Upside Down Museum Penang

Assalamualaikum, uitt..

Seperti yang dijanjikan, ceq nak cerita pasai muzium terbalik ni. Alkisah bermula, lepas balik dari majlis kawin sepupu ceq. Malam tu bincang adik beradik nak p mana la, sebab kalau balik terus rugi la. Dah alang-alang kat sini dah, apa salahnya riki tempat barukan. Baru la teringat, ada yang share kat BBM pasai muzium terbalik ni. So, keesokkannya, kami p la.



Muzium ni terletak kat Lebuh Kimberly. Kena park jauh sikit la. Kalau nasib baik, hampa boleh la dapat parking dekat. Sampai-sampai mak aii, ramai orang dok beratuq dah. Beratur la kami. Harga adalah:

My kad : Dewasa RM16.00
               Kanak-Kanak 5-12 tahun RM8.00

Tanpa Mykad: Dewasa ; RM27.00
                        Kanak-kanak 5-12 tahun RM16.00


Lepas dah beli tiket, belum boleh masuk. Kena tunggu turn la. Ada orang keluar, baru kita boleh masuk. Nak masuk kena bukak kasut. Tapi jangan risau, yang pakai kasut mahal ada rak kasut berkunci. Boleh la simpan kasut dalam tu. Pakai selipar cabuk macam ceq, letak tepi saja pun tak pa.




Dalam ni, ada banyak ruang antaranya, ruang tamu, bilik tidur, dapur, kedai dan macam-macam la. Mai la tengok sendiri. Jangan risau, boleh ambik gambar dan tak dikenakan sebanrang caj kamera. Siap staf kat situ tolong ambilkan lagi dengan siap suruh kita posing macam mana yang sepatutnya ikut keadaan terbalik tukan.




Memang besar beb. Ada 2 tingkat dan sebelah atas ada toilet. So, kalau dah lama berjambu dalam tu, mesti ada yang nak menyimpan, boleh la kat tingkat atas.

Overall, staf pun ok, membantu dan tak rugi la mai sini.

Ni address dia45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100, Pulau Pinang, Malaysia






Kalau tak jumpa jugak, ni dia peta tempek sini.

Nota kaki: pendrive kena virus, dok cari pembunuh tak jumpa lagi, so gambaq ni ja i tempek ye ;)

Sesi menghilangkan penat bekerja


Assalamualaikum.

Gila lama tak update blog. Alhamdulillah, owner blog tak gila lagi, blog ja yang nak gila. ;)
Sibuk semedang, macam mana nak update blog. Bulan lepas sibuk dengan kenduri sepupu tiap kali hujung minggu, lepas tu mama ceq tak sihat plak. Dah sebulan dah la. So, mood agak spoil la.  Kak long doakan mama sembuh. :l 


UPSIDE DOWN MUSEUM
 Lepas kenduri baru ni kat Penang, sempat singgah kat muzium ni, nanti kita buat entry okey
Selamat sampai ke Bandar Kudat
Percutian bersama ftchingu ke Sabah. Nanti jugak kita update apa yang terjadi kat sana. Percutian yang agak tunggang langgang sebab memasing sibuk.



Perak: Muzium Perak @ Taiping 3

Assalamualaikum.. uit..

Selain p Kellie's Castle, kami p Muzium Perak yang terletak di Taiping. Muzium Perak ni jugak, adalah Muzium yang pertama di Malaysia, hokey!! Bangunan ni dibina dengan berunsurkan senibina Moorish , jadi dia memang nampak ala-ala Bangunan Sultan Abdul Samad gitu.

Apa yang menarik kat sini? Jom kita tengok.

Kebetulan mai ada pameran

Ni harga untuk adik kakak abang ye


Model Keretapi

Dandang tu apa?

Ni la dandang


Meriam Lela  Che Long Jaafar
Masuk ja, tersergam pesawat ni



Antara pameran topeng yang ada


Ada rangka haiwan jugak kat sini


Cantikkan, haaaa

Baju perkahwinan




Ada beberapa jenis kereta lama kat sini
Kalau nak tau lebih lanjut, kome pergi la Taiping ye. Idok le jauh sangat, pusing-pusing dalam bandar Taiping, kome jumpe le. :) Nak


Nota

kaki: Cerita ni terperap dalam draft berkurun sebab sibuk. :(


Perak: Kellie's Castle 2



7 Ogos 2015 lepas aku dan adik aku gerak ke Batu Gajah semata-mata nak tengok Kellie's Castle. Sebabkan musim hujan, pagi bangun baru decide, nak gerak ke Kellie's ka nak p Taiping ja. Sebabkan tak hujan, kami pun vrooomm la ke Kellie's Castle. Bertolak dari rumah, lebih kurang pukul 8 lebih dan singgah makan kat RnR dan sampai lebih kurang pukul 11.30am. Maka tempat yang menjadi pujaan aku sampai jugak. Thanks mei mei temankan i yewww!! ;P

Bayaran masuk adalah RM5 sahaja. Orang tak ramai pun.Tak pasti la sebab hari jumaat or sebab bukan cuti sekolah or memang kat situ tak ramai orang. 

Nak story sikit info pasal Kellie's Castle ni yang aku cedok dari Mr. Wikipedia:

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Jom layan gambar. Nak story lebih-lebih dengan gambar ja, ok! cekidaut!!
Pintu masuk ke seberang
Tunjuk arah
Pintu masuk
Masuk ja nampak bilik ni dulu
Penerangan mengenai tempat ni
Susunan ruang tamu seperti yang digambarkan
Bilik bacaan
Jeng..jeng.. hati-hati kat sini
Serem dak.. kus..kus..
eh, entiti la..ops!!
Muka cuak sebab tangga sempit
Lif
Dari atas bangunan
Pandangan dari atas
Ni la rumah pertama Smith


Jangan risau, kat sini ada kedai makan. Boleh la nak lapik perut or nak minum ka kan.



Ok, tempek maps supaya hampa senang nak p


Perak: Kellie's Castle

Assalamualaikum..hello..

Bersarang blog aku ni. Sedaq-sedaq address link pun dah jadi .my bukan lagi .com. Perasan tak? Makna kata address aku oranjemanes.blogspot.my. :)

Selepas dapat bos baru, kehidupan agak kucar kacir. Sebab apa? Macam-macam nak ubah. Standard la, macam bila dapat menteri baru, macam-macam dia janji, ops!! sorry.. :)

Okey straight to the point, baru ni aku p Kellie's Castle. Rancangan hanyalah hangat-hangat taik ayam sebab musim hujan bagai. Tapi, lastly jadi jugak. Mujuq la tak hujan, kalau tak,..

Belanja satu gambaq
Nanti aku update dalam next entry hokey,..

Camera Museum, Penang

Yuhuuu.. cak!!
Assalamualaikum, Keyakinan nak siapkan entry Penang sebelum puasa, tapi nampaknya sia-sia sahaja.

Dari rumah peranakan kami p makan. Sebab Waze telah memperkotak-katikkan kami, maka kami p makan kat Padang Kota ja. Hmmm... boleh la telan setelah penat menahan lapar akibat sesat.

Sesudah makan baru p Camera Museum. Serius best sebab rasa rare sangat. Silap tak ambik view dalam tu banyak-banyak.





I am Nikon







Family potrait

Sekali tengok macam senapang, tapi ni kamera tau!

Kamera zaman batu ni

Kena try ni, nanti lawan gaduh


teruja

Kodak
Okey, macam mana nak ke sini? Kena park kereta jauh sikit dan jalan. Naik basikal pun okey. Nak masuk area bawah free ja.Kat tingkat atas la bahagian simpanan kamera atau muziumnya. Nak naik kat tingkat atas RM25. Waktu aku p dapat voucher lagi. Bagi aku berbaloi la sebab bukan senang nak tengok barang -barang yang rare ni. Kat tingkat bawah ada kedai souvenir dan kedai makan. Aku sambaq 1 tote bag. Ada baju, botol ayaq dan macam-macam la. Rugi kalau tak singgah sini mai Penang.




Ni adress dia, ;) Model sekejap!

Nak tau lebih lanjut lagi senang visit laman Camera Museum

Nota kaki:gambaq banyak gila, pilih sikit ja la.