Tembak untuk ShaziShawl


Semalam photoshoot untuk Syazis Shawls. Agak kurang best, sebab belum puas amik gambaq, hujan sudah turun ma. Ni model untuk sesi semalam. Masih dalam editing photo. Nanti aku upload sikit kat blog ni. Nak tengok bebanyak boleh klik kat atas nu, aku punya flickr. (Saya budak masih belajar... :p )

Hampa boleh blogwalking kat http://syazishawls.blogspot.com/ . Boleh la usha-usha kot ada yang berkenan dihati. Tak pun untuk lelaki boleh bagi kat awets ka, mak ka, mak mertua ka. ;) Kalau fecebook boleh cari SyaziShawls. Boleh la like. ;)







Waktu dulu 2

Nak sambung lagi...

Aku putus cinta! yeye!!hahaha.. (Nerd-nerd aku dulu boleh kapel, pelik dak?tu namanya galak!) Lama dolu nu, time memude dulu. Memang sawan jugak aku. Bukan sat, lama gila. Tapi cover ja, senyum, gelak tapi dalam hati tuhan saja yang tau. Masa tu, rasa memang lost gila. Kawan baik pun duduk jauh. So, tak dak kawan la nak share. Boleh pun mesej dengan kol ja. huhu.. 

Tapi, koi lama, koi pikiaq apa yang bestfren aku ni cakap terus semangat sikit. Aku dok meratap sadis, dia dok happy go lucky buat apa. Macam la dia dok bagi aku makan selama ni. Betoi dak? So kuatkan semangat, tak mau pikir langsung menda alah ni. (Tipu la tak terpikirkan, ada la sikit..) Time ni la cuba "bersohsial". Idok ler sosial pergi disko tu, cuma up sikit beramah tamah. Sampai ada pakcik makcik nak buat aku menantu la. Ish..ish..ish..ish... 

Alhamdulillah, dan lepas tu la aku jadi reti bercakap. Kiranya pandai la nak beramah tamah dengan orang. Kalau dulu buat dek je. Lani, jumpa orang boleh tegoq la. Sampai ada hari tu, aku p interview keja, bestfriend aku ni temankan. Saja ajak dia, kebetulan dia mai umah aku. Masa tu kat KL. Aku siap boleh dok bersembang dengan kawan-kawan yang mai temuduga jugak. Siap tukaq no telepon lagi. Apa lagi, si Una ni terkejut la. Dia cakap, aku dah banyak berubah. Masa tu aku baru perasan yang aku dah berubah. =) Yala, dia yang paling rapat dengan aku.Last year jumpa kembali xkapel aku. Dia pun cakap aku dah banyak berubah. hahahaha... 


Moral of the story, kadangkala setiap perkara yang terjadi tu, ada kebaikannya. Cuma kita ja tak sedaq. Bila terjadinya sesuatu perkara, itu membuatkan kita lebih kaya dari orang lain. Tapi bukan la kaya duit, tapi kaya dengan pengalaman. Pengalaman adalah ilmu yang kita takkan dapat dari mana-mana pun.  Kita sendiri yang rasa dan kita sendiri yang boleh judge menda tu. :) 

Cinta tu bukan tak baik sokmo. Ada baiknya jika disertakan dengan niat yang baik. Cuma cinta tu akan jadi tak baik, bila manusia senirik yang mempermaikan cinta. Aku ni bukan la pandai bab-bab cinta ni, cuma bercakap melalui pengalaman senirik dan kawan-kawan. Sharing is caringkan.. ;)


ps: Tetiba berada dalam mod "LOVE"





Waktu dulu..

Aku dulu adalah seorang yang sangat pasif. (orang cakap) Aku kalau nak buat apa-apa macam takut je. Senang cakap tak dak keyakinan diri. Nak buat apa-apa kena bergantung kat orang. Nak cakap dengan orang takut, nak beli barang takut, kiranya semua menda takut la.. fuhhh...

Dari kecik lagi aku memang macam tu. So orang akan cop aku budak baik la, manja gitu. Waktu kat sekolah menengah, bestfriend aku, si Una ni la jadi mangsa. Kalau nak buat apa-apa dia la kena. Tapi, dia la kawan terbaik, tak pernah merungut. (tak tau la kot dok merungut belakang aku, ngeh..ngeh..ngeh..) Dulu time sekolah aku galak, maka berkapel la aku ngan sorang mamat ni. Cinta monyet, bodo ja kalau pikir balik. (dah tua baru rasa dulu bodo, mangkuk betui la aku ni)

Sampai la habis sekolah, aku kena berdikari, bestfren aku ni dapat study kat lain, dan si kapel aku ni p tang lain. (Aku pun tang lain) Kiranya kena belajaq berdikari la. Sedih gila, tapi memang tawakallah!! Waktu study tu, aku dah pandai sikit bawak diri. Kiranya nak balik umah tu, boleh balik sendiri dah la. Tak payah abah mai amik. (Lagipun aku jenis tak suka nak susahkan sesiapa, sebab nak try berdikari.) Alhamdulillah, kira lepas la diri aku ni.Mama pun rasa lega sebab anak dia sorang ni dah boleh jaga diri. (Bangga time tu, kehkehkeh..)


Tapi time tu, aku tak pandai bercakap dengan orang. Bukan la kata bisu, tapi tak pandai nak bersembang-sembang. Kalau dok ramai-ramai, aku rela dok senyap ja. Kalau p interview, aku tak pernah nak tegoq orang-orang sebelah aku tu. Bukan sombong, tapi jadi tak reti lagu mana tak tau. Kalau nak sembang ngan budak-budak laki ni, memang tak la jawabnya. Cakap menda-menda penting ja, merapu bagai tu tak la. So, baru ni ada budak kelas, chat ngan dia, dia cakap dulu aku sombong. hahaha..


Hari berganti hari, bulan berganti bulan... Tetiba sesuatu terjadi. Dan perkara itu menyebabkan aku berubah.

To be continue..

ps: panjang-panjang bosan plak nak baca kan,kan,kan.. =)

Tiada kata


* gigi saya besor..

Portable Applications


Sumber photo en Google

Uish, rasanya lama dah update pasai menda-menda komputer ni. Hari ni aku nak kongsi pasai portable. Lama dah pasai portable ni. (Tapi saja nak habaq gak) Atau dalam bahasa melayunya lebih kurang mudah alih ka ha? Macam tu la kot. Kiranya setiap perisian tu, kita tak perlu nak install dalam komputer atau laptop, cuma run saja melalui pendrive atau external hard disk saja. Mudahkan.

 Dah ada macam-macam la ni. Contohnya chrome, firefox, cclenear, antivirus la dan banyak lagilah.
Macam aku. aku suka firefox portable. Sebabnya macam-macam aku bookmark dalam dia. Walaupun la ni orang dah ramai pakai smart phone, tapi golongan tak mampu macam aku ni boleh la simpan lam pendrive tu. =p Lagi satu aku suka portable driver. Kalau sebelum ni, aku pakai driver genius untuk dapatkan driver dia, kena install dulu, salin balik driver dia, so macam susah ja. (Senang ja, tapi saja nak cari lagi senang  ;P) Lani, tak gaduh dah, cucuk pendrive, klik ja, terus ja dia install driver tu. Lagi mudahkan! 

Tapi bahananya, kalau pendrive kena virus... lalalalalala....

Nak secure, buat dua la. Kiranya backup la. Aku dah kena berapa kali, tapi Alhamdulillah la, sebab copy merata. Dalam pendrive la, lappy la, external hdd la.

 Ada macam-macam. Contohnya:



Kalau ada salah silap tu tolong perbetukan ok. Sharing is caring... 



Novel Cinta Kontrak


Cinta Kontrak. Sedap bunyi tajuk dia. Penulis dia masih muda baru 18 tahun. Sesuai la untuk budak-budak muda baca, tapi untuk aku macam dah tua (memang dah tua..)baca cerita budak-budak ni kan. Tapi ok jugak cerita dia. Not bad. Tapi banyak kebudak-budakan sangat sebab tu aku cakap sesuai untuk remaja la senang cakap.

Cerita dia pasai Nur Alia Airsha yang bertemu jodoh dengan musuh dia senirik, Mohamad Danial Franz, lelaki kacukan melayu+perancis. Sebenaqnya si Danial ni dah jatuh hati kat Airsha, tapi ego. Depa kawin pun ada kontrak.Tapi kontrak tu sekejap ja. Walaupun depa ni dah kawin, tapi masing-masing lebih suka buat hal masing-masing.Ada jugak berlaku konflik dalam perhubungan depa ni, bila Bella yang tergila-gilakan Danial ni nak bagai nak gila.

Tapi macam biasa la, ending terbaik. hehehe.. Nak tau lebih lanjut p la beli. (Aku pinjam kat kazen aku ja, kuikui..)

ps: nak p cari novel Anis Ayuni la.. Novel dia yang diadaptasi untuk drama pun teruja nak tengok. Tak sabaqnya aku.. =p

Untuk kamu, kamu dan kamu

Manusia itu bukanlah sempurna, sentiasa ada kesilapan yang dilakukan. Oleh itu janganlah kita mengharapkan kesempurnaan pada mereka, kerana diri kita juga kurang sempurna. Tidak perlulah menuding jari kepada mereka yang melakukan kesilapan itu, kerana empat jari lagi menuding kepada kita.

Andai kita telah membuat pilihan, maka lakukanlah yang terbaik. Tidak perlu berkeluh kesah selepas itu kerana itu adalah pilihan kita. Andai ada cabaran mendatang, maknanya makin banyak pahala sedang menanti yang akan diberiNya. Jika sudah sampai dipenghujung akal, maka bertawakallah....

 


Wordless Wednesday#


Raya Time dengan Pak Lang

Novel Pergilah Air Mata

Aku baru menghabiskan membaca novel ni. Serius best beb!! Memula tu tengok-tengok gitu ja, peh tu start la baca. Bila dah mula tu ka, nak baca sokmo la. Serius best beb. Bagi aku la.

Cerita dia pasal Sabrina yang kena tangkap basah dengan Badrul. Kenal pun dak lastly kena kawin jugak. Dah la memasing ada marka dah. Nak dijadikan cerita, rupanya kawan baik si Sabrina tu yang rancang untuk malukan dia. Gilo, dah la kawan baik, gamak dia buat lagu tu. Peh tu, kawan baik dia tu apa lagi, masuk jarum la amik marka si Sabrina ni. ish3.... Peh tu, dia bagi la hasben dia si Badrul ni nikah lain dengan marka dia.Cerita ni betoi tragis baq hang!! Lepas satu masalah, mai masalah lain. Tapi happy ending la. Kalau nak tau beli la. hehehe, Nak cerita kat sini panjang sangat pulak.hehe. (Awok pun pinjam je buku ni kat kazen awok, hehe)

Ni dia cover dia. Tengok biasa-biasa ja kan. hehe..

Yang buat aku tertarik nak baca sebab cara penulisan dia. Tak dak la merapu banyak sangat.Jalan cerita yang menarik, plot dia susun pun kemas. Senang kita paham. (Almaklum la, aku pembaca tegar..)


Alhamdulillah, Syukran Jazilan..

photo en google

Bersyukur sangat sebab dapat bonus hujung tahun ni. Lagi satu sebab dapat naik gaji. Syukur sangat. 

Tapi kadang-kadang aku heran, ada sesetengah manusia yang tak tau bersyukur. Ada la 2 3 kerat kawan kat fb tu, tak pueh hati merata. Tak tau la. Ritu bagi separuh mengata, ni bagi separuh lagi pun mengata. Lepas tu berdengki, kawan keja kementerian ni, baguih la, dapat elaun banyak, peh tu, gred gaji ni syok la, dapat banyak. Lepas tu jadi la bunga-bunga taik nak gaduh. Hmmmm...


Tapi ikut suka depa la kan, malas nak kata apa. Yang penting, aku cukup makan, pakai, OK!!

ps: nak beli rumah ok tak..ngeeeeee


TQ Cik Ana =)

Pagi ni blogwalking pas tu masuk blog budak ni. Hahaha.. Lawak la, KL Gangster 2 tu beb. huahuahua...
Yang bestnya aku pun ada sekali tu. Terharunyer.... =)

Ha todia, besor bapok aku tempek. Nampak tak nama aku tu, yang aku bulat come-come tu..keke..  Kategori supermak tu. (Kena kawen cepat-cepat ni.. ;p)


Wordless wednesday



ps: aku tengok ramai dok wordless wednesday, nak join gk la..kihkihkih...

Drama Tahajjud Cinta


Drama ni semakin menarik la beb. Suka plak tengok. Lakonan Eman Manan menjadi la sebab aku memang menyampah ja tengok. Mana taknya, mentang-mentang la dia ilmu agama tinggi, cakap priang-priang la pasal hadis, ayat Al-Quran. Ceh!!

Yang Seri tu plak rasa macam bodo ja. Kalau aku la, dah lama aku lari. hmmmm.... Ayah dia lagi la bodo.. Ikut la sangat ustaz tu. cis!!

Tapi semua tu hanyalah lakonan ja.kekeke.. Tapi menarik la jalan cerita dia.

Manusia ni jangan hanya dilihat pada luaran, sebab kadang-kadang apa yang dilihat pada mata kasaq tu menipu belaka. Tapi tak semua la. Orang cakap, tepuk dahi, pikir-pikirkan la..kekeke...

ps: Dah jatuh hati plak dengan lagu tema dia ni, merpati..

Ganu Photo






Tak sempat lagi aku nak edit. Macam biasa, sibuk.. statement besa.. ;p

Cantik tak?


Suka tengok gambaq ni. Cantik la. Dengan awan dia, memang comel la!! Saja dok godek-godek gambaq jumpa yang ni. Boleh view kat sini untuk tuan punya gambaq. Orang pro la kata.

Time tak dak keja aku suka tengok gambaq-gambaq. Rasa seronok. Agak-agak bila boleh nak dapat amik gambaq lawa-lawa cam gitu... huhuhu....

Bila kita dapat ambik gambaq, itu adalah satu kepuasan. Tambah-tambah kalau gambaq tu menjadi. Setengah orang dia akan cakap, gambaq tu biasa ja, dan setengah lagi akan puji. Biasa la tu, normal. Masing-masing punya pendapat la.