, ,

Bukit Bendera /Penang Hill Penang lagi

Assalamualaikum.. aip!

Lama tak update. Sibuk gais!

Hari tu aku dengan Una decide nak p Penang sebab dah lama tak p. Tempat utama adalah Bukit Bendera. Even banyak kali p, sentiasa berubah. So tak rugi pun.



Okey

Boleh jadi model dah, haha


P kali ni memang dah banyak berubah. Nak beli tiket pun dah berubah, kalau tak kat pintu masuk, ini dia dah asingkan. Nampak sangat lama tak masuk. Pernah mai, tapi tak masuk.

Kalau nak cepat boleh la beli fast lane. Memang cepat la kot. Aku rela menanti.

Tak dak la bersesak macam dulu
Dah pakai kad




Kaki yang menapak
Waktu aku p, tak pernah tak ramai orang weh. Time tutup ja la rasa tak dak orang, hihi..So kita tunggu ja la turn kita. Nasib sejuk. Kalau tak, boleh pengsan la.

Waktu tunggu ni la jumpa orang Surabaya. Sebabkan aku baru balik dari Surabaya so ada la modal bersembang. Katanya nak ke Ijen ada flight, tapi malam saja. Wallualam. Aku rasa husband wife kot, backapacker masuk melalui Johor. Terus ke Melaka dan Penang. Petang tu gerak balik langsung ke Surabaya.

Dulu tak dak ni

Jerebu

Tak larat teropong dah





Dulu tak dak menda-menda alah ni. Or tengah buat time aku p.


Penang pun terkenal dengan beca macam Melaka, tapi tidak la segah seperti di Melaka.

Kunci pun dah buruk.


Kartunis!
Hari tu kan dah viral aiskrim buah ka apa ntah aku pun tak pasti la kat sini so alang-alang dah sampai try la rasa. Ending kami amik coklat ja. Punya la ramai orang. Kebetulan hari tu depa ada buat program hiking kutip sampah kot macam tu la. Lagi la bertambah ramai. 




Tengok ramai yang dok tunggu turn
Ni nak p toilet dengan surau




Lepas tu kami gerak makan nasi kandar. Ada hamba Allah ni lama tak makan nasi kandar. Layankan aja. Ada adik hiking tu suggestkan kedai mamak ni nama Raffee Nasi Kandar. Dia kata sedap dan tak ramai orang macam line clear pa tu. Kami pun pulun la cari jumpa jugak la. Tapi ramai jugak, serupa tu la. Beratur jugak. Murah dan depa kata sedap.



Lepas tu wajib la ke Jalan Art. Ada nak ambil gambar. Aku follow ja. Last sekali mood kelaut, hampeh depa tak ambik gambaq pun. hahaha Letih kut panas and letih.







Last sekali jangan lupa singgah Padang Kota pekena Pasembor.


Maka tamat laa..
Share:

1 comment: