, , , ,

Saigon City Vietnam (Part 2)

Assalamualaikum.. aip..

Selepas sesi mengisi perut, kami bergerak ke kedai pertama. Kedai ni jual baju bluse, tudung, kain pasang, baju lelaki dan senagkatannya la.



Aku beli tudung 3 helai ja weh. Sebab tudung kain licin ni aku not in to it sangat. Susah nak jadi todak.hahah.. Lagipun baru sampai. Panas enjin baru.

Lepas tu kami gerak ke hotel, check in dulu. Aku ambil pakej semua siap, sekali makan and hotel, so tak payah fikir apa dah. Hotel aku duduk adalah Hotel Song Anh. Berdekatan dengan Malaysian Streeet tapi kena jalan sikit la. Seperti yang aku dok baca, benarlah jika datang ke sini, kalau nak check in tu, pasport depa akan pegang. Alhamdulillah, selamat.



Balik mandi, solat, rest semua, lepas tu kami turun p jalan-jalan kat bawah.


Kami keluar pukul 5.40 petang lebih kurang macam tu. Keluar tengok dah basah jalan. Hujan lebat rupanya, tak perasan aku. Tengok la makcik-makcik ni siap mai nak pujuk suruh beli pulak. Aku senyum and tolak dengan elok.


Orang balik kerja

Kat sini nak lintas jalan hati-hati. Depa ni bawak moto suka hati ja. Tapi yang melintas tu pun, suka hati mak bapak dia jugak. Seryau jugak aku. Banyak moto favourite aku kat sini. Vespa, hahah.. Tapi harga lebih kurang harga Malaysia jugak. Tapi ramai jugak bawak. Mengikut penerangan yang aku faham, kalau bawak vespa tu, orang ade-ade la kat sini. Tapi takut sesak, so bawak motor la. Teruja weh tengok vespa. hahah.. Macam tengok Yaris kat Indonesia, hahah..



Time berjalan kat sini, hati hati la. Ada ja la yang approach hang suruh hang beli. Kalau nak betul-betul nak beli, layan la. Kalau nak tanya harga saja, tak payah la. Satgi dia dok ikut hang ja sampai naik rimas. Kesian, kesian tapi... tu la. Aku tolak elok-elok. 

Kat kedai kat tepi-tepi jalan ni pun kalau tak mau beli jangan tanya. Maksu aku tanya, lepas tu bargain la. Kita letak harga kita, tak mau pulak, marah. Lepas tu kita tak mau ligan marah-marah kita. Maksu aku punya marah cakap, "that's my husnband ha!" Blah terus, hamik kau. 

Sejenis yang berniaga tak letak tanda harga. Lepas tu bila kita tanya marah, haaha..Oleh kerana aku dah baca banyak cakap macam tu, so aku dah ready mental dan fizikal aku la.harharhar...

Lalu depan kedai bunga wangi sungguh, tapi bunga tak wangi pun bila beli



Jangan lupa ke Benh Than Market.



Ada bag ,buah-buahan, kopi dan macam-macam lagi. Sila tawar menawar ya.

Jangan lupa kopi kat sini
 Gerak ke Malaysian Street. Dah terbekanan bag kat sini plak. RM18 ja. Amik satu la. Memang kat Malaysian Street ni penuh dengan orang Malaysia saja la.



Tengah tunggu Paktam beli baju
Kebetulan malam ni tengah lawan bola Vietnam dengan Malaysia. Memang riuh la kat sini. Bila dah menang lagi la. Perghh, dia punya sambutan, macam menang piala dunia aku rasa.


Balik sambung tengok kat bilik.

Aku duduk bilik sorang-sorang, bahagia gila!!hahaha,.. Bilik besar jugak. Nanti aku up.

Aku tak dak mood sangat nak taip. Rasa macam tak dak idea. Blur sat. Tunggu nak mai mood nak menulis ni. Rasa macam poyo ja tulisan aku, hahaha..

Nanti aku sambung ye.


Share:

2 comments: