Pages

nuffnag

Wednesday, January 23, 2013

Lagu?


Assalamualaikum..

Semalam dok sembang-sembang dengan adik aku, tetiba terkeluaq lagu idaman kalbu dia (sah dia maki aku kalau dia baca :p ) lagu kumpulan Q-Face. Sapa yang sezaman dengan aku mesti tau kumpulan budak-budak babyface ni. Auuummm.. hehehe

Ni aku tempek sesapa yang kurang daya ingatan ;)

Sebenaqnya, (pengakuan ikhlas dari hati) aku pun suka jugak lagu-lagu depa. Tapi tak la sampai p beli kaset original hokaiy‼ 

Ni lagu yang agak femes dulu yang menjadi kegemaran 'ramai'

Bila dah naik sekolah menengah tu, mula la pandai suka lagu tu, suka lagu ni. Aku dulu lebih suka lagu inggeris. Yang babyface punya kumpulan tu aku suka sangat la.hahaha. Macam BSB, NSYNC, Blue dan tidak lupa jugak, dengan Britney, I suka sangat dulu tau. Lagu sometimes tu, celag gigi ja aku hafal. Cara penghafalan, duduk depan radio, sediakan pen dan kertas. Ha, amik kau, pulun tak aku! kehkehkeh.. Memang boleh hafal lakan!

I want it that way- BSB

Kalau tanya aku sekarang, aku tak tau sangat pasal lagu ni. Mana yang sedap kat telinga aku, dengaq macam tu ja la. Nak hafal memang tak la. So kebarangkalian aku merosakkan lagu tersebut adalah sangat tinggi. Tapi lagu lama-lama jugak la yang aku cari. 



Sebelum aku menamatkan kisah aku yang tak berapa best ni, aku tinggalkan lagu yang aku suka ni.

#gambar sumber en.google 
#video sumber youtube


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...