Pesawat Air Asia terputus hubungan?

Assalamualaikum..

Tengah godek-godek facebook, tetiba tengok kat group BBM post pasal pesawat Air Asia hilang. Pesawat dari Surabaya ke Singapura.

Kat tv dah ada berita katanya. Godek kat en. google plak jumpa ni .

Semoga semuanya selamat.

p/s: Berdoa untuk mereka yang menjadi mangsa banjir

Buku Hyreddin Barbarossa

Assalamualaikum..uit!!

Kalau cakap Barbarossa mesti ramai yang tau especially peminat tegar 'Pirates of The Caribbean'. Tapi mesti kita tak tau yang sebenaqnya nama Barbarossa tu memang wujud. Barbarossa atau lebih dikenali sebagai Hyreddin Barbarossa sebenaqnya adalah seorang Laksmana Kerajaan Turki Uthamaniah di Laut Meditaranean. Memang pupular la Barbarossa sebab dia banyak menyelatkan orang Islam yang ditindas. Dari aspek percaturan peperangan pun banyak yang tau Barbarossa ni hebat. Tapi biasa la barat, sesenang ja ubah ceritakan, kononnya Barbarossa ni lanun. Padahal dia ni pejuang Islam. Barbarossa tu sendiri bermaksud Janggut Merah dalam bahasa Itali. 
photo source: http://collectionsoflavender.blogspot.com/
Mai nak bagi sinopsis sikit buku kat atas:

Kisah laksamana laut Islam yang terbilang. Namun namanya diburuk-burukkan oleh pihak Barat dengan menuduhnya sebagai raja lanun.

Sehingga pada filem Pirate of Carribean, wataknya dijadikan inspirasi untuk watak lanun Barbosa. Beliaulah laksamana yang bertanggungjawab membantu kerjaan Turki Uthmaniyyah menguasai laut Mediterranean dan seterunya menjaga perairan laut daripada kuasa asing yang rakus.


Oleh itu, dapatkan buku ni ok. Tak boring baca sebab cara penceritaan macam baca novel.

nota kaki: lama mana dok dalam draft entry ni!

Ghost Hiren Boot

Assalamualaikum..uitt..

Hari ni ceq rasa nak share macam mana nak selamat pc atau laptop tanpa perlu install driver. Ye la, selalu masalah kita, lepas format pc or lappy, mesti nak kena cari driver. Ada ja cara nak install driver dengan macam-macam perisian. Tapi bagi aku, pakai Ghost ni senang. Contohnya bila kita baru format tu, terus copy buat image, incase jadi apa-apa dah ada backup. Especially yang bekerja di pejabat or makmal komputer atau jugak CC. TAPI, pastikan setiap pc mempunyai spec yang sama, Ghost ni nak dapat senang dengan Hiren Boot.

Kat sini ada 2 cara aku nak share. Sebab apa, sebab waktu aku and the gang try, ada masalah yang timbul. Solutionnya kami guna cara lain. Masalah mungkin timbul kerana faktor jenis pc/laptop atau sebab hiren cd kami tak update. ngeeeee.. Apapun, masalah selesai jugak. Pastikan kita ada cd hiren 9.9 pun boleh dan juga external hard disk yang ada free space banyak lagi ye. Sebab kadang data backup sampai 10g, mana taknya sekarang semua pakai Win 7 paling lekeh. Boleh jugak kalau nak jadikan drive D backup, tapi pastikan ruang mencukupi ok. Tapi disarankan guna external lebih baik.

Mini Windows XP  

1. Mula, masukkan cd. Pastikan cd boleh boot. (Jangan lupa tukaq setting boot;

2. Kemudian tekan enter, dan paparan seperti diatas akan muncul. Pilih Mini Windows XP;


3. Bila tengah loading, cucuk kabel external hardisk.


4. Kemudian klik kat HBCD Menu tu.

5. Bila dia papar klik Menu, kemudian Backup dan kemudian klik Ghost32*

6. Klik atau gunakan tab pada Local, kemudia Disk dan lastly pilih To Image.


7. Kemudian pilih source.

8. Pilih kat mana kita nak save. So pilih la external hard disk tadi. Kalau tak jadi, buat sekali lagi ikut balik step dari mula.


9. Bila dah dapat, file nama jangan lupa ok. Dan klik save.

 10. Klik ja yes, maka tunggu sajalah. 

11. Bila dah siap, restart balik. Cek balik file.
12. Selesai.

DOS Programs

1. Memula masuk cd macam step atas jugak. Cuma pilih Dos saja.


2. Pilih Backup tools

3. Pilih Norton Ghost 11.5.1 *


4. Klik pada Ghost (Normal)


5. Kemudian file akan dibaca kat bawah menu tu.


6. Bila ada paparan macam kat atas tu, tekan enter ja, dan enter saja lagi.



Kemudian ikut langkah no. 4 dan seterusnya seperti dalam Mini Windows XP ja. :)