Pages

nuffnag

Thursday, February 18, 2016

Esplanad Sidek, Kudat Sabah 3

Assalamualaikum.. uitt! 

Sambung story part 3

Dah sampai pekan Kudat, mula-mula cari tempat makan. Pak Mud dah cakap, nak makan seafood, makan puas-puas kat Kudat. Jadi kami p makan kat Esplanade Sidek. Rasa kami sampai tak la lewat sangat, tapi tempat dia macam suram sikit. Mungkin sebab kat sini malam awaikan.



Semua orang not in the mood, so makan biasa-biasa saja la. Udang butter, kangkung goreng belacan tak salah. Lupa dah makan apa. Hehe.. Tak mahai pun, araound RM60 sahaja. (Tak ambik plak gambaq  kedai makan ni)

Dah tak banyak

Sapa-sapa yang mai Kudat jangan lupa makan seafood ok. (Tidak digalakkan untuk berpenyakit gout ;) )

Sudah makan, gerak p cari tempat tidoq la plak. Time ni, adalah sesi tawaf ye kawan-kawan. Nak cari hotel.

Pi mai, pi mai akhirnya dapat jugak la bilik. Kami sewa kat Kian Dai Hotel. Bilik motel biasa ja. Sesuai la dengan bajet. RM80 satu malam, ada tv, aircond ngan wifi lagi ye. Ayaq pun laju, nak mandi pun tak ralat la. Bilik pun luas jugak. Apek dengan Maknya motel ni ok. Tak dak la plak aku tengok nyombong, siap dok habaq ada free wifi bagai.

Cek bagi password siap-siap kat hampa, hehe

 Tapi kalau bajet mak datin, lupakan la nak duduk kat bilik macam ni ok, nanti dok maki berjambu plak.

Bestnya, kat bawah ada bank kalau tak cukup duit, depan ada kedai makan. So tak gaduh nak menapak jauh-jauh.


Dah check in, mandi solat bagai, keluaq jalan-jalan. Cari tempat nak lepak tak nampak plak port elok. Lastly p balik kat Esplanade Sidek, menikmati angin laut. Angin laut la sangat, dengan anjing bersepah, aku dah tak tenteram la weh. Scary tengok anjing.




Ni maps untuk ke Restoran Seafood tu, kat Esplanade Sidek

Nota kaki:
hari pertama memang tak dak gambaq, siap habaq. Sebab memasing tak sihat. Tunggu hari ke2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...