Pages

nuffnag

Monday, July 16, 2012

My supermak


Mama adalah insan yang hebat. Serius!!

Kenapa aku cakap mama hebat sebab mama boleh diibaratkan macam supermak. J  ( Serius wa cakap beb..)

Kadang aku heran, macamana mama boleh bangun  pagi-pagi untuk masakkan breakfast. Pukul 5 lebih dah bangun. Lepas tu p keja, masuk jam 7. Kalau shif petang, mama mesti masak makan tengahari plak sebelum p keja. Itupun, bangun pagi kemas umah, basuh baju, sidai baju, sapu sampah dan siap-siap p keja jam 2pm. Macam tu jugak la kalau keja malam.

Kalau balik malam habis shif petang, mama mandi pas tu makan lipat baju dan kemas umah. ( rumah yang kami adik beradik sepahkan.. :p ) Macam tu jugak la kalau balik keja shif pagi, angkat kain, lipat kain, kemas umah dan seangkatan dengannya.

Aku selalu pikiaq, mana mama dapat kekuatan macam tu? Macam mana mama dapat semangat kuat tu? Aku selalu bertekad, kalau aku kawin aku pun nak jadi supermak macam mama. Aku nak jadi hebat kat mata anak-anak aku. Tapi boleh ka? Aku dok bujang pun aku malas. (Tak dak la malas sangat dan tak la rajin sangat :P )

Mama selalunya tengah malam baru nak baca paper. Itu pun mama akan tersengguk-sengguk. (Aku tau, mama penat uruskan rumahtangga dan kerja) Kadang-kadang jugak mama akan baca paper yang 2 3 hari lepas. Bila ditanya, mama akan jawab “tak dan nak baca laaa….”

Mama selalu cakap sakit kaki, sebab berdiri lama. Kadang-kadang mama jugak akan balik lambat, sebab hantaq kes. So kami dah paham, kalau mama balik lambat tu. Atau kekadang mama akan telefon dan akan cakap, “ mama kena hantaq kes ni, habaq abah”.

Sebab tu aku sayanggggg mama. Walaupun kekadang aku akan gaduh-gaduh manja dengan mama.. hehehe.. saranghe mama, wa ai ni mama, I love u mama, sayang mama.
Kak long nak jadi hebat mama mama jugak!

p/s: Mama pernah cakap; “ untuk anak-anak, apa pun tak pa, mama usaha jugak nak bagi”… aku dah tersentuh masa tu …….


(mama dah pencen la, tapi tetap sibuk dengan urusan rumah.. aishhh..walaupun selalu ngadu sakit tangan, kaki, pening…)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...