Perak: Kellie's Castle 2



7 Ogos 2015 lepas aku dan adik aku gerak ke Batu Gajah semata-mata nak tengok Kellie's Castle. Sebabkan musim hujan, pagi bangun baru decide, nak gerak ke Kellie's ka nak p Taiping ja. Sebabkan tak hujan, kami pun vrooomm la ke Kellie's Castle. Bertolak dari rumah, lebih kurang pukul 8 lebih dan singgah makan kat RnR dan sampai lebih kurang pukul 11.30am. Maka tempat yang menjadi pujaan aku sampai jugak. Thanks mei mei temankan i yewww!! ;P

Bayaran masuk adalah RM5 sahaja. Orang tak ramai pun.Tak pasti la sebab hari jumaat or sebab bukan cuti sekolah or memang kat situ tak ramai orang. 

Nak story sikit info pasal Kellie's Castle ni yang aku cedok dari Mr. Wikipedia:

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Jom layan gambar. Nak story lebih-lebih dengan gambar ja, ok! cekidaut!!
Pintu masuk ke seberang
Tunjuk arah
Pintu masuk
Masuk ja nampak bilik ni dulu
Penerangan mengenai tempat ni
Susunan ruang tamu seperti yang digambarkan
Bilik bacaan
Jeng..jeng.. hati-hati kat sini
Serem dak.. kus..kus..
eh, entiti la..ops!!
Muka cuak sebab tangga sempit
Lif
Dari atas bangunan
Pandangan dari atas
Ni la rumah pertama Smith


Jangan risau, kat sini ada kedai makan. Boleh la nak lapik perut or nak minum ka kan.



Ok, tempek maps supaya hampa senang nak p


No comments:

Post a Comment