Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts

Jom p Loq Staq gais! #ftchingu ke AOR

Assalamulaikum.. haiii...

Sambung cerita 2019 tak habis lagi weh..

28 Disember tahun lepas, aku dengan gang ftchingu p Loq Staq. Tak toghah nak p mana dah weh. Keluaq subuh sepie, breakfast kat luaq ja la. Ni kira outing tanpa arah tuju. Macam bedal ja la p mana. Port makan dah search cari tapi still google kot ada yang best, hahaha.. Entah kali ke berapa la mai sini.

Bila dah umur makin meningkat ni, macam blur nak p lepak mana, makan mana. Dia punya nafsu nak jimba tu dah lain. Ka aku sorang ja rasa lagu ni tak tau la. hahaa.. Dia bukan la tak mau jalan, tapi feel dia tu macam blurr... hahaha.. Merepek dah, sambung cerita.

Pagi keluaq, so kami breakfast kat Kafe Adik Kakak. Kami sampai pun dah 9am lebih dah.

sumber google kedai time malam ni



waktu kedai buka






Ini apa yang kami order, Roti jala, roti apa ntah tu ada teloq tu, pek nga and nasi lemak. Nasi lemak tak sempat nak amik gambaq, Aq tengah kebuluran time tu.



Ada macam-macam makanan lagi kat sini. Tapi yang tu ja mampu masuk perut. Time kami p tak la ramai sangat orang, kalau pagi pagi lagi ramai kot. Nak parking belah belakang nampak boleh parking lagi.

Mencekik
Bagi aku, biasa ja apa yang makanan kami order tu. Kecuali nasi lemak, Aq cakap sedap. Gulai ikan ceroi and biasa ja. Peknga okey ja la. Tapi apa pun, lain mulut lain rasa. Kalau sapa nak p, boleh try la kan Cafe Adik Kakak Sebab malam pun ada lagikan.

Lepas tu, tak ketahuan nak p mana lagi. Decide p Pekan Rabu. Walaupun dah berapa kali la mai sini. Tapi buat baru ni 1st time la mai. 


Tak dak la nak beli apa pun. Sebab tak torahkan, jadi lagu ni la..


Aku jumpa minyak borak, beli la 2 botol. Mahal jugak la bila tak dak duit ni, susah nak dapat minyak ni. Lepas tu beli ikan pekasam. Wajib p Pekan Rabu mesti nak beli ikan pekasam. Rasa so so ja. Seingat aku ikan pekasam yang aku makan paling sedap yang arwah abah Ain tolong beli kat Pekan Nat Kuala Nerang. Memang sedap, berasa la.

 Bayangkan jalan tak ketahuan macam ni la. Lepak depan Pekan Rabu tu. Nak makan dah makan. And decide p Aman Sentral. Lepak ja tak ketahuan as always, hahaha





Bila dah bosan sangat dah gerak p Masjid. Alang dah nak masuk Zohor. Gerak ke Masjid paling ohsem, mesti la Masjid Zahir. 




Biarpun panas lit-lit, demi berkeping-keping gambar, aku sanggup, hahaha...

Lepas perut selesai kat masjid, kami gerak pulak untuk makan tengah hari ya kawan-kawan. Kedai yang di pilih ialah kedai Kejora Cafe.

Photo sumber google
Kejora ni letak sebelah Masjid Zahir ni ja. So kami jalan kaki ja la. Nak park kereta pun tak dak tempat pun. Kami dari pintu sebelah tu macam dalam gambaq tu.

Dah nak dekat pukul 2pm time ni, tak ramai pun orang. Ada macam pilhan makanan kat sini, dari kampung sampai la western. Sebenaqnya aku dah lupa apa yang kami order. Tak pa, layan gambaq k.

Amboi, dap aihh

Ayam penyet tak salah aku punya order

Ni Wafa punya order

Ni Aq punya makanan


Apa yang boleh dirumuskan, aku punya nasi so so ja, ada sesuatu yang tak kick la. Wafa punya makanan pun so so. Tapi Aq cakap okey nasi dia, hahaha.. Mungkin dia tengah kebuluran. hahaha.. Bagi aku, okey la. Mungkin mulut orang lain rasa sedap mana tau. Lagi pun ada banyak lagi makanan lain yang hampa boleh try, boleh la p. Kedai ni femes jugak.

Selesai lepas tu, tak torah lagi nak p mana, last p stadium, hahahaha..... Dok la sana.



Lepas tu rasa nak makan kek pulak. P la Blackwood pulak dah.

Kek kami 

Wafa punya kek sedap

Bos menikmati kek

Us
Lepak buang masa, membawang lama jugak kat sini. Pukul 6pm lebih jugak la kami bertolak balik weh.

Maka tamatlah hari tak torah, hari berjalan tanpa arah tuju, hari blur dan hari entah apa-apa, hahaha..
Overall semua okey ja, mungkin faktor umur terjadi semua di atas mungkin. hihihi..


Penginapan Bajet di Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum..aip!!

Okey, aku nak share penginapan aku kat Alor Setar.

Kat sini aku booked Rainbow Hotel. Hotel ni kat Tandop. Dia duduk kat dalam sikit la. Kira pusing-pusing jugak la nak jumpa hotel ni. hahahaha...

Tapi aku best hotel ni. Sebab kasut dah pasti kena letak kat luar. Mean kat receptionist. Jangan risau ada locker boleh simpan kasut.

Dalam dia pun best. Selesa. Yang penting murah.haha

Ni kat depan dia (Photo source: Agoda)
Ni tangga nak naik atas




Semua okey

Aku tak paham pasaipa bantal tu bergulung dengan selimut

Toilet dia kecik ja
Overall okey la untuk penginapan bajetkan. Bagi aku okey. Tapi recomend for yang ada transport la. Sebab dalam sikit kawasan dia.



 Maps untuk ke Rainbow Hotel Alor Setar 

Nak tempah boleh ke booking.com 

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Assalamualaikum..haii!!

Salah satu tempat tarikan lagi selain dari Menara Alor Setar, why not kalau hampa singgah ke rumah Perdana Menteri kita yang ke 7 ni. (Semangat weh..)

Rumah ni terletak di Lorong Kilang Ais.

Kat dalam ni tak silap tak boleh ambil gambar kot. Sebab tak ada sekeping pun gambar kat dalam kamera aku ni. huhu.. lupa dah..


Waktu melawat

waktu ni aku darjah 2
Pengangkutan yang membawa Tun Dr. Mahathir ke sekolah
Rumah Tun
Nak masuk ke sini free ja. Nanti dah masuk kena isi satu buku, dekat guard kat pintu tu.

Bagaimana nak ke sini?





Boleh rujuk kat Portal Arkib Negara nak tau lebih lanjut.

Masing-masing dah penat sebab panas

Nota kaki: Baru aku perasan weh, entry Sabah tak habis lagi. Nanti aku sambung k

Menara Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum..uitt..

Selamat berpuasa semua.

Aku nak habiskan cerita-cerita yang masih tersimpan dalam memori aku ni sebelum aku lupa. Ni pun dah koi lupa.

Tahun 2016, aku dengan gang #ftchingu aku bercuti kat Alor Setar. Dekat ja weh, tanah tumpah darah tercinta. Tapi banyak ja tempat yang tak sampai lagi. huhu..

Aku rasa aku tak payah cerita banyak la, sebab memori pun tak banyak ingat. hehe..

Menara Alor Setar.Tau tak? Tak tau baca ni.


Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Sumber di atas dari wikipedia



Sebelum masuk, beli tiket kat sini dulu
Ni harga tiket. Nanti mungkin dah lain sebab dah tak dak GST ;) Tapi aku rasa dah naik sekarang.

Dah beli tiket, naik lift k. Time kami pergi sini, macam tengah renovation.

Betoi-betoi sebelah ja dengan Aman Sentral
Kalau orang jenis gayat, mesti dah serem ni
Menara Alor Setar ni tak la setinggi Menara Kuala Lumpur. Sebab tu dia cuma letak besi-besi ja. Tapi safety la. Jangn risau.

Nampak berisi aku time ni
Ha,dia macam tu ja letak besi penghadang. Ada cermin kat atas tu. Tak la takut sangat.

Ada teropong kalau nak tengok Bandaraya Alor Setar ni



Kat atas ni ada la kedai jual barang cederamata. So kalau berminat boleh beli. Kat atas ni pun ada restoran berputar. Tapi masa kami p, tutup.


Kat bawah tu ada la pameran pasal jenis-jenis telefon.

Aku pernah tengok telefon ni waktu duduk kem dulu


Ni telefon syiling ni

oo.. ni penerangan kat telefon atas

Yang tulis kat situ "peralatan yang digunakan dari tahun 1940an hingga kini"
Menda alah kat atas ni "di gunakan di stesen keretapi, di mana ketua stesen akan memasukkan kunci yang di bawa pemandu tren untuk menerukan perjalanan" , itu apa yang tertulis kat situ la.

Besar giler weh

Lepas tu berat pulak


Yang tu saja aku sempat ambil. Kat mana Menara Alor Setar ni?



 
Nin dia maps untuk nak ke sana 


Ni aku godek jumpa harga tiket sekarang. 

Sumber Page Menara Alor Setar
 Kalau nak tau lebih lanjut boleh la ke Website Menara Alor Setar. Boleh search maklumat dan aktiviti terkini.