Random

Dari cuti sekolah tahun lepas sampai la sibuk memanjang.

...............................


..................................



Cikgu melawa

Perasan dak, kalau cikgu English ja, mesti melawa sakan. Perasan dak? Kiranya kalau cikgu yang melaram tak hengat, kompom cikgu BI.

Bukan saja cikgu, kalau pensyarah pun macam tu. Kiranya yang up to date to majoriti English punya orang la. Aku cakap berdasarkan pengalaman.

p/s: Majoriti, kiranya ada jugak la golongan minoriti yang tak endahkan bab lawa-lawa ni..

Create a new blog again

Oleh kerana Flickr dah penuh, (ya la, amik yang free ja) aku pun bukak blog satu lagi. Senang, pueh hati aku. Tapi masih under construction la. Boleh view kalau rasa nak semakkan kepala. ;p

http://cekodokden.blogspot.com/

p/s: Saja jer curi-curi masa buat blog ni. Gambaq banyak, tapi tak tau nak boh mana.

YES from YTL


Alhamdulillah, hari ni YTL dan mai pasang YES. Dan aku pun rasa yes!yes!yes!!

Bukan apa, dah macam lama sangat menanti si YES ni. Aku lagi dia tak mai pasang, lagi serabut. Sebab risau pemasangan dia macam mana, tak tau langsung. Semuanya pakai wifi sahaja. Yang mana pakai cabling tu, just cucuk sahaja cabling dia. IP pakai auto, tak macam dengan TM sebelum ni, static. Juga tiada lagi laman-laman yang diblock. Tapi mungkin dalam masa beberapa bulan saja aku rasa, sebab sekolah mana yang dapat adalah sekolah perintis katanya. Kiranya masih dalam peringkat percubaan.

Sekolah mana yang dapat kurang dari 2mbps, depa takkan pasang katanya. Tak tau la lepas tu macam mana. Tapi sekolah aku tadi laju jugak la. Dok tang pekan la katakan.

Alhamdulillah jugak sebab baju dah siap. Bayaran pun dah dapat semua. So esok nak p ambik ngan Cik Wafa kita. Dalam dok rasa nak p bakaq kedai tu, dia cakap siap, lega sangat rasa. Bukan apa orang dok tanya, kita yang dok tengah ni penin la. Hadoiiii.....

Kerja yang ketiga, pelupusan. oleh sebab minggu lepas dah dapat surat dari kementerian, so pelupusan dah boleh buat. yeye.. Tak menyemak la stor kat lab aku lepas ni. Cuma la kena cari sykt. yang berdaftar dengan Jab. Alam Sekitar saja la. No tel. dah dapat, bila-bila ja on. Tapi mintak jugak kat PPD senarai sykt. lain yang berdaftar, ada pilihan sikitkan. Sebenaqnya ni rasanya keja pegawai aset, tapi macam biasa, orang macam aku jugak kena buat.  Pegawai aset tu plak, dapat elaun. Tak pa la, aku nak redeem kat akhirat nanti la. Malas nak berkira sangat, sekuranya aku dapat ilmu jugak, buang aku kat mana pun tak pa, aku boleh hidup. :)

Syukran Jazilan..


GEROBOKecik


Nak cari shawls yang simple dan menarik? Jom ke sini http://gerobokecik.blogspot.com/ .

Boleh like kat Facebook dan pilih la kalau berkenan, uar-uarkan la untuk kekawan jugak, okaiy!! ;D

p/s: Sebab masih baru, jadi tak banyak la sangat, oleh itu, jom suport GK ni.. be a friend lor.. Hampakan kawan aku... ;)


Jadi ke Ain?

Tadi petang, tetiba ja Ain called. Rasa pelik. Pandang ja dulu hp tu, lepas tu baru jawab. Mana taknya, orang 'workaholic' tel. time keja. Serius terkejut. hahaha..

Rupanya dia ajak p Langkawi. (Projek kami dari 3 tahun lepas yang tertangguh.) InsyaAllah, rasa kali ni jadi. Itupun plan p hari keja, so masing-masing akan amik cuti banyak hari la. Tapi tak pa, demi merealisasikan impian 'cokia' ni, aku akan pastikan ia berjaya. kekeke... (Kunun projek gempak la sangat.) Bukan tak pernah p, tapi gedik nak berjalan ja. huh...

Langkawi, tunggu kedatangan kami okaiy!! ;D

Photo sumber en Google


Dah lama tak bermesra dengan Mr. d90. Lepas ni kita bermesra-mesraan okaiy!!

p/s: Boleh tak target nak ke Korea next year... ohhh.. please....

Aku suka-suka saja

Bisnes suka-suka boleh dak? Biasa la, saja suka-suka. Pengaruh rakan sebaya. Tapi bukan la nak kacau periuk nasik orang. Cuma sekadar mencuba nasib untuk suka-suka. Biasa la, aku suka buat menda yang aku suka, kadang tak suka tapi kawan cakap "tak pa Diana, hang tak cuba, mana hang tau". So aku cuba la. Boleh jawapan macam tu?

 Diulangi, bukan la nak bersaing dengan sesiapa. Sekadar suka-suka, or syok-syok ja. Cuma nak mencari peluang yang mungkin dapat memberi peluang untuk pasaran yang lain pulak.. ;D


p/s: Nanti rasa bosan, aku tinggal la, pas tu cari peluang yang lain pulak...

Korea la plak

Aku ni dalam kategori penggemar cerita Korea la jugak.  Tapi bukan la peminat giler K-Pop. Boleh layan la. Tapi kalau boleh tengok drama korea memang best la especially Running Mankan. ;D

Setakat ni aku suka layan kat kshownow. Ada macam-macam drama kat sini. Boleh pilih mana berkenan.. ;) 
Macam aku layan Running Man je. keke.. Nak tengok online pun boleh, nak dowload pun boleh. Macam aku ni, dowload la, nak layan online internet macam 'seefood' beb!!

Lagi satu aku pernah layan jugak kat kshowonline. Tapi dia lebih kurang sama dengan Kshownow jugak. 

Lagi satu yang best layan drama mesti la kat maadu... Memang banyak giler drama kat sini. Dari yang lama sampai la yang baru. Yang paling aku suka Full House ngan Princess Hours. Tengok p berpuluh-puluh kali pun, tak bohsan. Serius suka! (Orang akan cakap, tengok cita ni lagi?!!)

Full House

Princess Hours

p/s: Aku punya suka la nak post apa pun kan, hang apa kisah.. wekwekwek.... :p