Pages

nuffnag

Wednesday, June 10, 2015

Pinang Peranakan Museum @ Muzium Baba Nyonya, Pulau Pinang

 Assalamulaikum, yuhuu...

Bangun pagi tanpa breakfast, bergerak ke Pinang Peranakan Museum atau Muzium Baba Nyonya la senang faham. Aku tau pasal muzium ni lepas adik aku and the gang p. So aku decide wajib p sebab aku suka dengan benda yang bersejarah dan bangunan yang cantik-cantik.

Nak jumpa muzium ni kena berapa kali jugak la lajak sebab jalan one way. Selama 2 hari kat penang memang harap GPS semedang la. Kami prefer google maps berbanding Waze sebab ikut waze punya pasai berapa kali la kami pusing kat roundabout kat Fort Cornwallis. Lawak pun ada jugak, hehe..

Story sikit pasal muzium ni, ia adalah sebuah rumah tinggalan yang memang sangat lama. Tapi telah diambil oleh oleh seorang keturunan Baba Nyonya dah dijadikan sebagai muzium. Kayu-kayu binaan disini di beli dari luar. Seni bina di bina masih sama seperti rumah yang asal. Orang baba ni selalunya kaya-kaya belaka. Ada jugak yang biasa-biasa kot. Nak tau lebih lanjut p sini okey.

Cari punya cari punya cari jumpa jugak. Kami disambut oleh staf kat sini. Dia akan terang serba sedikit pasal sejarah rumah ni. Eh lupa nak habaq, entry RM20. Pada aku berbaloi sebab cantik dan kemas terjaga dalam ni. Serius cantik tak tipu. Tak percaya sila p okey, ;)


Salah satu barang dalam perkahwinan baba nyonya

Nahai, ada dok bergambaq plak dah 

Ruang depan pintu masuk, yang berbaju kuning tu staf yang akan story mory kat kita

Meja makan di bahagian dapur
Pakaian baba nyonya

Radio


Menuju ke bahagian dapur

Bilik tidur 

Bahagian dapur

Sama cantik sama padan

Pintu masuk

Kalau nak tau lebih lanjut pasal muzium ni boleh godek www.pinangperanakanmansion.com.my

Senang lagi nah tempek map kat sini ok!




Nota kaki: Gambaq kat muzium ni banyak sangat, mungkin akan upload kat blog inibokeh, insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...