Assalamualaikum.. hai semua..
Hari ni aku nak story hari last kami kat Singapore. Sedih jugak sebab rasa sat sangat.
Pagi hari ni bangun awal sikit, p solat kat Sultan Mosque. Tak ramai orang pun.
Cantikkan |
Sultan Mosque pintu masuk |
Sultan Mosque |
Sudah solat cadang breakfast kat Kampong Glam Cafe. Kami sampai kedai pun belum buka. Tapi ada orang yang setia menunggu kedai tu buka. Nampak dia buka, apa lagi, serbu la, hehe. Ada kuih muih, lontong, soto dan macam-macam lagi la.
Aku memang dok aim nak makan lontong dah. Sebab lama tak makan. Nampak simple ja, tapi serius sedap. Teh tarik + lontong $4.50 tak salah, lupa dah. (Jangan convert, makan ja)
Lagi 2 orang member aku, makan kuih ja. Depa tak boleh makan makanan merapu-merapu macam aku. hehe.. Best jugak, sebab aku boleh habiskan, ngeh ngeh ngeh.. (Agaknya sebab tu sakit noo) Lari tajuk dah...
Sedap wehhh |
Lama ja kami lepak situ. Nampak koi lama koi ramai. So decide gerak balik, sebab nak take a nap sat. hehe..
Balik bilik, golek-golek atas katil sat, baru mandi siap-siap nak check out.
Dah check out kami mintak tumpang letak barang sat sebab nak p shopping. Shopping kat kedai depan Sultan Mosque ja. Tu pun puas nak pilih.
Ha, tengok, nampak sikit, masuk bag tak muat kot |
Aku dah stress nak masukkan barang yang banyak tu |
Alhamdulillah, nasib aku bawak trolly bag, kalau tak campak ja dalam Selat Tebrau, (gurau ja, ;p) |
Siap kemas, maka bermula la perjalanan balik menuju ke Stesen Keretapi CIQ woodlands. Alhamdulillah tak sesat dah. Sebab 1st day dah sesat, hehe.. Tiket keretapi kami dah beli sesiap. Orang yang incaj menda ni Cik Wafa kita. Harga tiket $5 sahaja. (Please jangan convert!)
Mula la perjalanan penat kami time ni |
Tengah tunggu MRT |
Perjalanan dengan MRT ni sangat panjang |
Kami naik MRT dari Bugis Station. Aku dah lupa turun mana untuk interchange laluan tu, Lepas tu turun naik bus. Sini pun aku lupa kat mana, serius tak boleh ingat. Sebab tengah rush, so follow Wafa ja.
Nak naik bus ni pun tanya orang ja. Nak sahkan lagi, kami tanya staf kat kami pulangkan Tourist Pass tu.
Bila dah naik bus, syiling pulak tak cukup, So driver bus tu pun dah semacam dah. Hmm, redha ja la. Sebab kami tak pasti stesen mana nak turun bus, kami salah turun kat bus stop mana ntah. Dah la syiling dah habis, hadoii,... Tapi kami tanya sorang adik ni, dia yang cakap bus mana nak naik. So naik dengan dia sekali. Dah naik bus kali ke 2 ni, driver bus macam membantu la. Kat mana kami kena turun dia bagitau. Wafa la yang banyak tanya, aku dah blur dah. Thank you so much Wafa!!
Dah sampai kat Woodlands CIQ turun apa lagi, langkah panjang la kami. Tapi lega, ramai lagi dok beratur. Kami sampai lebih kurang pukul 2.40pm macam tu. Keretapi pukul 3pm.
Jadi 1 hal pulak kat sini, bila time check tiket sebelum masuk, rupanya tiket beli online kena tukar pulak... Hadoiiii. Oleh kerana aku ja yang free bag, so aku p turun tukar la. Turun tu tengok rupanya ramai orang yang tengah beratur nak tukar tiket. Alhamdulillah. Lega la sikit. Sebenarnya, keretapi takkan gerak selagi anda tak naik, so tak payah risau untuk sesapa yang nak pergi sana by train k. But make sure tukar sesiap tiket, kalau tak jadi macam aku, haaaa... Penat kot...
Dah tukar tiket, naik atas balik, okey lepas, gerak kat imigresen, cek semua, okey, naik keretapi.
Maka selamat tinggal Singapura.
Ni tiket dia okey, |
Perjalan sat sangat, aku rasa 2- 3 minit ja. Dah sampai.
Dah sampai Johor Bharu ni, mula la pulak tercangak-cangak nak ke Hostel kami tempah tu. Kat mana nak tunggu bus. Endingnya, kami amik grab ja. Hahaha. Penat tak boleh fikir dah la. Padahal dekat ja.
Okey, nanti aku sambung story lagi.
Nota kaki: Akan cuba habiskan story pegi Sabah, Jogja, Alor Setar, Kuala Lumpur, Melaka and..... entah la, ada lagi tak ha....
No comments:
Post a Comment