Pages

nuffnag

Monday, February 15, 2016

Sesat di Tanjung Simpang Mengayau @ The Tip of Borneo 2

Assalamualaikum duhai hati. Uit!!Sambung entry  p Sabah ok.

Siap posing amik gambaq dan menyimpan serba sikit kat toilet, maka kami pun gerak ke Pekan Kudat.

Kegigihan ambik gambaq 


 Bila dah masuk jalan Simpang Mengayau ni, dah perasan jalan kat sini berbatu-batu. Kami ikut signboard nak ke Pekan Kudat. Maka keluar simpang yang memula sekali ada tulis Kudat sebelah kanan. Maka kami amik simpang kanan. Tapi jalan berbatu-batu dan kebetulan ada myvi kat depan. Kami follow je la. Tetiba Myvi tu uturn dan kami dah berbolak balik nak uturn ka dak. So, kami uturn jugak. Hajat hati nak follow myvi tu, tapi dah hilang. Dan ada vios jugak kebetulan belakang kami, bila dia dah potong kami dengan pecut sekuat vios, mana la mampu nak ligan dengan jalan berbatu-batu. Mula la aksi cuak mencuak.hahaha!!


Time ni dah mula la drive ikut suka. Main redah ja. Berapa kali uturn tak tau la. Sebabnya jalan yang kami p tak macam kami mai tadi. Kami dah decide nak ikut jalan mai tadi nak menuju ke jalan besaq dan terus ke Kudat. Tapi jalan yang kami cari tu tak jumpa!!

Kejadian ciptaanNya

So, sila bayangkan gelap time maghrib yang dah meghelop ni,  kami bertiga sesat!! Time ni aku dah pikiaq, mungkin macam ni la orang dok cerita kalau p berjalan tempat luar biasa, akan ada benda yang tutup pandangan mata kita. Boleh paham nooo… Tapi dalam masa yang sama jugak aku pikiaq, Allah saja nak uji hamba Dia, nak tawakal, berusaha mohon padaNya. J

Dalam dok drive cari jalan tu, tetiba aku perasaan ada satu kereta ni dok follow macam hilux tu. Bila slow, dia pun slow, bila tekan minyak sikit dia pun laju. Time tu, Ya Allah, dalam hati aku dah cuak bak hang!! Dok cakap dalam hati, “YaAllah, lindungi la aku dan kawan-kawanku,” berapa kali dok doa tak tau la…

Sampai la aku pikiaq nak uturn ja sebab dah jumpa jalan berbatu-batu. Yang si Aq ni plak, time ni la dok nak tukaq driver. Tengah kebun kelapa sawit gelap gelita ni dia nak tukaq, bukan masa dia laaa…. 

Bila berhenti nak uturn, tengok orang tu bukak tingkap tanya, (lebih kurang macam ni la)

Auntie Hilux: nak ke KK ke?
Kami: tak, Kudat. (bukak tingkap sikit ja, aku bukan dengaq sangat)

Lepas tu dia uturn, kami pun uturn jugak nak follow dia. Ya la, sebab nak keluaq ke jalan besaqkan. Time tu, rasa Alhamdulillah, selamat. Nasib kami baik, bukan apa, kalau jadi apa-apa, haaa.. sebab kawasan tu sangat la sunyi. (tak payah cakap la benda tak elok ni kan)

Sekali lagi kami tertinggal dengan hilux tu. Maka time ni, jawapan dia ikut kata hati la. Jalan punya jalan, bersyukur akhrinya jumpa jalan besaq.

Tak tau nak habaq, perasaan aku macam mana bila dah masuk pekan Kudat. Yala, tadi dok pusing dalam ladang kelapa sawit ja. Hampa bayangkan, please bayangkan…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...