, , ,

Cuti-Cuti di Jogjakarta Part 6

Assalamualaikum..uit!

Hari ni entry last untuk Jogjakarta k. Aku rasa hampa pun dah bosan la tajuk nikan.

Macam biasa, pagi sebelum subuh lagi kami dah bangun. Tapi pagi ni kami lambat sikit sebab Mas apa ntah, Thomas, Alex? Aku dah lupa, sebab bukan Mas Es lagi dah. Dia terlewat sikit, so kami gerak lewat la nak tengok Gunung Merapi.Hampa tau dak Gunung Merapi? Okey, sila baca kat sini, kang aku taip panjang-panjang, hampa bosan pulak nak bacakan. :)

Mas apa nama ntah tu, hantarkan kami untuk naik jeep dengan Mas Andie. Kami gerak ke Gunung Merapi dengan jeep yang best tu.

Dibelakang tu la Gunung Merapi
Bunker Kaliadem tu tempat untuk persembunyian incase gunung berapi meletus. Depa korek bawah tanah and buat pintu semua la. Kiranya tempat paling selamat la kalau gunung berapi tu meletus.





 Kebetulan hari last kami kat sini, jatuh pada Hari Kemerdekaan Indonesia. Maka ada la rakyatnya yang berjiwa patriotik yang bawa bendera. Macam kami pun patriotik jugak sebab ada Jalur Gemilang, hehe..Tapi yang bawak tu la lagi patriotik, hehehe



Depan pintu masuk



Ni kami kat dalam Bunker Kaliadem tu. Batu kat belakang tu macam untuk memperingati ada dua orang yang mati dalam kejadian gunung berapi meletus sebelum ni. Janji Allah tu pasti, kat mana pun kita sembunyi, kalau dah sampai masa, kembali jugak la kepadaNya.


Amik gambar dengan jeep wajib k
Lepas tu kami di bawa  ke salah sebuah rumah antara yang menjadi mangsa keadaan. hahah.. belasah ja la,..


Yang ni semua ni bukan la kena api lahar tu okey, tapi kena asap putih ja. Jadi bayangkan kalau manusia yang kena...



Kawasan depan rumah ni. Memang menakutkan bila masuk dalam rumah ni.
Kemudian gerak ke Stonehenge. Stonehenge kat sini ala-ala macam kat London tu, heheh




Lepas tu gerak ke Kalikuning. Part ni pun best. Kat sini kita akan naik pusing-pusing jeep. Tapi aku rasa, start naik jeep lagi dah pusing-pusing. 

 


Ni antara video yang aku sempat la nak edit. Banyak videonnya. Tapi tak berapa nak rajin edit, hehe. Kalau rajin aku masuk kat Instagram. Nak tengok yang full aku edit kat sini .

Singgah makan kat Warong SS.



Last tempat yang kami p adalah Taman Sari. Taman Sari ni adalah Taman Istana bagi kerabat diraja Keraton. Tapi waktu kami sampai tu ditutup.Nasib tak berapa baik la. Nak buat macam mana. Kami cuma jalan-jalan kat luar ja. Aku pun dah penat nak amik gambaq pun hilang mood dah. haha.. Cuma rasa nak tengok orang ja, duduk, rest-rest.




 
Peta incase sesat pulak

Rehat kat masjid
Sebelum gerak ke bandara, singgah ke pekan mahu beli bakpia. Aku lupa nak amik gambaq kat kedai bakpia ni.Kalau mai sini, ni salah satu ole-ole la yang kita patut beli. Dia ada macam-macam rasa. Aku suka yang kacang tu, tapi sebab tak tahan lama, aku terpaksa amik perasa lain la. Sebab balik tu, kami dah plan nak singgah p tengok Sukan Sea.

Ni la bakpia tu, (photo source: google)



Ramai rakyat Malaysia mai minggu kami p tu



Maka tamat sudah perjalanan kami kat Daerah Yogyakarta.
Share:

No comments:

Post a Comment