mahathir. Memang banyak giler la dan menarik.


Kalau nak tengok gambaq lagi nati view kat lensa aku. Tapi la belum uplod lagi. Under contruction lagi. :)

Kemudian kami ke Bird Paradise. Kira taman haiwan la. Tapi ada macam-macam binatang jugak kat sini. Boya, ulaq, arnab dan lain-lain. Rimau ja tak dak. Mula-mula aku macam malas nak p, tapi Ain dok teringin sangat nak p, aku ikut ja la. Rupanya best, sebab banyak burung cantik-cantik.

Ain dengan burung tu dah nampak sama :p 

 Burung merak edisi putih

 Burung merpati vs aku

Arnab yang comel

Selesai kat sini, terus kami gerak ke Kuah nak beli coklat. Ain besa la, memborong sakan la coklat. Untuk orang pesan katanya.  Kemudian gerak ke jeti lari sat kat Dataran Lang tu. hehe.. 


Lepas tu gerak terus p hantaq kereta dan lari p beli tiket. Konon-konon nak balik Kola Perlis pukul 3 punya bot. Lastly dah habis tiket. Pukul 4 punya bot la jawabnya. Dok makan kat KFC la.  Pukul 4 kami pun gerak la balik ke tanah besaq. Alhamdulillah. Selamat sudah.

wow, comelnya............. lelaki kat belakang tu.. :p

p/s: kebetulan balik tu, keesokkannya, gegaran berlaku kat Indonesia, kiranya kami bernasib baik la balik awai sehari. kalau tak......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...