Cuti-Cuti Singapore Part 2

Assalamualaikum, uit!!

sambung part 2.


Bangun pagi ni, kami decide Solat Subuh kat Sultan Mosque ja. Balik bilik mandi siap-siap and breakfast. 

Lupa nak bagitau, kat sini kami pakai data Maxis. RM10 satu hari, okey la. Cuma hari last ja tak ambik.

Siap, gerak la kami hari ini nak ke Universal Studio Singapore (USS). Dari Hostel jalan kaki pergi bus stop berdekatan. Kami search guna google maps ja. Kami naik bus no 61. Turun kat Vivo City.

Welcome from Vivo City

Sampai sini tercangak-cangak jugak. Rupanya naik atas dan terus beli tiket Sentosa Express. Sentosa Express ni macam MRT ja. Dah beli tiket scan dan tunggu ja. Nanti turun kat Waterfront Station. Pass masuk USS kami dah beli, so tak payah risau apa-apa la.

Semua tengah tunggu nak naik Sentosa Express


Sampai ja USS dah ramai kot bila. Sedangkan bukan weekend pun. Dan kami sampai 10 lebih sikit ja. Memang excited masuk sini. 

Ramai orang dah pagi-pagi ni

Nak masuk jangan lupa ambil USS Map. Memula kami jumpa Steven Spielberg ngeh, ngeh,ngeh... Lepas tu baru naik roller coaster Battlestar Galactica : Human vs Cylon. Itupun naik  human ja, cylon tak pun. Nak naik ni pun mak ai panjang nak tunggu. Tapi rugi la tak naik kalau dah sampai. 

Battlestar Galactica : Human vs Cylon
 Selain tu kami naik roller coaster kat Ancient Egypt. Kat sini pun mak aii, gila lama tunggu. Tengok macam tak dak orang tapi, rupanya kat dalam dah panjang beratur. Tapi nasib baik sejuk. Berbaloi bayar mahal. hehe.


Kat mana ntah tengok aksi stunt bagai. Okey jugak kat situ, tapi nasib la yang duduk bawah, basah. P sini pun sebab ada uncle tu pulun promote ada show apa ntah.


Ni la, lupa kat mana show ni






Kat Far Far Away tengok 4D, jakun sat kat sini, haha. Excited macam budak-budak.



bumble bee wafa kat atas

Transformers pun naik, tapi sebelum balik. Aq naik 2 kali kot, serius best!! Nasib masuk jugak,tu pun sebab Aq bagitau. Tapi mungkin masuk dah petang, so tak ramai sangat orang. 

Kereta sapa tinggai sini
Oh kereta Aq rupanya, tapi tinggal sebab tak mampu bayar road tax, haha

Zaman ribena suka tengok sesame street, so wajib kat tiang ni

Nak dapat gambar ni pun, bersabor je la..

Tengok, orang nak ambil gambar, dia boleh dok marah anak dia kat tepi tu,hmm
Cute sangat
Muka happy sebab tak payah tunggu nak naik

1 hari memang tak mampu nak cover semua sebab ramai sangat orang so masa menunggu nak main jadi lebih kurang 40 minit. Dengan panas, ya ampun.. 

Kami keluar 4.30pm macam tu. Bermula la konflik dalaman masa ni, haha... Kami salah tunggu bus, hehe..

Muka happy lagi sebelum sesat
Bila dah search keluar balik ke hostel naik bus mai tadi, bus 61. Tapi salahnya kami tunggu kat bus turun tadi. Apalagi, bus tu bawak kami pusing la sampai Bukit Batuk Bus Station, hamik kau!! 


Bukti mai jalan-jalan sampai Bukit Batok

Kami keluar awal kekonon nak solat kat Sultan Mosque ja la, padahal kat USS pun ada surau, i ni siap bawak telekung lagi. (Surau kat kawasan Ancinet Egypt). Endingnya qhodo la zohor dengan asar tu. Dengan laparnya, hadoii. 

Tapi tak pa la, mungkin tuhan nak selamtkan kami kot, sebab petang tu hujan pulak. Sampai time maghrib so bayangkan berapa lama kami pusing-pusing naik bus...

Memula ingat nak p solat dulu, tapi dok bayang nak buat 13 rakaat, p makan dulu la. Nak makan sup merah kemana dah la. Lastly p makan kat Zam Zam la. Murtabak ayam and Nasi beriani yang marvelous!! (Ka lapaq??)

Malam balik lena, esok nak balik dah.

0 Comments