Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Kuala Lumpur pulak (The End)

Assalamualaikum, uit

Hari ni pagi-pagi bangun ready nak ke Melaka Sentral. Kami sewa teksi ja dari Bustel Klebang tu. Lupa dah. Mahal jugak, tapi tak pa la.

Bas kami Batu Berendam
Kami naik bus tak silap pukul 9.15am ka pukul 10am macam tu.


Dalam bus, membuta lagi la jawabnya. hehehe.. Sampai kat TBS tersilap naik train ke KLSentral. Sebab ingat nak cepat nak naik lrt ja tak payah tunggu lama. Tak pa la, boleh ja rehat tunggu trainkan. So, no hal. Tapi lama jugak la tunggu. hahaha..

Dah sampai KL Sentral, beli tiket kena ambil no pulak. Tunggu lagi. hahaha. tak pa la. Tunggu saja la. Sapa suruh tak beli siap-siapkan.;p Tiket kami pagi esok pukul 9 lebih tak salah. 

Time kami sampai ni pun, sebenaqnya, hotel pun tak tempah lagi. Makan dulu kat KL Sentral. Lepas tu search hotel. Ingat nak tempah pakai booking ja, lastly walk in ja. 

Lupa dah hotel apa, tapi dekat dengan LRT Masjid Jamek and dekat dengan Jalan TAR. Selesa sangat. Cuma toilet cermin dia, terang lagi jelas, hahaha

Tak ambik gambaq pulak dalam hotel, huhuhu


A different colour of KL




Petang kami p KLCC. Aku ni dah berapa kali p sini. hahah.. Saja la. Tak tau nak p mana. Nak p tempat lain, macam jauh sangat, dah tak larat.hehe..

KLCC




Merlin

Lepas tu kami p SOGO. Saja p buang masa. Time ni kaki pun dah sakit sebenaqnya. Memang rasa tough gila weh sebab berjalan ja. Balik ni kompom kejang kaki aku seminggu, hahaha..

Balik bilik, mandi lepas tu p 7e kat depan tu beli maggie. Malam tu makan maggie. Rindu keadaan macam ni. haha. Macam zaman study dulu. hehehe

Esok pagi bangun gerak p KL Sentral terus. Terus balik tanah air tercinta. Selamat sampai rumah petang.

Tamat sudah strory Melaka - Kuala Lumpur 2016

Kalau nak baca trip ni link kat bawah k ;)


Rumusan yang aku boleh taipkan kat sini, perjalanan yang best doh. Mencabar kaki aku, hahaha. Banyak berjalan kira macam excercise la. Sapa nak kurus boleh la, hehe.. Terima kasih untuk Wafa bagi gambar yang cantik, teman berjalan, teman layan time tin tong. hahaha.. Maaf ada salah silap time perjalanan ni.

Nota kaki: Maaf la, aku banyak lupa, sebab dah lamakan, baru nak tulis. Apa-apa boleh rojer kalau rindu by email ;)
Aku rasa part cerita basi dah habis. Mungkin aku rajin aku update cerita baru. Lepas ni, blog ni akan berkisar kehidupan peribadi pulak la kot. hehehe

Bustel Klebang Melaka (Part 5)

Assalamualaikum. Uit!!

Hari ni kami gerak ke Klebang. Wafa ada search and jumpa hostel bus ni. So decide tidoq sini.

Pagi tu check out p breakfast kat bangunan depan kapal tu. Aku lupa dah nama tempat tu. Hahaha.. Lepas tu gerak tunggu anak buah Wafa si Amir mai ambik. 

P makan dulu lepas tu gerak ke Bustel. Setahu aku, Bustel ni dah tutup. Sebab time kami p tu pun, dah hari-hari terakhir dah. 

Awat tak tau, tak dak gambaq dalam bilik. Tapi memang selesa la. Toilet pun best. Sejuk gedi-gedi weh. Sampai kami bubuh kain la kat aircond tu. 

Nampak dak bilik dia, and lantai dia, ni ja gambaq bilik yang ada, thanks Amir 

Petang tu kami lepak kat tepi pantai. Syok dok bustel ni sebab depan lautkan. Boleh lepak depan laut.Tengok orang lalu lalang.

Cantik pulak gambaq ni ( Olympus ep7)


Us
Duduk sambil makan, lepak sambil story-story. 

Mangsa aku kena lompat, hehehe
Malam tu Una mai. Dok buat surprise tok kaduk apa ntah. hahaha Jadi, malam tu kami keluaq makan dengan Una. Lega.

Una bawak p makan asam pedas. Tapi okey lagi dari yang aku makan time sampai tu. Boleh la. Bukan tak makan, melantak ja, hehe

thanks terkejutkan badak kami
Bukti kami dah sampai


Luar macam setinggan, dalam macam kondo tu

Balik lena, esok dah nak gerak ke Kuala Lumpur. 


Mamee Jonker House (Part 4)

Assalamualaikum..haiii

Aku sambung lagi part Melaka tak habis lagi. 

Lepas balik bilik, buat apa-apa yang patut, kami gerak ke Mamee Jonker House kat Jonker Walk. Dulu, aku ingatkan Mamee ni produk luar negara la. Rupanya Malaysia punya la. hahaha..

Mamee Jonker House ni macam muzium la. Dia ada la cerita sejarah pasal Mamee Monster ni.

Bahagian depan pintu masuk

Hello everybody
part timer

Cantik decor dia






Selain dari dia cerita mengenai sejarah Mamee ni, ada Mamee Cafe dalam ni. Sebabkan kami dah makan, so kami tak dak la nak melantak kat sini. Mungkin kena repeat nanti kot. hehe.. 

Jangan lupa beli ole-ole dah mai sini. Aku lupa aku beli apa ntah kat sini. 



Ni maps kalau nak ke sana, Kami jalan kaki ja, sebab dekat sangat. hehehe

Lepas tu kami berjalan p bangunan merah. Jalan-jalan kat situ. Time ni dah tak larat. Tapi gagah jugak la. hahaha..


Lepas tu menapak naik atas ni. Kus semangat!!


Wafa tengah best, haha
Lepak kepenatan kat atas tu weh, boleh gegar tulang lutut naik atas tu.

Dalam tak larat tu, kami boleh lagi p berjalan p mall. Aku tak tau la mana dapat kuasa boleh berjalan ni. Aku lupa nama mall ni.


Lepas tu balik la.

Malam tu, kami keluaq makan dengan anak buah Wafa. Aku dah lupa nama tempat tu. Tapi dekat kawasan flat ja. 

Sementara tunggu orang mai, photo dulu, hehe

us!
Serius sedap ni, tak manis sangat, banana shake tak salah

sapa punya santapan ntah ni.
Serius lupa kedai makan tu nama apa. Kedai tu macam kedai hispter la. Kat flat ground floor. 

Balik tu kami p pusing-pusing ambik gambaq. YaAllah, tak tau la mai mana kekuatan berjalan tu. Mungkin sebab dah alang-alang mai, so jalan la kan. 





Tapi bila badan dah penat, gambaq pun tunggang senget la sikit. hehehe..

Penat lepas tu, balik lena. 

Esok kami akan tidoq dalam bas pulak.

Nota kaki: Aku amazed dengan diri aku dengan Wafa. Macam mana kami boleh berjalan sepanjang cuti ni. Gila!! Time tu tak terpikiaq plak, bila dah taip ni, baru nampak. Nasib dapat jenis boleh masuk, jenis jalan sikit penat dah, mampus. Bergaduh teruk pa. hahaha.. Tapi ada masa kita down jugak time berjalan ni. Nanti aku story time bila aku mood bengong. Maafla, aku bukan maksum.

Cuti kat Melaka lagi (Part 3)

Assalamualaikum. Sambung lagi weh kat Melaka. Aku cerita sampai hampa muntah cerita basi ni.

Pagi tu bangun, tak ingat la breakfast kat mana. Serius, breakfast ke idok ha? hmmm

Tapi tempat kami p mula-mula Muzium Samudera. Dulu aku mai, tak sempat masuk. Sebab ramai sangat. Malas la nak berebut-berebut. So kali ni, sempat la masuk. Best jugak.Bayaran masuk aku tak ingat, hahah.. Tapi yang pasti, masuk kat sini, free untuk masuk kat muzium satu lagi tu, tak salah muzium TLDM kot, hahah. Sumpah lupa. Nanti aku tempek gambar ja la.



Besaqkan kapal ni. Kapal ni replika dari Kapal Flor De La Mar iaitu kapal Portugis yang datang menjajah Melaka dulu. Kapal ni di bina di Lisbon. Kalau baca pasal sejarah Uthamaniah, Lisbon ni dulu salah satu tanah jajahan Empayar Uthmaniah. Dulu Lisbon ni, memang terkenal tempat pembuatan kapal-kapal terbaik. Lisbon ni jugak adalah tempat kelahiran Hyraddin Barbarossa.

Tapi disebabkan ketamakan manusia-manusia yang menjajah Kota Melaka ni, maka kapal ni tengelam kat Selat Melaka. Waktu tengelam tu, ada berjenis-jenis barang berharga yang di rampas untuk di bawa balik kat Raja Portugis. Sampai sekarang, masih menjadi misteri sebab tak jumpa kapal ni.

Tu la, tamak sangat. Kan dah tak boleh balik.

Dalam kapal








Lepas tu kami gerak ke satu lagi muzium. Muzium TLDM kot. Lupa dah la.Tu, tengok gambaq kat atas tu, yang belah kiri tu.







Lepas tu, kami berjalan cari nak p Menara Taming Sari. Waktu kami p, weekday, so tak ramai sangat. Itu yang best. Kami berjalan ambik jalan short cut sebab semalam naik beca dapat agak sikit-sikit jalan tu. Tapi agak penat la, sebab 2 hari dah kami berjalan ja. Memang habis la lemak-lemak tu.

Bayangkan la panas lit lit kami jalan. Perghh.. Letih jugak la. Tapi bestt..

Tadaaaa




Pemandangan dari atas. Memang best rasa rilex ja sebab tak ramaikan. So rasa lega la. Time aku p lupa la berapa masuk, hehe..

BUKAN WARGANEGARA

WARGANEGARA
DEWASA
RM 21.80

RM 16.10

KANAK-KANAK
RM 14.20

RM 10.45 (Bawah 12 Tahun)


Ni rate harga terkini yang aku skodeng kat Menara Tamingsari homepage kalau nak tau lebih lanjut.
Lepas tu p makan. Makan kat area kedai depan-depan menara tu. Area-area tu la, tak tau nak habaq lagu mana. Nak jadi cerita, makan kat situ, tetiba rasa nak termuntah. Dia punya asam pedas feel macam sesuatu. Entah la. tapi aku tahankan saja la.  Aku makan sikit ja la.
And then balik bilik, rest tunggu keluar petang sikit.