Pages

nuffnag

Sunday, March 17, 2013

Wireless no connection?

Assalamualaikum.

Ada sesapa pernah jadi macam ni? 

Baru ni ada 2 3 laptop dan pc jadi masalah ni. Apa lagi, aku pun godek la tanya En. Google. Macam-macam solution la jumpa. Dari hasil godekan aku, aku suspek ni sebab CMOS bateri low. Senang cakap bateri habis la. Sebabnya bila aku tukaq bateri ni, setting date and time, tetap macam tu jugak. Sebabnya jugak, laptop yang sama jadi pulak tu. So saspek aku tu betul la.  (Ok, mesti hampa tak paham bahasa aku, betoi dak? )

Keja bodoh yang aku buat adalah format pc dan laptop-laptop tersebut. Selamat format, gambarajah seperti diatas masih muncul. (Waktu tu rasa nak sepak ja pc ngan laptop-laptop tu!) 

Akhirnya aku jumpa jugak solution yang sedikit bijak, iaitu upgrade win xp. Sebab yang sedia ada tu sp2 so kita upgrade ke sp3 la.  Lepas upgrade tu masalah aku pun selesai. Alhamdulillah '___________'

Moral dari cerita diatas, bila godek cari ilmu, sila baca sampai habis, jangan baca sejemput sana, sejemput sini yer, kalau tak hampa akan buat kerja gila macam aku. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...