Pages

nuffnag

Monday, January 7, 2013

Bali.... again?!


Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal Bali lagi. Sebab terasa rindu kat Bali. Rindukan pantainya yang cantik tu. Betapa besarnya kuasa Allah, betapa kerdilnya kita bila tengok ciptaanNya. Untuk yang pandai surfing tu, ha boleh la surfing kat sini. Sebab ombak kat sini, kalah ombak rindu tau. :p hehe ..Pulau Bali ni panas. Biasa la kalau pulau mesti panas. So prepare la sunblock untuk elak dari kulit burn. Macam aku, hari 1st mangkuk tak tenyeh sunblock. Apa lagi, terbakor ler. Tapi jangan risau, lelama back to normal balik la.

Aku p Bali ni percutian bajet la kira. Cari pakej yang paling murah. (kedekutkan ;p ) Bukan apa, kalau boleh cut cost untuk dapat yang murah why not letih sikit search mencarikan. Wafa la yang banyak cari. An pulak cari tiket flight.

Asal mulanya Aku, Wafa dan Aq ja nak p jenjalan ni. Cuma kami tak pasti lagi nak p mana. Lepas tu jumpa An and dia ajak p Bali. Aku cakap ok la. Dia pun terus la godek-godek Air Asia tengok tiket flight yang murah. Konon murah la dapat lastly mahal jugak. Tak pa la, beli-beli dah. Kena p lakan. Pas tu nak cari pakej plak yang menawarkan harga yang terbaik. Waktu ni bermula la titik-titik pergaduhan sesama kami. Hahaha.. Dah rasa macam tak mau p dah time ni. Sebabnya An nak p terjah ja. Yang aku ngan Wafa nak cari pakej. Dah la waktu tu Raya Hindu. Gila kau nak terjah. Lastly dia setuju nak cari pakej. Yang si Aq, dah jadi serupa lalang. Dok ngan kami ikut kami, dok ngan An ubah plak. Haishhhh… Waktu ni dah ajak Kak Ma dah.

Alhamdulillah dalam dok berperang sakan, jumpa la tour guide. Harga sangat berpatutan. Kami amik pakej yang bawak p jenjalan ja exclude makan. Abang Eady tu pun ok. Kami boleh adjust lagi jadual kami depends pada keadaan. Kira mudah la. Kalau sapa nak p boleh deal dengan dia kat http://www.bali-beauty-tours.com/. Boleh jugak terjah fb page dia kat sini Harga kami dah termasuk tipping untuk guide. Tapi tak include entrance fee, sebab kalau nak drop memana tempat senang sikitkan.

Untuk hotel pulak, hasil pertanyaan kepada blogger-blogger lain, selain orang perseorangan, kami pun decide amik Tune Hotel. Sebab kami p 6 hari, dengan bayaran hotel RM300. So dah 1 bilik 2 orang, so half la bayaq. Dah booked bilik luar negara ni, pastikan ada kad kredit eh. Bilik Tune tu sangat la kecik sebab nak solat pun muat-muat ja. Tapi bila difikirkan perjalan seharian yang balik malam tu, rasa berbaloi la. Balik tidoq ja.

Bila dah sampai sana dah tak gaduh dah. Semua berbalik kepada normal. Hahaha.. Alhamdulillah. Percutian bajet ni memang best. I like it!  Tiket flight RM 500 pegi balik include baggage, (mahal sikit ni boleh dapat murah lagi) tour guide dalam RM 200 include tipping, hotel RM300, dan makan RM 100 (sebab aku bawak maggi, roti bagai lagi). Total semua RM 1100. Ha, amik kau! Memang bajetkan cuti ni untuk 6 hari!

Ok, tamat sudah cerita ini.

Uluwatu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...