Sedetik ke Pulau Aman

Assalamualaikum..

Kan aku dah cakap, aku akan update selepas sedekad. : D So aku nak cita pasal Pulau Aman walaupun cerita aku ni mungkin dah berkurun lamanya.

Aku rasa ramai blogger lain yang dah cerita pasal Pulau Aman, sejarah bagai semuakan, so aku nak cerita pengalaman aku ja la p sana yang sesingkat benar. (Agak dalam 3 ke 4 jam je )

Nak p Pulau Aman ni kena naik bot. (haruslakan, dah nama pun pulau, apo la!) Tak salah aku RM 6 p balik sorang. Bayar waktu dah sampai kat jeti pulau tu la.



si blogger mizah hazel jakun naik bot

Naik bot sat saja. Klip pop ja dah sampai.  


Tapi bila sampai saja kat pulau tu, hadoi, kotor la. Serius, ada ikan mati bagai. Memula ingat seekor dua ja, rupanya banyak.Hmmm.. Berdiri kat sini nampak la jambatan kedua yang tengah dok bina tu. Tapi baru ni kecoh dalam paper cakap runtuhkan. Aku pun tak pasti sebab 2 3 hari tak baca paper.


Aku search baca cakap kat sini jual belacan bagai. Kiranya hasil laut la, tapi bila sampai tak nampak la plak. Terus bantut segalanya. 

Orang kaya tak heran tripod bag kena hanyut kat laut pun


Kesimpulannya, pulau ni so-so saja. Bagi aku la, Depends on masing-masing punya pendapat lakan. Ada kedai makan udang ke apa ntah kat sini. Sebab hujan time tu, malas nak singgah memana dah. Fikir nak balik ja. 

# Aku baru balik dari Jakarta dan Bandung, nanti masuk abad baru aku publishkan k. (poyos!)

No comments:

Post a Comment