Pages

nuffnag

Thursday, July 24, 2014

Doa untuk #MH17

Assalamualaikum, hellooo..

Baru ja kejadian kehilangan pesawat MAS MH370, kita dikejutkan pulak dengan pewasat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine akibat ditembak. Sangat-sangat menyentuh hati kejadian ni sebab kesemua penumpang dan krew seramai 298 mati. 

Photo: sumber google


Sekarang ni mayat dalam proses untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sama-sama la kita berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. 

Sebab mengejar pangkat, harta dan wang ringgit, manusia sanggup membunuh. Tengok macam kat Gaza sudah, israel Laknat tengah seronok membunuh orang tak berdosa. Depa ni takut bayang-bayang sendiri. Depa takut orang bunuh depa, so baik depa bunuh orang dulu. Depa ni sakit mental. Teringat sorang doktor pskiatri bagi ceramah. Ada sorang pesakit mental di Yan, dia dok rasa orang kampung pakat benci dia, pakat tak suka dia dan nak bunuh dia. Esok pagi dia p bunuh orang kampung. Kejadian ni dah lama berlaku. Macam israel laknat ni la.

Semalam pulak dikhabarkan sebuah lagi pesawat terhempas di Taiwan. Tak tau la macam mana keadaan penumpang dan anak kapal. Sama tunggu dan lihat.

#Baca satu tweet mengatakan Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh MH17, betoi ka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...