Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

The Rebarn Langkawi

Assalamualaikum.. haii..

Saja aku nak share cerita basi. P Langkawi hari tu, singgah makan The Rebarn. Tempat memang nampak menarik la. Cuma orang tak ramai la. Melalui info yang aku dapat, time aku p tu, Irma cakap tempat tu baru buka. Time aku p la. The Rebarn tu asalnya sebelum ni kedai lain. Tapi dia macam upgrade la sekarang jadi kedai cantik macam ni.

photo source from sini
photo source from sini


Kedai ni terletak kat Jalan Pantai Cenang. Senang cakap dekat Telaga Walk. Malam kami p tu tak ramai, tak tau pasal apa. Sebab Irma kata, kalau tidak, ramai ja orang dok lepak kat Telaga Walk tu.

Memula nak minum ja, sekali semua order makan.

Layan kan aja gambar kami dari kamera buruk aku, hahhaa



Aku makan ni



Muka masing-masing kepenatan

Bagi aku makanan dia biasa-biasa sahaja. Boleh di pertingkatkan lagi. Tak tau la kot dah lewat malam ka so tukang masak pun masak tak dak mood ka, hihihi.. Presentation pun biasa, hihihi.. Tapi boleh la nak makan, lepak-lepak. Bukan la tak sedap langsung, boleh masuk mulut aku lagi.



Penginapan Bajet di Langkawi

Assalamualaikum.. Haii.. Lama tak update. Sibuk hal duniawi, masyaAllah. Aku rasa penat dan stress sikit. (Ia ja stress, tidoq lena tak sedaq diri, ;p) Tapi betoi la, sibuk.

Aku saja nak share pasal penginapan tahun lepas aku p Langkawi. Motel Aurora Damai. Al kisahnya, aku tempah bilik kat Pekan Kuah. Tapi atas masalah tertentu, kami terpaksa cancel tidoq kat Kuah. Aku cepat-cepat cancel dalam Booking.Com. hahaha.. Terpaksa..

So Irma cadang jom p area Cenang. So kami sambil riki online, sambil kami riki tengok jalan. Siap aku p tanya hotel lagi semalam berapa. hahaha..Trivago kata, tak dak orang p tanya kat hotel tu salah. Sebabnya aku p la yang p tanya tu, hihihi..

Sebab nak duduk sehari ja, aku fikir, baik amik hotel mur-mur ja. Jimat. Dah la aku cancel dah hotel kat Kuah tadi.

Finally, kami nampak Motel Aurora Damai ni la. Tapi mula-mula berhenti kat tepi jalan ja. Dok terjenguk-jenguk, macam pencuri tu,hahah.. Tapi simpan no telefon dia.  Lepas tu kami gerak ke tempat lain cari hotel lain plak. Tapi, akhirnya keputusan di buat bersama memilih Aurora Damai Motel. So, telefon untuk buat tempahan, dan cakap"satgi kami sampai", hahaha, suka hati mak bapak aku ja. Padahal melalut ke mana dulu.




Harga bilik tak sampai RM100 sebab aku mintak tambah tilam dah kami bertiga. Bilik besar macam rumah kampung, ada aircond sejuk gedi. Toilet bersih, senang habaq, berbaloi la. Kalau mai ramai, boleh muat 1 bilik 4 orang tambah 2 tilam lagi la. Kalau nak park kereta depan bilik terus, tak gaduh dah.

Bilik kami


Tadaaa
tv cenonet ja, tapi bukak bagi bising ja

Orang jaga todak tudung, iron paling pentingkan, siap iron board lagi.

Paling penting, toilet bersih
Aku tidoq pun lena, sebab selesa dengan bilik luas. Kalau nak makan, depan motel ni ada kedai makan tomyam bagai la. Tapi buka malam saja la. Sebab kami tak makan kat situ, aku tak amik la pulak gambar.

Depan tu jugak, ada jual burger. Nama burgernya adalah Burger Kalut. Tapi sayangkan tak kalut sangat, biarpun sepatutnya kena kalut, sebab ramai orang. Burger sedap. Ada nasi lemak jugak kat kedai burger ni, boleh la tapau makan dalam bilik. Nasi lemak sedap, ada udang, sotong, pilih ja.


Nak sewa kereta ka motor la boleh la tanya receptionist ye


Overall, aku sangat berpuas hati dengan motel ni. Boleh park kereta depan bilik tu yang best, hahah.. Janji bersih, selesa tidoq dan tilam pun empuk. Aku jenis tak kisah sangat, janji bilik dan toilet bersih. Tu ja. Paling penting, jamban. Okey, boleh la sesapa ramai tapi kurang bajet nak lepak sini.

Smiling Buffalo Langkawi

  Assalamualaikum, uit!

Lama sepi. Sibuk. Nak share pasal kedai makan kat Langkawi k.

P hari tu, si Irma ni dok bercerita pasal cafe ni. So, why not try kan. Kami breakfast kat sini.

Smiling Buffalo specialty coffee, okey 1st time try coffee kat sini
Tadaaaaa... i like it!

Dia ada la menu-menu diakan..
Okey pilih nak makan apa

Minum?












Sebenarnya aku pun dah tak ingat apa aku makan. Yang pasti ambil sandwich tu. Lepas tu buah-buahan la and try rasa coffee.

us!

Tak dapat habiskan

Ada sesuatu yang berbeza





Pintu masuk/keluar

Sambil kita menjamu selera tu, layan la lagu-lagu menarik. Rasa best ja, hihihi






Macam mana nak p ke sini? Nah dah tempek maps. Cafe ni berdekatan dengan Panji-Panji.





Nampak kereta ni, betul la dah sampai

Aku cuma breakfast ja, so nak komen lebih tak boleh la. I'm not coffee lover, but i like the Affogato. Mungkin boleh repeat lagi untuk try yang lain. Recomendedlah!

Thanks Irma bawak mai sini walaupun lupa kunci pintu, hihihi..

Langkawi lagi..

Assalamualaikum..Aip..

Baru-baru ni pergi Langkawi. Kan cuti pertabalan Sultan Kedah yang baru.  Pergi pun sebab ada urusan seri paduka baginda dipertuan agungkan.

Layankan dulu photo dan video ini. Rugi sis ambil gambar tak postkan. hihihi..













Tamat. Jemput layan video tak seberapa, hihihi