bertunang @ Pertunangan

Pagi ni bukak radio Kedah sempat la dengaq ustaz tu bercerita pasal bertunang ni. Bukan apa, apa yang ustaz tu sampaikan buat aku teringat pasal kawan-kawan yang bertunang. :)

Photo sumber Mr. Google


Antaranya, kalau kita bertunang, bukan bermakna yang kita adalah hakmilik tunang kita. Waktu tunang juga, berhak untuk kita putuskan pertunangan andai kata, ada perkara-perkara yang kita tak berkenan kat tunang kita ni. Contohnya, kalau dia ni, kuat marah ka, suka pukul ka memang patut la kita memutuskan ikatan pertunangan tersebut. Ya la, buat apa tunggu kalau jantan macam tu. Kalau yang perempuan pulak, kalau jenis kaki kikis, tak payah tunggu la.Buat pulak yang jenis queen control ka, ha, tunggu dok lagi!!

Lagi yang ustaz tu cakap, kalau seseorang perempuan yang bertunang tak boleh dipinang oleh lelaki lain, kerana jatuh 'HARAM'.  Melainkan kalau dia dah putus tunang, ok no hal kalau nak p meminang pun. Kalau pulak si lelaki ni suka perempuan yang bukan Islam, tapi perempuan tu dah bertunang, yang tu ok. Sebab dia tunang bukan Islam. Melainkan la dia dah peluk Islam.

Sempat dengaq sat ja, pas tu dah sampai sekolah. Kalau waktu bercinta pun dah tunjuk tanduk, abaikan saja. Ramai lagi yang ada kat luar sana tu.

                                                                Photo sumber Mr. Google


Berfikiran positif, okaiy!! :)

Smadav Antivirus


Pernah dengaq antivirus smadav tak? Mungkin ada yang tak pernahkan. Selalu hampa dok dengaq Kaspersky, Avira, AVG dan Avast jakan. Mai sini nak habaq sikit.

Smadav ni asalnya adalah ciptaan Indonesia. Kiranya bukan mat saleh punya la. Kebaikan dia, dia tak delete fail kita yang penting-penting. Contohnya macam aku, banyak simpan crack software, ada jugak software yang kadang-kadang boleh detect as virus or malware la. Sebenaqnya tak pun. Kalau Kaspersky, kadang-kadang dia delete, kalau Avira hampeh, dia delete terus memang babai la. (sebab tu aku sebelum ni avira tak pernah upadate, hehe tapi laptop maintain ok :D) 

Sejak pakai Smadav ni, Alhamdulillah la. Bagus. Tapi sebenaqnya ikut kepada cara penggunaan kita jugak. Kalau ada yang jenis suka tengok porno tu, tak boleh kata apa la. 

Antaramuka Smadav free download

Mudah bukan? Kawan-kawan boleh download  kat sini http://www.smadav.net/ . Kalau rasa nak lebih kencang tapis boleh ambik yang berbayar.