Melaka Bandaraya Bersejarah Lagi (Part 2)

Assalamualaikum.. haii..

Naik atas bas pakat lena. Aku sedaq-sedaq dah masuk tol Air Keroh. Aku ingatkan baru sampai Seremban. haha.. Memang tidoq mati la. Tak dengaq apa pun weh. Dah sampai, kat Melaka Sentral, cari bas nak ke bangunan merah tu atau The Stadthyus. Sebab Wafa dah booked bilik kat area Jonker Walk. 

Sebelum p, search cakap bas dah boleh pakai Touch N go, so masing-masing spare topup dalam Touch N Go ja la. Rupanya tak. Jadinya kami pakai wang ringgit la bayar. ;) 

Sampai kat bangunan merah, jalan sikit, jumpa la tempat penginapan kami. Sayang Harmony Lodge .

Macam Old Skool sikit
Bilik dia okey ja, sebab kami pun nak tidur saja.
Toilet dia kecik ja, tapi berbaloi la dengan harga
Boleh la lepak-lepak sini lepas balik.
Aunty yang kat receptionist tu friendly jugak, siap suggest ke mana-mana. Lepas dah sampai solat semua, kami gerak p cari makan. Tapi macam biasa la, Melaka ni terkenal dengan asam pedas. And so not me kalau aku makan. Tapi nak buat macam mana, kena la makan, sebab hang mai tempat dia kan. Mengada-ngada pacak kepala kat bangunan merah tu. huh!

Sebelum tu kami jalan-jalan tinjau kawansan kat area situ. 

Berjalan sepanjang pesisir Sungai Melaka

Pcari makan pun time ni kedai belakang

Ni la Melaka River Cruise

Jonker Walk

Stadthyus

Ni dah nak gelap

Lepaking lepas makan
Lepas tu kami decide naik beca. Lupa dah bayaq berapa. So tak la letih sangat nak berjalan. 

Kesian pulak pak cik ni bawak kami yang berat berkilo0kilo time ni.. (sigh)
Letih tapi semangat
Tak silap kedai, tapi lupa dah kedai apa

Berjalan-jalan kat sini
Dah pusing-pusing naik beca, kami lepak kat tepi sungai tu. Sambil tu tengok ada pakcik busker ni. Ramah pulak tu. Sembang-sembang dengan dia. 

Part paling best, ada satu couple ni, adik-adik la, bila depa lalu ja, pakcik ni menyanyi lagu Ana Rafali dengan Sohaimi Mior Hassan tu, Kalau Berpacaran. Apa lagi, lawan dok gelak la aku dengan Wafa. hahahah

Tak tau la, ada lagi ka tak pakcik ni. Kat situ la maksud aku. hmm..

Well
Lepas tu kami balik lena. Sebab ada tempat lain pulak nak p.

Nanti aku sambung lagi.

0 Comments