, , , , , ,

Goa Pinus dan Kebun Epal (Part 6)

Assalamualaikum.. uit! Bila nak habis ni. Nak menaip ni kena ada mood. Selalunya mood aku selalu aja ke laut. Acaner.. Mohon bertabah dengan diri sendiri yang semakin pemalas. Apo nak jadi den ooo, ekau dah kenapo..hmmm

Dari Taman Langit kami ke Goa Pinus. Kat sini ada pokok pinus sama macam kat Jogja dulu. Tapi tak sebesar kat sana yang aku p. Tapi ada la daya tarikan masing-masingkan.




ni memang rutin Aq kalau kemana-mana, aksi ni wajib


Pokok pinus kat sini

View kat bawah dari hutan pinus


Kami cuma dok main test kamera hp aq ja kat sini, hahah
Kat sini ada la spot menarik untuk ambil gambar. Tapi entah la, aku tak larat kot hari tu, jadinya gambar ni ja ada. 

photo source sini
Antara daya tarikan untuk bergambar macam kat sini la. Time kami p tak ramai, aku cuma malas ja. hahaa.. 

Singgah solat

Kalau dah sampai kat sini, jangan lupa ke Kebun Epal. Banyak pokok epal yang di tanam kat sini hasil dari penjajahan Belanda. Kiranya ada tanah-tanah yang di usahakan untuk penanaman epal. Menurut dari Yuda, dulunya, epal ni tak dikomersialkan. Banyak yang terbuang macam tu. Tapi sekarang dah di proses buat macam-macam. Contoh macam air dan keropok. Tapi aku beli keropok epal bawak balik macam keropok tepung ja. hmmm... Yang kena balik goreng tu la.  Ada la yang betul tu, yang dah digoreng tu betul. Sebab bila bukak makan rasa epal sungguh. Patent pun memang potongan epal. 

Kat kebun ni kalau kita makan kat situ free la, dah kira sekali harga masuk kot. Tapi kalau nak beli bawak balik, harga lain pulak.

Ni 1st time aku tengok pokok epal

Nampak sangat jo ;p

Ni la pokok epal ya kawan-kawan
Tengok model epal tengah posing hahaha

nak jadi model jugak...hahha
Dah sampai kebun ni baru la nak buat cenggini. Padahal kat Bromo pun boleh. Tapi tak ingat.huhu..

Nak jadi cerita, sampai kat kebun epal ni la, tetiba perut aku memulas weh. Rasa macam nazak nak keluaq sangat dah. Aku perasan, macam kat situ tak dak toilet. Aku p riki tengok memang tak dak. Kalau ada pun, mesti aku tak mampu nak membuang. Subhanallah, dah memulas sangat time ni. Padahal tadi singgah solat tak mau pulak dia rasa. Aku tahan saja la. Depa dua dok seronok ambik gambaq bagai. Aku ni dok pedo ja la. hahaha.. Nasib baik la lepas tu time nak balik hilang. Ambik gambaq pun tak seronok weh. huhu


Ramai lagi yang datang time kami dah nak gerak balik

Kami beli jugak la kat sini epal. Overall okey epal dia, rangup. Jangan lupa Bismillah sebelum makan. ;)

Share:

No comments:

Post a Comment