Malaysia Boleh!!

Malaysia menang semalam,hehe..memang best!! Terbaekkk!!

Oleh kerana Malaysia menang, makan hari Ahad ni aku cuti la.ngeh..ngeh..ngeh...

Letih ni, tak dapat nak taip banyak2..

Pokaikan diri

Aku nak beli barang-barang ni:

 
  • Kasut, tapi bukan brand crocs ni la tapi paten lebih kurang ni la. Tak der brand pun tak pa, aku belasah ja apa-apa pun..hehe


  • Handbag pun aku teringin nak beli. Lebih kurang macam kat atas ni. Boleh sling la. Tak der brand pun tak pa janji cantik dan puas hati.Ada 1 kedai kt Jusco Perda dekat ngan wayang jual beg cantik-cantik. Aku suka sangat. Walaupun tak branded tapi latest punya paten. Setiap kali p mesti aku kekurangan duit..sob..sob..sob ..( dah keja pun masih sengkek, hadoi la..)
  •  Blouse pun aku teringin jugak. hehe..Tapi dah search tak dak yang berkenan di hati la plak.

So 3 benda ni aku nak. Dan pastikan untuk mendapatkannya.hehe

Bukak Sekolah

Sekolah nak bukak ja, aku pun mula la sibuk. Macam-macam cikgu ni nak. Tapi tak per, itu tugas aku, so nevermind la. I Love my Job So Much k!! muahh muahhh!!

Ada saja benda yang kena hantaq ke PPD. Last-last minute nak, apa lagi, rushing la aku kena buat. Tak per, I Love my Job So Much k!! =D

Esok pendaftaran budak-budak tahun 1. So esok kita akan tengok edisi peluk-peluk, edisi menangis tahap gaban dan juga edisi panjat pagaq k! Tahun lepas lebih kurang 2 minggu jugak ada mak bapak tunggu anak-anak depa. So, mungkin tahun ni ada yang akan pecah rekod, kita tunggu yer..hehe

Letih yaamat!!

2 hari aku rushing. Jumaat dan sabtu yang sibuk. Badan aku rasa sengal-sengal dan nak demam. Rasa letih sangat..huhu..

Jumaat akad nikah Sha dan sabtu kenduri dia.Jumaat aku amik gambar dia, sabtu plak jadi pengapit dia...
( Rasa letih macam la kenduri aku,, huahuahua..=p)


Ni gmbar selepas akad nikah. Gambar ni belum edit sepenuhnya lagi.

Menda yang aku suka buat @ Hobby

Sekarang ni aku punya banyak hobi. Macam-macam aku nak cuba. Konon-konon nak jadi serba boleh la konon.. (ek ellehh.. nak muntah je dengau..) Contohnya macam :

  • jahit manik~yang ni aku terpengaruh dengan Xuera @ Kak Ya.Alhamdulillah, aku dah semakin pandai.. (statmen riak sikit,huahuahua..) Simple-simple boleh la..
  • Memasak~yang ni pulak terpengaruh dengan Ain. Duduk dengan dia buat aku teringin nak mencuba macam-macam resepi ja. Alhamdulillah ada yang menjadi, ada yang tak.hehe..
  • Amik gambar dan bergambar~yang ni tak terpengaruh dengan sesiapa tapi dengan sendirinya jatuh cinta, hehe.. (dulu tak suka bergambar, sekarang dah suka plak..hehe) Dah lama jatuh cinta ni, sejak keja dekat POS lagi sebab suka tengok photo cantik-cantik. Tapi dulu tak dak kamera, sekarang dah ada.. 
  •  membaca~yang ni memang sejak azali lagi.Aku ingat lagu dulu time tadika abah lekat paper minyak tu tulis suku kata untuk aku belajar membaca. Alhamdulillah, aku boleh membaca dengan pantas hingga sekarang.( percaya x? =p) Kertas paper bungkus nasi lemak pun aku baca sebelum makan.:) Sekarang sejak dah berkerja ni boleh la nak beli buku-buku paveret sendiri. Dulu kesian kat parents nak mintak duit pun..huhu..Especially novel la aku paling suka baca. heeee...

Perkara-perkara diatas la yang aku suka buat time masa lapang. Bergilir-gilirlah mereka tunggu turn.hehe..

p/s: sempat satgi aku upload pic yer!!

Hye..

Lama tak coret dalam ni. Sibuk sikit. Cuti sekolah dah nak bukak. Nanti aku upload gambaq serba sikit. Tungguuu..

Azam Muharam ini

Azam tahun lepas aku tak tau apa dia. Azam tahun sebelum tu nak dapatkan kerja tetap dan dah dapat pun. La ni untuk azam baru ni aku nak : -
  1. nak sambung belajaq ( otak berkarat ni boleh ke idak le..huhu)
  2. nak improvekan diri pasal kamera ( bak kata zool, gambaq aku semua buruk.. sob..sob..)
  3. nak rajin-rajinkan diri memasak, hehe ( sejak balik sini aku jadi seorang yang malas masuk dapur)
  4. nak kawen boleh dak, hehehe.. (seru dah sampai kot, haha, tapi calon plak takde..huh) akukan target nak kawen umoq 27, so tahun depan dah 27..
Boleh  tak ha? Nak seribu daya, tak mahu seribu dalihkan? Orang lain boleh awat kita tak boleh buat pulak, betul tak?

Caiyok, caiyok, caiyok!!

Aku yang bajet sibuk ;D

Orang lain cuti sekolah relax jer.( Somebody mungkin busy jugak kot) Aku dah tersusun kerja-kerja yang menimbun. Macam-macam nak kena buat, pening tak tau nak mula yang mana. (Tapi dah mula dah..)


Ini list aku. Kena list kalau tak jenuh nak ingat la sebab kadang-kadang aku ni pelupa. Banyakkan? hehe (Sedangkan orang lain lagi sibuk dari aku..haha)

Yang penting aku bukan makan gaji buta tau... ;p

p/s: Abaikan tulisan aku yang 'cantik' itu yer..huh!!

Kenduri kawen

Tahun ni ramai teman-teman aku kawen. Sungguh tak sangka, umur cepat berganjak. Semalam aku ke Bongor ( kat Baling ye bukan kat Indon, hehe). Majlis teman sekolah menengah aku si Kimi dan si Muneer @ Munirah. Temanya kelabu dan nampak sama cantik sama padan.

Look gorgeous kan!! (amik kat pesbuk si Muneer)

Hari ni teman aku si Shafazillah akad nikah dan kendurinya sabtu ni. Oleh kerana semuanya berteman dan tinggal aku jer tercangak sorang-sorang, terpaksa la aku menumpang kaki  dengan si Zool. ( Ini la nasib bila smpai tua pun masih single mingle, hadoiii!!) 

Ahad on 12th plak kenduri umah Ain. Abang dia kawin. Oleh kerana aku rindu yaamat kat si Ain ni, aku nak p jumpa jugak dia. hehe (Pulun dak aku?)

25th ni plak on Krismas kenduri Shapinat. 24th akad nikah dia. Mentang-mentang la aku tak kawen lagi, dia mintak aku jadi dia punya pengapit. Tolong kawankan, nak wat gena..

Kenduri orang jekan, kenduri aku plak?! Coming soon~~

My 'D'

Semalam, aku tak boleh lena. Terbayang-bayangkan sidia..waaaa.... Pusing kiri nampak dia, pusing kanan nampak dia. Kompom aku kena sindrom angau.. hahaha!!

Keputusan akan diberikan petang ini.

Tak sabar rasanya..hehe.. Doakan moga aku dapat apa yang diinginkan setelah sekian lama..huhu


P/s: Perasaan ni last mai sebelum Oranje aku sampai..hahahaha..

Masa Coti..

Hari ni keja aku PM laptop. Hadoii.. 1 laptop kena format, tapi masih tangguh lagi. Hehehe..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boleh bayang macam mana tunggu laptop tengah PM... Sambil layan lagu, nasib baik la boleh layan lagu, kalau tak mau mati kutu aku ni..hurm.....

.
.
.
.
.
.

Satgi aku update plak, nak karaoke hindustan sat..
hahaha