Hostel Bajet @ Singapore

Assalamualaikum.. uit!!
Hari ni aku nak share pasal hostel  yang aku tempah waktu kat Singapura. Tugas cari penginapan ni aku la.

Model tak berbayar


Sebab cari hostel ni last minit, maka aku tak harap la dapat yang elok. Asalnya aku dah aim Hostel A, tapi di sebabkan kedekutan aku kekonon nak cari lagi murah, padan muka, ending aku tak dapat Hostel A tu. Sebab dah tak mau terlepas, aku pilih ja Five Stones Hostel thru Booking.

Ada jugak aku riki kat Agoda, tapi kat Agoda kena kira sendiri include tax bagai, malas pulak. Hehe.. Pengalaman aku,Agoda ni dia akan murah la dalam RM6 –RM7 macam tu dari Booking. Tapi sebab aku dah malas nak fikir, so aku pilih Booking ja.

Aku tempah 2 beds dalam female dorm untuk aku dan Wafa harga $92 untuk 3 hari. Untuk Aq aku tempah 1 bed mix dorm harga $50 untuk 3 hari. Deposit kena bayar seorang $20 and akan dapat balik time check out nanti.

Ni ja aku snap dalam bilik


Hostel ni aku memang recommended. Sebab utama lokasi dia strategik dekat dengan Bugis MRT.  Hostel ni paling best dekat dengan Sultan Mosque. Sebab kami tak mau ganggu roommate kami, kami p solat kat Sultan Mosque ja. Dekat sangat. Muat ja nak solat kat bilik, tapi segan la plakkan kat roommate. 


Subuh pun kami kat Sultan Mosque kot. Hehe.. Lepas tu kalau nak shopping kat area Sultan Mosque macam-macam ada. Eh lagi 1, paling penting nak makan, senang tak payah nak fikir halal ke apa. Kedai bersepah ja. 

Ada ja sedia breakfast. Macam roti and air 3 in 1. Padan la, ko bayar berapa dolar ja dik, tak payah mimpi nak layanan macam 1st class k. hehe




Bilik aku pilih share toilet. Tapi okey ja sebab toilet perempuan tingkat bilik aku, toilet kaum adam tingkat bawah.

Kebetulan kami duduk tu, hostel tengah dalam proses cat.

Jadi, boleh la kalau ada yang nak pergi Singpore, boleh stay sini. Recommended!!

Nota kaki: Nanti aku share nak beli tiket USS k.

0 Comments