Bali Part 7

Assalamualaikum..
Lama tak terjah sini. Ada sikit lagi nak sambung pasal Bali. Keja macam aku ni, standby banyak. Tapi bila mai masalah yang pelik-pelik, mula amik masa nak buat.

Hari ke 5, Kami bergerak ke Krishna. Kalau ikut dalam scedule, hari last kami ke sini. Tapi ada perubahan sikit. Krishna ni dia lebih kurang macam Haji Ismail Group kat Langkawi. Macam-macam ada jual kat sini dan harga dia berpatutan. Contohnya macam baju, keychain, dan beg. Memang ramai la kat sini waktu kami sampai. Bayangkan waktu kami on the way balik pun, banyak giler bas-bas kat tepi jalan. Abang Eady cakap sebab ramai yang mai dari Tanah Jawa sebab la ni musim cuti.



Habis duit kat Krishna, kami bergerak ke ....... aku pula nama tempat ni. (lepas ni kena buat rakaman sebab selalu lupa) . Sepatutnya kami ke Turtle Island. Tapi oleh kerana penat shoping dan keadaan yang panas sangat, maka kami decide malas nak p. Tapi si An ngn Aq gedits nak naik     parasailing. Aku yang tengok pun dah teruja nak naik sebenaqnya. Tapi sebab pakain aku tak kena untuk hari tu, tambah kurang sihat so aku tangguhkan niat aku untuk sesi akan datang. Lepas tu, kami bergerak ke Nusa Dua Beach. Pantai kat sini memang cantik. Rilex-rilex kat sini. Kat Bali ni memang terkenal dengan pantai yang cantik.

Ready untuk parasailing

Pantai yang cantik

Lepas tu kami bergerak ke Uluwatu nak tengok Kencak Dance. Sampai kat sini, Ya Allah, cantik sangat. Kebetulan kami sampai dah nak hampir waktu matahari terbenam. konon ambik gambaq Silhoute la. :p  Banyak temple kat sini, sebab itu ia dikenali dengan nama Uluwatu Temple. Abang Eady dah pesan, kat sini kena jaga-jaga dengan kamera dan juga spekmata no. Sebab ada monyet yang dok berkeliaran.

 Tengah tunggu Kencak Dance mula



Kencak Dance ni tarian yang menceritakan pasal Rama dan Sita. Tapi cerita ni versi Bali. Kalau nak tau, p la Bali, ok. ;) Waktu tengok Kencak Dance ni, sebenaqnya aku agak takut. Maklum la, dengan topeng bagai yang nampak macam scary tu. Lama jugak la persembahan depa ni.

Habis journey kami untuk hari ini. Esok adalah hari terakhir. Sounds sad....

* Terlepas sesi ketujuh, kat sini --> Bali Part 6
* Terlepas sesi keenam, kat sini --> Bali Part 5
* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali


Bali Part 6

Assalamualaikum..

Banyak giler part kau Jemah!! (Cakap dalam hati)

Sambung cerita lagi kat Bali yer. Waterfall yang aku cakap aku lupa sebelum ni nama dia tak salah Ubud Waterfall sebab dia kat area Ubudkan.


Dah bermalas-malas kat waterfall, kami p tengok Kopi Luwak plak. Kat sini memang terkenal la dengan Kopi Luwaknya.Ada jugak kopi yang lain-lain. Ada jugak teh yang ada macam-macam perisa. Maca yang jual kat Cameron Highlands tu. Mungkin ada yang dah tau apa tu Kopi Luwakkan. Yang tak tau tu baca sini yer. 'Luwak' tu bermaksud musang. :)

Tengah diberi penerangan mengenai tanaman kat sini

Part merasa pelbagai jenis kopi dan teh

Bergerak la pulak ke kawasan Ubud. Kat sini kami jenjalan ja.



Budak-budak tengah main bola

Lepas tu bergerak p tengok Padi. Kalau kat kedah panggil bendang la. Kat Ubud ni dia tanam secara berbukit. Tapi nasin tak baiknya, kami p tu dah lepas menuai ka orang cakap, dah tak hijau dah. Tapi dapat tengok la kawasan berbukit yang depa tanam padi tu. (Gambar dalam xhdd, tak bawak la paste sini).

Penat seharian kat sini, kami terus bergerak balik. Letih sakit kaki bagai. Hari-hari terakhir ni rasa sedih plak nak tinggal Bali.

* Terlepas sesi keenam, kat sini --> Bali Part 5
* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali

Oh My Blog!

Assalamualaikum..

Terpaksa skip sekejap Post Bali sebab ----->


"Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. 
Upgrade storage"

Kena cari solution nak selesaikan masalah ni. Aku pakai 1 akaun untuk 2 blog.

Bali Part 5

Assalamualaikum.

Aku sibuk sikit siapkan SKT. Hari ni sambung lagi.

Hari ke 4 our jouney start jam 9am macam biasa. Excited hari tu nak jalan-jalan. Memula kami cari tempat breakfast dulu.

 Otw ni, aku tembak jer

 Setuju!

Tempat pertama kami p, tengok cara pembuatan kain batik. Macam kat Malaysia jugak. Ala-ala batik teregganu.



Sari Amerta Batik

Kat sini ada jual macam-macam hasil kraftangan batik. Tapi mahal. Kalau yang berkemampuan boleh la beli. Dalam kedai tu tak boleh amik gambar, so memang tak de la gambarnyakan.

Lepas tu kami gerak pulak ke tempat jewelery. Orang perempuan suka la tempat ni. Aku p sini pun aku tak beli apa. Biasa la, bukan minat sangat menda-menda gini.

Kereta antik yang ada depan kedai tu. Memang sempoi la. Gambar kat jewelery ni sekeping pun aku tak amik. Sebab panas sangat, tak tahan.

Seterusnya kami bergerak pulak ke tempat pembuatan berasaskan kayu. Bahasa mudah, kraftangan dari kayu. :)




Aku lupa nak habaq, bak kata Abang Eady, orang Bali ni, kaya dengan hasil 'seni'. Faham tak maksud aku hasil 'seni' tersebut. :) Mai nak habaq, kalau hampa yang tak pernah p, kalau tengah jalan-jalan, if ternampak sesuatu yang '18sx' buat tak tau ja k. Jangan digelak-gelakkan dengan menda alah tersebut ok. Depa ni sangat sensitif ye. (Ala macam kita la kalau orang perkotak-katikkan hal kita) Aku memula  tu terkejut badak + malu la jugak. Bila dah selalu sangat asyik nampak menda-menda camgitu, sampai dah rasa biasa. So just ignore je. 

Dalam gambar ni pun ada, kalau tengok betul-betul. Tapi aku memang nak amik gambar kerusi je


Kemudian bergerak la pulak ke tempat waterfall ni. Aku serius lupa apa nama waterfall ni. Tapi pemandangan cantik sangat. Kat sini kita boleh tengok dari jauh ja, tak macam Muluk Waterfall. Tapi  boleh ja kalau nak pegi dekat, kena jalan jauh la sikit. 

Rasa dah banyak sangat ni, nanti aku sambung lagi hokey!! ;D

p/s: macam-macam fikir sampai sakit kepala...

* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali



Bali Part 4

Assalamualaikum..
Mesti dah bosan baca aku punya blog. Cerita tak habis-habis. Macam mana nak habis, p 6 hari. Panjang babas kau nak cerita! hehe..Ok sambung semalam punya story.

Kami terus bergerak ke Banjar Village. Kat situ ada hot spring. Kira boleh la nak mandi or relax-relaxkan. Oleh kerana kami tak bawak baju, kami cuma main-main kat gigi air jer la. Air dia panas ala suam-suam gitu. Macam Air Panas Ulu Legong kat Baling tu. Kalau ada yang nak massage pun boleh. Boleh ja pilih nak yang mana satu.

Seni pada air pancuran

Waktu nak keluar tu baru perasan, rumah ni bumbung dia dari kulit siput. amazing!! Sembang-sembang dengan tuan yang buat tu, di cakap spa. 

Sepanjang jalan nak masuk hot spring tu, ada gerai-gerai yang jual tshirt, kain bagai. Kalau nak beli boleh la tawar menawar.  :)  Kalau berkenan baik beli kau, kalau tak kempunan. Aku sambaq kain 2 helai. Motif ala-ala batik gitu. Kak Ma hentam sampai 6 helai.

Selesai kat hot spring, kami bergerak ke Munduk Waterfall. Otw ke sana, rasa sejuk ja. Sebab kawasan yang kami p ni, area yang berbukit-bukit. Rasa selesa ja walaupun kena berjalan sikitkan. Tapi penat jugak la. hehe..

 Nak pegi turun, waktu nak balik kena naik bukit, perghhhh

 Dah nampak sign, tapi jauh lagi

Sebenarnya perjalanan nak ke Munduk Waterfall ni, tak jauh. Tapi sebab kena berjalan sikitkan. Penatnya bila nak balik la sebab kena mendaki sikit. Tapi kalau orang yang selalu exercise (macam aku, kununnya) tak terasa apalah. Tapi bila dah sampai tu, serius kita akan berasa takjub dengan ciptaan Allah s.w.t. Air dia YaAllah, sejuk sungguh. Memang suka sangat kat sini. 

Air terjun yang tinggi dan sejukkkkk sangat


Dah excited ni

Mek ni dah teruja main air

Selesai ja kami kat Munduk Waterfall, kami bergerak pulak nak tengok Twin Lake atau dikenali juga dengan nama Tasik Buyan dan Tasik Tamblingan. Scenario kat Twin Lake ni pun sejuk ja. Sebab masih kat kawasan bukit. Dia tepi jalan ja, so boleh berhenti sambil minum tengok tasik ni.

Via hp cokia yer

 Duduk-duduk layan keletihan sebab naik bukit lepas tengok Munduk Waterfall

 Ramai orang jugak waktu kami singgah tu

wink!

Kat sini jugak kalau ada sesapa yang berani nak pegang ular and binatang apa lagi ntah, boleh la try. Aku bukanlah peminat haiwan eksotik, so memang aku tak berminat (padahal tak berani) nak pegang. Diulang, kepada yang berani, yang tak berani tak payah dok gedits hokey.. 

Selesai aktiviti hari ke2. Walaupun penat, tapi bestttt sangat sebab dapat naik bot dan tengok waterfall yang cantik. Balik lena la jawabnya dah keluaq jam 3am tu. Kami sampai hotel around 3pm macam tu. Mandi, solat dan zzzzzz. Sedaq pun sebab si Aq seronok main ketuk-ketuk pintu. Rasa nak bakor jer. Malamnya kami ke tepi pantai. Saja nak tengok suasana malam kat sini. Sambung nanti pulak yer.. ;)

p/s: Rindu Bali

* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali




Bali part 3

Assalamualaikum

Hari ke 2 kat Bali, ikut jadual kami keluar jam 3am. Sebabnya kami semua nak ke Pantai Lovina. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam 30 minit macam tu la. Semalam aku dah lena awai lagi, supaya tak mengantuk la kununnya. Padahal otw ke Lovina tu aku buat taik mata je. Yang lain pakat sembang sakan. Dengan cuaca sejuk pagi-pagi memang sedap la lena. Sampai ke sana jam 5.30am.Jam tu matahari dah keluaq dah. Tujuan kat sini, tengok dolphin. Memang best sangat dapat naik bot dan tengok dolphin ni. Serius aku teruja sangat. (Walaupun sebenaqnya aku ni penakut dengan air)

 Pagi yang sejuk, tengah tunggu bot waktu ni

 Aku dan wafa nak ke bot 

 Dolphin, waktu teruja 

An yang snap ni, gambar paling dekat dengan dolphin


 Our bot driver

Wafa 

Kami kat laut tu aku rasa lebih kurang 2 jam jugak. Rasa macam tak mau naik darat sebab best kat dalam bot, hehe.. Sampai ja kat darat, ada la plak orang-orang yang jual something macam kraftangan depa la. Aku ambik jugak dolphin 2 ekor ni. Kat sini, pandai-pandai la tawar harga. Sapa pandai dapat la harga lagi murah. Aku tak pandai, so dapat normal price je la.

Antara barang jualan tersebut

Rare!

Sambil tawar menawar tu, yang lain amik breakfast kat Lovina ni. Itulah Abang Eady!

Selesai breakfast gerak untuk ke Banjar Village. Nanti aku sambung lagi.

p/s: Aku nak upload gambar kat blog lensa aku, tapi tak sempat. 


* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali