Pages

nuffnag

Wednesday, January 22, 2014

2 Kalimah Syahadah

Assalamualaikum.. uit


Tup tap tup tap habis jugak baca buku ni. Menarik!! Thumbs up! Buku ni hasil karya penulis blog jugak, Ikhwan Ng.

Ada macam-macam cerita yang penulis kongsikan. Contohnya:

Bab 3- Di sebalik kata-kata orang
"Gurauan itu penuh dengan sindiran daripada rakan sekerja. Semenjak saya bergelar Muslim, begitu banyak sindiran dan ejekan dilontar kepada saya. Saya telah menjadi makhluk asing yang jauh berbeza dari sudut non-Muslim. "

Bab 4- Mengenal Huruf Alif Ba Ta
"Saya hanya memahami kaligrafi yang unik adalah ayat al-Quran, tetapi saya tidak dapat menyebutnya walaupun satu huruf. Inilah perasaannya menjadi buta huruf rupanya, hanya berdaya merenungnya dalam senyap."

Kadang kita tak tau apa yang ada dalam hati mualaf ni. Kehidupan serba baru. Bila dah baca buku ni, dapat la info-info yang boleh dijadikan panduan. 

Bab 15  Tentang colok dan Bab 16 Surat Terbuka kepada Laksmana Cheng Ho aku suka! 

Tak rugi la beli buku ni. :)

#photo sumber google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...