Pages

nuffnag

Wednesday, September 25, 2013

Two Weeks Drama Korea


Assalamualaikum. Nampak tak kepulunan aku dok layan cerita korea? Pulun sungguhkan!

Tajuk drama ni Two Weeks. Boleh tahan cerita dia tapi layan cerita ni serupa tengok bola sepak. haha... Boleh paham kot sebab pa noo.. :p

Cerita ni mengisahkan seorang lelaki bernama Tae-San (Lee Joon-Gi)  8 tahun yang lepas, terlibat dengan kumpulan samseng dan bekerja untuk Moon Il-Seok (Jo Min-Gi). Satu hari, Moon Il-Seok mengarahkan Tae-San untuk dijadikan kambing hitam bagi pertuduhan terhadapnya. Jika Tae-San enggan, Moon Il-Seok mengancam untuk membunuh teman wanitanya yang hamil pada masa itu. Tae-San bersetuju demi untuk menyelamatkan teman wanitanya.

Selepas keluar dari penjara, Tae-San masih bersama Moon Il-Seok. Dia bekerja di sebuah kedai pajak gadai yang dijalankan oleh kumpulan itu. Untuk kali kedua Tae San sekali lagi dijadikan kambing hitam apabila seorang perempuan dibunuh oleh Moon Il Seok.  Tae San  mendapat tahu bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan yang menghidap leukemia. Dalam masa 2 minggu lagi dia perlu menyelamatkan anaknya dengan melakukan pembedahan sumsum tulang. 

 Nak tau apa yang terjadi selepas tu? Jom layan kat Maaduu ye. Tengok online. Minggu ni episod akhir 15 dan 16 tarikh 25 dan 26 September. Tengok trailer kat bawah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...