, , ,

Island Hopping Langkawi (Part 2)

Assalamualaikum, haii!!

Hari ke 2 aku request nak try island hopping. Dulu pernah ikut bila dengan Ain. Ni kali ke 2. Saja la sebab lama tak naik bot, rindu plak nak naik bot. hihihi.. 

Oleh kerana no telefon island hopping time mai dengan Ain ada lagi, aku try mesej dan dia tak reply lepas aku cakap 3 orang ja. Lepas tu aku call dan dia aturkan orang lain akan ambil kami esok. Bayaran untuk kami dikenakan sebanyak RM28 sahaja, kalau ramai mungkin dapat RM25. Tak pa la, rezeki depa. 

Island hopping ni, selalunya dia akan ambil kita kat hotel mana kita tinggal. Lagi jauh hotel tu, lagi awal la kita kena gerak. Macam kami, dia cakap 8.30am.  Sebabkan Irma tau jeti yang nak naik bot tu, kami cancel dan pergi sendiri ja. Tapi jeti yang Irma tau tu salah. Terjadilah drama swasta kat situ.


Tengah tunggu turn nak p kat jeti
Untuk naik bot island hopping ni, ada 2 jeti tau, satu jeti yang belah depan tepi jalan. Jeti ni la kami tersalah park. Jeti ni pekerja dia kerek nahai, sebab kami tak naik bot depa, di tinggikan suara suruh kami keluarkan kereta. Apa salahnya cakap elok-elok, adik bukan ikut guide kami, or mintak maaf, adik boleh keluar tak parking, salah jeti adik ni, kan bagus. Ni di tingginya suara depan orang ramai, and semua orang pandang macam kami buat dosa besar. Hmmmm.... Tak pa la, dah lepaskan. Ha, jeti ni, korang nak naik bot, korang kena jalan kaki dalam air tu untuk naik bot.


Satu lagi jeti, yang belah dalam. Aku naik bot kat jeti ni la. Tak perlu la nak turun dalam air, so Alhamdulillah berbanding jeti satu lagi tu. Jeti ni masuk kat tepi jalan sebelh jeti kerek tu ja pun. Dah salah park, kami call orang island hopping dan dia suruh kami tunggu untuk follow dia. Dalam 5 minit, dia sampai, kami follow ja. So, okey!

Kat jeti ni ada la jajan nak beli buat bekal. Mahal sikit la. Air mineral dengan nasi lemak pun ada. Kami tak beli pun. Air mineral dah bawak dengan roti beli siap-siap dah.


Bot dah menunggu

Tangga nak turun ke bawah naik bot

Island hopping di Langkawi ni, kita akan di bawa ke 3 pulau iaitu:


  • Pulau Dayang Bunting (Pregnant Maiden Lake)
  • Pulau Singa Besar (Big lion Island)
  • Pulau Beras Basah (Wet Rice Islands)
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam bagi melayari 3 pulau tersebut. Tak la jauh sangat jarak antara 1 pulau ke pulau yang lain. Cuma setiap pulau tu akan berhenti lama. Tak macam kat Krabi, pagi keluar, petang baru kau balik. Sebab banyak pulau dan jauh-jauh sikit. Jangan lupa pakai sunblock, sebab panas kot. Kalau boleh pakai topi, langkah-langkah penjagaan kesihatan.

Mula-mula, kita pergi Pulau Dayang Bunting (Pregnant Maiden Lake). Kat sini kena bayar RM3 untuk Mykad dan RM6 untuk foreigner dewasa. Ni kena bayar sendiri. Budak tak pasti pulak. Dulu aku mai, FOC ja weh.

Nak ke sini, lepas turun bot, kena jalan kaki naik bukit sikit. Sambil tu, akan ditemani ni dengan monyet yang acah suka usik orang lepas tu paw makanan orang. 


Tadaa

Kami dah sampai



Jijah dengan jemah

Boleh la kalau nak beli

Ambik tiket sini

Mulakan pendakian

Kat sini ada macam-macam aktiviti boleh buat.Boleh kayak, nak naik paddle bot, boleh ja rendam kaki bagi ikan gigit kaki kau, acah-acah geli gitu,hahah dan boleh berenang, itu la main pointkan. Tapi nak naik kayak and paddle boat tu kena bayar lain la. hihihi..


serius

Time ni kurusss sangat

Sambil rendam kaki tu, boleh la tengok panorama yang cantik kat sini. Kat sini lebih kurang sejam jugak tak salah. Dah lupa.

Lepas tu gerak pulak ke Pulau Singa Besar (Big lion Island). Kat sini tak turun bot pun. Kita akan bagi helang makan. Kan simbolik Pulau Langkawi ni burung helang. Kat sini kita akan nampak banyak la burung helang ni berterbangan. Mungkin habitat burung helang ni kat kawasan ni agaknya.


Yang ni ja aku sempat ambik, huhu


Lepas tu gerak ke destinasi terakhir iaitu Pulau Beras Basah (Wet Rice Islands). Kat sini kita boleh snorkeling, banana boat, jet ski, parasailing dan jugak kalau ada yang nak belajar berenang, macam aku. hihihi...

Kat sini, kalau nak berkelah pun boleh, tapi berhati-hati sebab ada monyet jugak, hihihi

Lepaking

Bajettt merenung masa depan





Okey kat sesapa nak pergi Langkawi dan nak Island Hopping Langkawi boleh ambil no telefon ni. Servis baik boh!! 

Sebelum balik, selfie dulu
Okey, nanti sambung lagi. 



Share:

No comments:

Post a Comment