Pages

nuffnag

Tuesday, July 9, 2013

Bandung & Jakarta -Paris di Jawa 5

Assalamualaikum.

Pagi-pagi dah gerak ke Jakarta. Tapi singgah ke Kartika Sari. Beli la cookies ke, kek ka apa ja la kat sini.

Haruslah sambaq jugak

Singgah ke R&R mana ntah. Agak dalam tengahari kami sampai kat terus check in kat Hotel Senen Indah. Pak Hendra cakap boleh rehat dulu, lepas Zohor baru outing jenjalan.




Ni kat R&R mana ntah. Kat pintu dah tempek toilet duduk or toilet cangkung

View kat bilik Hotel Senen Indah

Kami gerak ke Tanah Abang. Yaampun, giler jam nak masuk parking sampai sejam. Padahal bagunan Tanah Abang tu seberang jalan ja. Lastly kami kena jalan sikit la. Kira kami sampai pun dah lewat. Dah masuk dalam memang gila la sikit, sebab banyak la sangat baju, kain yang murah. Tanah Abang ni antara yang terbesar kat Asia Tenggara. Memang besar giler kot!

Photo dari sini 

Kat Tanah Abang ni membeli lagi. Tapi aku dah beli apa yang aku listkan, so tak beli apa-apa la. Macam-macam ada kat sini sama macam Pasar Baru Bandung tapi lagi besar la. Kat sini banyak baju siap tapi murah -murah dan lagi murah kalau kita ambik banyak.

Lepas tu ke Monas atau Monumen Nasional. Sampai sini dah hujan. Tapi sebab Pak Hendra teruja sangat bawak kami mai sini, hujan pun dah rasa macam salji. :P Kebetulan ada konsert, jadi ramai orang la hari tu. Selalunya hari minggu, memang akan ada konsert kat sini. Tapi bukan la SO7 ka, ST12  tu ok. Mungkin macam gig konsert macam tu. Monas tu, atas puncak tu memang ada emas tulin dan pernah ada orang naik atas tu nak amik emas tu, tapi dapat tangkap. Pak Hendra cakap bukan la orang biasa, tapi orang berilmu gitu.


Monas

Malam kami makan Nasi Uduk atau kat Malaysia Nasi Lemak. Kedai ni kat Jalan Kebon Kacang. Nama kedai Nasi Uduk Kebon Kacang Puas Hati. Jangan risau, halal kat sini, Macam biasa, tempe dengan tauhu wajib kalau makan kat sini. Sedap. Ada ayam dan sambal boleh pilih sebab ada 3 jenis sambal. Semua panas-panas.Nasi dia bungkus special tapi tetap dalam daun pisang. Boleh view kat blogger ni.

Lastday keesokannya, lepas Check out. terus ke Mangga Dua plak. Tempat membeli dan membelah lagi. Kat sini pun ada macam-macam la. Rambang mata tengok.

Photo dari en google

Oleh sebab flight Una jam 2, kami gerak awal la ke Bandara. Nak singgah makan sekali so makan dekat dengan Bandara la. Kami singgah kat Lembur Kuning Bandara. Makanan sedap banget. Sudah makan gerak hantar Una dulu, sebab flight kami jam 5.50pm. Lepas tu rehat kat masjid Bandara sebelum fly balik.

#ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Kadang apa yang dirancang tak semua menjadikan. Haruslah bersabar. Overall best dan akan p lagi.

Jom ikuti part lepas : D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...