Pages

nuffnag

Monday, February 1, 2016

Tanjung Simpang Mengayau @ Tip of Borneo, Sabah

Assalamualaikum.. lama dah nak tulis pasai Sabah ni, finally dapat jugak menaip. Sibuk semedang. Sekadar simpan sebagai memori akan datang. J

Muka happy sebelum bertolak

Percutian ni macam dah tak jadi sebab memasing sibuk. Lepas tu last minit decide macam-macam.
Flight kami dari Penang lebih kurang jam 10am. Dari Penang nak ke Sabah lebih kurang sejam lebih. Perkara paling tak boleh blah adalah tak beli makan. Mana taknya, tengok orang sebelah makan, mak aii, meguji keimanan nau! Satu lagi, orang kiri kanan aku dok sok sreh, sok sreh selsema. Masa tu pikiaq, tolong la jangan berjangkit L

Aq sebelum membuta sambil nganga mulut bersama bunyi dengkuran


Ahamdulillah, boleh lena dan selamat sampai 11am lebih. Muka happy memasing biarpun Wafa tak sihat.

ohsem baby!!

Bab kereta Wafa yang urus dan bila sampai kereta dah tunggu. Kami sewa dari sorang ustaz. Orang yang mai hantaq kereta kami panggil Pak Mud orang Kedah, tapi dah lama duduk Sabah. Kawin pun orang Sabah, orang Kudat.

Pak Mud ni la yang guide kami kat mana nak makan, nak beli barang kat mana, kat mana murah. Thanks Pak Mud!! J

Okey,sambung story balik.

Dapat kereta kami p hantaq Pak Mud balik kebetulan satu jalan dan singgah makan. Tempat pertama yang kami tuju adalah Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengayau. Yeehaa!! Kat mana Simpang Mengayau ni? Jawapannya kat Kudat bebeh!!

Kudat ni plan last minit. Memula tu cakap-cakap ja tapi tetiba jadi sungguh. So tempat pertama kami p adalah Kudat.

Sepanjang perjalanan ikut signboard, maps dan kata hati, boleh tara tu, hahaha.. Sepanjang perjalanan jugak hujan je. Tapi tak la lebat. Kira okey la, tak panas sangat sebab perjalanan makan masa dekat 3 jam kot! Mak cik kat stesen minyak kami singgah, bila tanya nak p Kudat, dia cakap “jauhhhhhhhh!” Aku cuak sebenaqnya, tapi tawakal saja la. InsyaAllah, nak p tengok bumi tuhankan..

Menipu ja aku baca maps

Tukang bawak kereta mesti la si Aq. Berderau jugak mamat ni bawa keta. Tawakal jugak la. Kami kejar masa sebab matahari terbenam pukul 5. 45pm macam tu.

Dah nak sampai si Aq sakit kepala la, pening la. Mungkin makan tak kena kot. Aku pun time tu perut dah meragam sebab makan skip. Perut aku ni, kena jamu selalu kalau tak jam.. L Tapi kesian plak kat Aq, Wafa pun tak sihat, semangat aku ja la yang kuat. Time tu dah tukaq driver aku plak drive. Pulun la aku pun dok ligan matahari, ending dia tak dan jugak, azan dulu. Tapi tak jauh dah la.  Sempat sikit la.

Simpang Mengayau

Nak p sini masuk dalam ikut signboard ja .........
and ikut kata hati. :b hehe
Alhamdulillah sampai.


 Sedikit info mengenai Tanjung Simpang Mengayau @ Tip of Borneo :-

Ia terletak kat hujung Borneo di Daerah Kudat yang terletak di Negeri Sabah. Simpang Tanjung Mengayau ni jugak adalah titik bertemunya dua laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Kalau nak tau, ni dulu tempat lanun-lanun mendarat tau!! chilllah, hahah!! 
Sumber wiki!!






Nota kaki:

Ada kejadian  yang tak diingini terjadi time balik. Jeng jeng jeng…
Bersambung JJJ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...