Korea Aku Datang! - Episod Jeju (Part 2)

Assalamualaikum.. annyeonghaseyo!!hahaha..

Okey, aku nak sambung cerita pasal p Korea Selatan. Trip ni bukan la trip bajet okey. Diulangi, bukan trip bajet. Sebab semua perkara di buat 2 bulan sebelum p. So boleh bayang la last minit prepare macam mana untuk tempat yang agak jauh. Plan tu awai, tapi atas masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, jadi la macam ni. Dari tiket Jeju-Gimpo RM50 sampai la jadi RM200. Hampa rasa, hahaha.. Sebab memang bertekad nak p jugak, so kami tak kisah la berapa pun kos dia. Sebab masih mampu untuk terbang, hihihi..

 Percutian kali ni selama 9 hari dan melibatkan 2 orang sahaja. Macam tak percaya aku p 2 orang ja weh, sebab aku ni kan penakut sikit. Mula dengan ayat " Hang percaya aku dak?", "Aku percaya hang, hang percaya aku dak?", "Aku pun percaya hang!" hahaha, maka terjadi la trip ni. 1st nak decide nak turun mana dulu pun blur. Ingat nak turun Incheon, and then ke Jeju, riki tiket mahal jugak. Tengok jugak MAS, tapi mahal RM400, better naik Air Asia ja la. hahaah, Tengok Vietnam Airlines jugak. Harga okey, tapi kena p hanoi plak, malas la. Tapi plan berubah p Jeju dulu. So, ke Jeju dan balik dari Incheon.

Kami p dari 25 April-3 May 2019.

Malam 2 hari sebelum p, aku dah simpan barang. Aku suruh Muna timbang bag dia. Sebab p, aku cuma ambik 25kg sahaja. Sekali aku congak-congak, rasa tak cukup ni. Aku tambah lagi 5kg. Jadi la 30kg. Alhamdulillah, cukup-cukup weh. Nasib sempat beli, kalau tak, hmmmm...hahah

Selalu bawak bagpack ja, kali ni bawak luggage bag. Sebab p lama, and banyak barang kena bawak. P Temasek dulu aku bawak luggage jugak, sebab tak sihat. Bagpack aku 40l ja tak salah. Memang tak muat la nak bawak 9 hari. Aku rasa best plak bawak luggage ni. Tak gaduh 'gembiang' bag berat-berat..hahaha

Aku bertolak dari Sungai Petani naik ETS jam 7.17pm tak salah aku. Around tu la. Aku mintak balik awal kat bos, sempat la nak rest dulu kat rumah sebelum gerak. Bab beli tiket ETS, Muna uruskan. So, kami jumpa dalam train ja. Dia naik dari Parit Buntar.


Dah naik train, ada dato datin ni duduk tempat aku plak. Lepas tu cakap, duduk depan ja la. hmm.. Aku cakap, Muna, dia dah marah dah. Aku malas nak kecoh dengan orang tua. Say sorry pun dak, tak pa la, malas nak hilang mood nak p bercuti ni.




Sampai KL Sentral pun dah pukul 11 lebih. Mula tu nak naik bus ke KLIA2. Cari tak jumpa, last naik grab ja la senang. Mudah ja nak dapat grab even time tu dah lewat. Alhamdulillah. Terima kasih grab car.

Kami sampai airport dah pukul 1.18am dah. Tapi perkara pertama bila dah sampai, adalah p ambik pocket wifi. Aku sewa dari Roamingman. Tak payah deposit bagai, harga rate satu hari tetap RM12, tapi bagi aku syarat dia tak ketat sangat macam 1 wifi rental yang aku tengok. Sebab kena insurans bagai la, deposit la. InsyaAllah, aku jaga dengan sebaiknya. Roamingman ni boleh pick up kalau kat KLIA2 kat departure hall belakang check in luggage row Y. Total sewa RM108 sahaja. Boleh ke sini Roamingman .






Lepas tu kami gerak cari surau untuk lelapkan mata. Ramai jugak la, tapi muat lagi la nak lelap sat.

Pagi-pagi buta dah jaga dalam pukul 5am, sebab nanti ramai nak solat subuh, so kena cepat-cepat. Selesai subuh, kami gerak p check in. Sebab aku dah check in online, tapi tak boleh, jawapannya kena self check in la. Selesai check in, luggage pulak, self jugak. Alhamdulillah, selesai dah dipermudahkan. Boleh la p cari makan.

Mengopi time



Flight kami pukul 9.20am, so sempat la mengopikan. Selesai makan, tengah jalan masuk, nampak Arianna Life at Thinker. Yang Muna nampak Salma. Aku tak kenal sangat Salma. Tapi kenal Ariana, sebab selalu layan Youtube Life at Thinker. Sebab kami dok tengok kasut orang, Muna dok cakap, lawa kasut tu, aku cakap beli la, sekali tu kasut depa dua, hahaha..

Tak sangka jumpa boyfren, ahaks!!
Babai Malaysia
Standard la rakyat Malaysia, mesti amik gambar pasport dengan pass, ahaks!

Sampai masa, masuk la, dah berlepas la kami ke bumi Jeju Korea Selatan. Dalam flight aku dah amik nasi lemak uols. Sebabkan difikirkan, 9 hari akan rindu masakan Malaysia, so kita amik makanan pilihan rakyat Malaysia la. hihihi.. Selesai makan, membuta, jaga, membuta..jaga.. sampai..


Coffee again, why ha. Lepas balik dari Langkawi hari tu, aku rajin dok try kopi,hahah


Selamat sampai pukul 4.28 petang waktu Korea lebih kurang. Alhamdulillah. Akhirnya sampai tempat diidamkan.  Oh,lupa nak cakap, dalam flight nanti dia akan bagi custom declaration form. So isi la. Aku mula-mula cuak jugak la, sebab bawak Brahim, sebab dah lupa baca banyak sangat. Kena declare or tak. Fikir-fikir balik, rasa okey ja, sebab ingredients dah tulis kat kotakkan. So aku tak tulis la. Time kita keluar tu, akan ada sorang yang tunggu untuk kutip borang tu. Borang ni kalau p satu family, sorang ja isi.

And dah sampai tu, akan ada staf yang akan bagi borang Arival Card. Nanti isi lengkap-lengkap. Kan banyak kes jadi kat orang kita. So isi, betoi-betoi. Ada aku baca, ada no telefon guest house tu, tulis ja. Kerja apa, tulis ja. Sebab aku pernah baca, dia tak tulis pekerjaan, sekali dia kena balik. Haru...

Dah rasa sejuk


Alhamdulillah, selesai part imigresen dan luggage semua. Perkara seterusnya adalah p ambik kereta.

Bab kereta ada cerita menarik. Oleh kerana last minit decision, mula-mula kami try AJ Rental Car. Tapi sampai nak p dah, tak dak feedback. Sampai pm kat fb. Harga kat AJ memang dapat murah. Tapi lastly kami cuba try Kereta Sewa Jeju (KSJ) yang pemiliknya adalah orang Malaysia iaitu Kina Omar. Tapi dimaklumkan, yang Kereta Sewa Jeju ni hanyalah pengantara sahaja. Tak kisah la, janji dapat kereta. Aku dah penin nak p, kereta tak dapat lagi. huhuhu..

Alhamdulillah, akhirnya dapat feedback cepat dan perlu bayar sepenuhnya sebab dah nak p. Memang mahal dari AJ, tapi yang pasti kereta confirm dapat. Alhamdulillah.

Yang akan drive kereta is Muna. Aku tak berani rasa. Kena dapatkan lesen antarabangsa kat JPJ. Sebab, mesti semua sedia maklum, yang nak drive kat Korea ni memang kena ada lesen memandu antarabangsa atau International Driving Permit (IDP). Siapkan rm150, dah sediakan gambar pasport. Kalau tak kena ambil gambar kat sana. Dah ada IDP boleh la memandu kat Korea ni.

Lepas buat bayaran melalui online banking, maklumkan  pihak KSJ, dia akan reply email bagi kita pengesahan. Kemudian dia akan bagitau kita cara-cara nak ambil kereta. 1  perkara yang memudahkan untuk sewa kereta dengan KSJ ni, kita tak perlukan kredit card. Sebab kebanyakan masalah, adalah kena bayar credit card. And sapa yang drive, kena guna credit card orang tu. Entah la, lain company, lain syaratkan. Agak complicated kat situ.

Sampai, kami jalan kaki sikit, dan p dekat park bus, ada bus kat no 1. Tadaa, sampai dah.



Ada jugak rakyat Malaysia time ni naik bus sekali, Alhamdulillah, dimudahkan. Bas dah ada, tak payah tunggu, dah ramai, terus ajuhshi gerak ke rental car.

Tak jauh pun, pusing-pusing, sampai. 2 Orang gadis happy tak sangga la,tau dak.hahah


Muna tengah uruskan hal sewa bagai ni
Baca nama, cek and tandatngan

Tadaa, kereta selama kat sana
Dah dapat ni kena cek kereta ni. Kereta aku tengok dah bercalar balar jugak la. Side mirror belah kiri kat bawah dia dah patah kot. Tugas aku snap semua yang mana teruk dah tu. Cek dalam kereta, lapik kaki semua ada. Dia pun kalut cakap cepat-cepat ja budak tu. Lepas tu lupa nak tanya nak pakai GPS. So Muna sekali lagi p tanya, kebetulan, ada 1 family ni pun sama dengan kami, tak tau jugak. Dia pun p tanya jugak. 

Lepas p tanya, kami tetap tak faham.hahaha... Tapi kami pasrah ja. Endingnya, aku pakai Naver handphone aku ja senang. Untungnya kalau dah sewa pocket wifi ni la. Lega sangat. Walaupun ada yang cakap, tak pa, sana wifi free mudah. GPS kereta pun mudah. Mungkin bergantung nasib masing-masing la kan. Sebab kami masih blur nak pakai GPS, hahaha..

 Bermula la aktiviti kami untuk 1st day. Macam mana Muna memandu belah kiri? Macam mana risaunya kami dah gelap, tapi tempat nak dituju tak sampai-sampai. Aku sambung lepas ni k, hihihi


8 comments:

  1. OOHh ..patutla lama..pergi Jeju n Seoul..berdua lebih baik paling best kalau partner tu kaki gila2 n sporting

    ReplyDelete
  2. berapa hari sewa kereta dgn KSJ..berapa kena byr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap 7oorm lebih include insurans semua. seminggu lebih sebelum p booked. sebab last minit booked tak dapat feedback dari aj. bertabahla.. nak cuti tak boleh susah hatikan..hahaahah

      Delete
  3. Agak susah ke nak guna GPS tu? sbb susah nak faham tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak tekan2 sis jm, entah la, blur kami 2, janji dapat pusing jeju, hihihi

      Delete
  4. nak pergi ke Car Rental tu..satu bus sahaja atau naik bus berbeza utk ke Car Rental berbeza..atau semua syarikat car rental tu berada dlm satu lokasi dan mana2 bas boleh naik untuk ke sana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap car rental, ada basnya sendiri. car rental tu email bagitau kita kat mana nak tunggu bus. Tapi semua bus untuk rental car tu satu tempat ja, cuma kena tengok no parking bus tu.hihihi

      Delete