Wednesday, March 14, 2018

Cuti-cuti di Jogjakarta


Assalamualaikum.. Hai!!

Bertabah je la nak update blog ni weh.. impian tu ada, masalah kerajinan tu ya ampunnnn, hilang p mana tak tau. Tapi ni dia mai mood sikit.

AMARAN! ENTRY KALI INI MEMPUNYAI FOTO MERECIK @ #FM YANG MUNGKIN MEMBUATKAN ANDA MUNTAH HIJAU.. ;P 

----Aku rasa ramai ja story pasal Jogja ni, so aku tak cerita detail sangat la. Boleh email ja k nak tau pasal apa-apa.-----

Tahun lepas, 14 Ogos -17 Ogos 2017, aku dengan gang #ftchingu aku, sapa lagi kalau bukan Wafa Farin and Zack Baling,  dengan excitednya telah berangkat ke Tanah Jawa iaitu Jogjakarta. Trip kali ni adik Zack join sekali, Faizal. Tiket beli dah lama and yang cadangnya adalah Farin. Tiket flight macam biasa, Mis Farin la yang beli. Aku rasa semua trip dia punya suggestion ja, yang kaki follow kami ni, haha..

Kami bertolak dari Kedah sehari sebelum p. Pakat mintak halfday and gerak petang tu. Malam tu kami stay kat KL sebab flight pagi.

Esok pagi subuh-subuh sepie, kami gerak. Abang si Zack yang hantar kami. Mengantuk tak payah cakap la.huhu...Boarding time kami pukul 9am. Kami sampai airport kira cukup-cukup masa la. Settle bag, imigresen semua.

Muka excited tu walaupun mengantuk

 
Hati tengah girang time ni


Orang senang hati time ni, well
Aku order nasi dagang, pengalaman p sabah menyedarkan aku, memang kena amik makanan atas flight
Selamat Datang ke Jogjakarta
Happy sokmo

Terminal B


Kedatangan kami di sambut oleh Mas Es. (tak pasti la betoi ka dak eja, hehe) 

Tempat pertama yang Mas Es bawak kami p adalah Candi Ijo. 

Baru keluar dari bandara

memula ingatkan MAS Kargo, hehe salah
Sepanjang perjalanan ada ja sawah padi

Kawasan rumah kat sana

Cuaca agak panas terik sebab kami sampai pun dah tengah hari, tapi layan.

Ni harga tiket ye

Petunjuk candi




Kami sejenis yang tak selfie, tapi pengaruh ni berjangkit, maka selfie sokmo la ;p

Walaupun panas, kami sanggup demi #FM , hahahah
Jangan lupa ambil gambar kat sini


Nak tunjuk jugak, hehe

Lepas tu kami gerak ke Ratu Boko. Kat sini tak masuk pun. Just duduk kat depan ja. Nak bayar mahal sangat rasa, macam tak berbaloi. Sebab esok nak p Borobudur plak.

Welcome to Keraton Ratu Boko


Perbincangan bersama Mas Es

Lepas tu kami bergerak ke Gumuk Pasir. Aku rasa sepanjang perjalanan tu, semua membuta ja kecuali Mas Es la. Kalau dia pun membuta, tak ke mana la kami ni. Sorang lagi tak lena, si Zack la.

On the way tu, singgah makan dulu.

Lupa nama kedai ni, nasi and es tea 
Macam biasa la, kawan-kawan aku ni tak makan sayur, tak makan tempe. Aku, makan ja, cuma tak makan pedas. Tapi sedap jugak. Cuma Tak tau la kalau sebab aku kebuluran ka time tu kan.. :)

Okey safely arrived at Gumuk Pasir!! Time sampai ni, muka macam penat tapi happy.

Keterujaan dengan Jalur Gemilang tuh!!

Model tak berbayar

Lembut ja pasir kat sini

Kat sini pun boleh kalau nak sandboarding. Nak tunggu ais lambat, pasir pun boleh...

Tengok 2 beradik ni ambik gambar sapa, jeng..jeng..jeng.. 

yang ni single lagi, tapi tatau la available lagi ke tak, hahaha

yang ni plak macam tak single dah, haha...

yang ni masih single tapi tak sure jugak available ke idok, hahaha
Aku plak single and available, kahkahkah, nak jugak... (okey, keluaq tajuk sat, hahaha)

Lepas tu kami gerak ke Pantai Parangtritis. Tak jauh pun dari Gumuk Pasir. Time sampai ni dah nak maghrib.

Harap maaf, parkinson waktu ambik gambar ni ;p

Semua penat dah, tapi demi sekeping #FM hahaah



Dah habis kat sini kami gerak pulak nak naik kereta lampu- lampu tu. Ha, todiaa... Aku sebenaqnya time tu, dah penat, tapi semangat tu ja kuat. Bukan selalu nak mai, so okey ja.

Tadaaa!!!!

Kereta comel kami, hehe

Aku ingatkan kereta ni ada enjin, rupanya kena kayuh. Hadoiii... Bayangkan seharian dengan panas tak mandi, melekit semua, nak kayuh pulak.hahah..

Tapi aku kayuh nak ending ja,hahaha.. 3 orang ni la orang gagah perkasa yang kayuh. hahaha, sorry my bebeh, heheh

Nampak tak, senyuman pun semuanya fake gila, muka letih, hahaha
Lepas tu gerak balik la ke bilik kami. Esok pagi, sebelum subuh nak keluar dah. So, kena rehat yang cukup. (konon!! puii)

Hari kedua aku sambung nanti plak ye.. 

Boleh layan video aku dah upload kat sini  ye==>wehee

Nota kaki: Gambar and video kat Jogja kali ni hampir 25g, sila bayangkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...