Sambung cerita 2019 tak habis lagi weh..
28 Disember tahun lepas, aku dengan gang ftchingu p Loq Staq. Tak toghah nak p mana dah weh. Keluaq subuh sepie, breakfast kat luaq ja la. Ni kira outing tanpa arah tuju. Macam bedal ja la p mana. Port makan dah search cari tapi still google kot ada yang best, hahaha.. Entah kali ke berapa la mai sini.
Bila dah umur makin meningkat ni, macam blur nak p lepak mana, makan mana. Dia punya nafsu nak jimba tu dah lain. Ka aku sorang ja rasa lagu ni tak tau la. hahaa.. Dia bukan la tak mau jalan, tapi feel dia tu macam blurr... hahaha.. Merepek dah, sambung cerita.
Pagi keluaq, so kami breakfast kat Kafe Adik Kakak. Kami sampai pun dah 9am lebih dah.
sumber google kedai time malam ni |
waktu kedai buka |
Ada macam-macam makanan lagi kat sini. Tapi yang tu ja mampu masuk perut. Time kami p tak la ramai sangat orang, kalau pagi pagi lagi ramai kot. Nak parking belah belakang nampak boleh parking lagi.
Mencekik |
Bagi aku, biasa ja apa yang makanan kami order tu. Kecuali nasi lemak, Aq cakap sedap. Gulai ikan ceroi and biasa ja. Peknga okey ja la. Tapi apa pun, lain mulut lain rasa. Kalau sapa nak p, boleh try la kan Cafe Adik Kakak Sebab malam pun ada lagikan.
Lepas tu, tak ketahuan nak p mana lagi. Decide p Pekan Rabu. Walaupun dah berapa kali la mai sini. Tapi buat baru ni 1st time la mai.
Tak dak la nak beli apa pun. Sebab tak torahkan, jadi lagu ni la..
Aku jumpa minyak borak, beli la 2 botol. Mahal jugak la bila tak dak duit ni, susah nak dapat minyak ni. Lepas tu beli ikan pekasam. Wajib p Pekan Rabu mesti nak beli ikan pekasam. Rasa so so ja. Seingat aku ikan pekasam yang aku makan paling sedap yang arwah abah Ain tolong beli kat Pekan Nat Kuala Nerang. Memang sedap, berasa la.
Bayangkan jalan tak ketahuan macam ni la. Lepak depan Pekan Rabu tu. Nak makan dah makan. And decide p Aman Sentral. Lepak ja tak ketahuan as always, hahaha
Bila dah bosan sangat dah gerak p Masjid. Alang dah nak masuk Zohor. Gerak ke Masjid paling ohsem, mesti la Masjid Zahir.
Biarpun panas lit-lit, demi berkeping-keping gambar, aku sanggup, hahaha...
Lepas perut selesai kat masjid, kami gerak pulak untuk makan tengah hari ya kawan-kawan. Kedai yang di pilih ialah kedai Kejora Cafe.
Photo sumber google |
Dah nak dekat pukul 2pm time ni, tak ramai pun orang. Ada macam pilhan makanan kat sini, dari kampung sampai la western. Sebenaqnya aku dah lupa apa yang kami order. Tak pa, layan gambaq k.
Amboi, dap aihh |
Ayam penyet tak salah aku punya order |
Ni Wafa punya order |
Ni Aq punya makanan |
Apa yang boleh dirumuskan, aku punya nasi so so ja, ada sesuatu yang tak kick la. Wafa punya makanan pun so so. Tapi Aq cakap okey nasi dia, hahaha.. Mungkin dia tengah kebuluran. hahaha.. Bagi aku, okey la. Mungkin mulut orang lain rasa sedap mana tau. Lagi pun ada banyak lagi makanan lain yang hampa boleh try, boleh la p. Kedai ni femes jugak.
Selesai lepas tu, tak torah lagi nak p mana, last p stadium, hahahaha..... Dok la sana.
Lepas tu rasa nak makan kek pulak. P la Blackwood pulak dah.
Kek kami |
Wafa punya kek sedap |
Bos menikmati kek |
Us |
Maka tamatlah hari tak torah, hari berjalan tanpa arah tuju, hari blur dan hari entah apa-apa, hahaha..
Overall semua okey ja, mungkin faktor umur terjadi semua di atas mungkin. hihihi..
No comments:
Post a Comment