Two Weeks Drama Korea


Assalamualaikum. Nampak tak kepulunan aku dok layan cerita korea? Pulun sungguhkan!

Tajuk drama ni Two Weeks. Boleh tahan cerita dia tapi layan cerita ni serupa tengok bola sepak. haha... Boleh paham kot sebab pa noo.. :p

Cerita ni mengisahkan seorang lelaki bernama Tae-San (Lee Joon-Gi)  8 tahun yang lepas, terlibat dengan kumpulan samseng dan bekerja untuk Moon Il-Seok (Jo Min-Gi). Satu hari, Moon Il-Seok mengarahkan Tae-San untuk dijadikan kambing hitam bagi pertuduhan terhadapnya. Jika Tae-San enggan, Moon Il-Seok mengancam untuk membunuh teman wanitanya yang hamil pada masa itu. Tae-San bersetuju demi untuk menyelamatkan teman wanitanya.

Selepas keluar dari penjara, Tae-San masih bersama Moon Il-Seok. Dia bekerja di sebuah kedai pajak gadai yang dijalankan oleh kumpulan itu. Untuk kali kedua Tae San sekali lagi dijadikan kambing hitam apabila seorang perempuan dibunuh oleh Moon Il Seok.  Tae San  mendapat tahu bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan yang menghidap leukemia. Dalam masa 2 minggu lagi dia perlu menyelamatkan anaknya dengan melakukan pembedahan sumsum tulang. 

 Nak tau apa yang terjadi selepas tu? Jom layan kat Maaduu ye. Tengok online. Minggu ni episod akhir 15 dan 16 tarikh 25 dan 26 September. Tengok trailer kat bawah.



Freemake Downloader

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni Youtube downoader aku bermasalah nak download. Solutionnya, aku cari downloader yang lain la. IDM aku pun sat boleh pakai, sat dak.

Cara seperti biasa adalah tanya En. Google. So keluaq la berjeda-jeda downloader. Akhir sekali aku jatuh hati dengan Freemake Downloader. Interface dia menarik. Jom godek kat http://www.freemake.com/


Tapi untuk menggunakan Freemake ni, pastikan install .NET FRAMEWORK dulu. Pastikan jugak anda sedang online untuk install. Tapi dia ada jugak untuk offline version. Mudahkan! :) Lagi satu dia lebih laju bila kita download berbanding YTD

Selain dari downloader, freemake ni juga ada video converter. Bukak dan pilih la nak yang mana. Keburukan freemake ni, dia kena install sesatu. Kalau dia satukan semua sekali kan bagus. 

Good Doctor | 굿닥터




Assalamualaikum. Sekarang tengah layan cerita ni. Dah episod 14 dan minggu ni masuk episod 15 dan 16.

Cerita ni mengisahkan pasal Park Shi On yang sakit Sindrom Savant dan dia ni berpewatakan macam budak-budak. Impian dia nak jadi Paediatric Surgeon, pakar bedah kanak-kanak kalau tak salah. Akhirnya berjaya.

Park Shi On ni punya kelebihan dia boleh menghafal tahap giler la, bukan setakat hafal, tapi boleh imagine tubuh badan pesakit macam 3D. Kira tu kelebihan dia berbanding orang biasa. 

Tapi sedihnya, waktu dia kecik, bapak dia tak suka sebab dia lain dari lainkan. Abang dia la yang banyak suport dia sampai la abang dia mati. Sedihhhh..

Kalau nak baca selanjutnya boleh ke http://asianwiki.com/Good_Doctor  . Kalau nak tengok online boleh ke http://www.maaduu.com/. :) Haa, free lagi iklan kat sini.



Windows Theme yang Menarik!

Assalamualaikum. Hari ni matahari dah muncul selepas beberapa hari merajuk. Cuaca dah panas. :(

Hari ni aku terasa nak share theme windows yang cantik-cantik. Serius cantik! Bila dah letak kat lappy ka, kat desktop tu, tengah stress keja mesti rasa rilex bila tengok gambaq-gambaq ni.

Cara yang aku nak tunjuk ni guna Windows 7 ye.
Klik kanan dah pilih properties seperti pada gambar diatas

Kemudian klik seperti anak panah gambar diatas

Tadaa, maka kat sini pilih la gambar yang hampa suka. Garisan merah tu tanda dia akan tukar semua sekali la

Kalau hampa nak tukaq background saja pilih background la

Kalau tak mau ikut step tu p kat sini ja, mudah http://windows.microsoft.com/en-us/windows/themes

Yang pasti gambaq kat sini memang cantik hokey! ;)

Loka- Jangan Pergi


Assalamualaikum..

Asyik hujan ja kat sini. Tapi best sebab tak panas..hehe.. Jom layan lagu sesejuk macam ni..

Anak Andy Floppy ni

Filem Phee Mak Phraknong





Aku nak share pasal filem Thai yang kompom la hampa tengok hampa gelak.

Kisah berkenaan dengan Mak yang p berperang dan terpaksa meninggalkan isteri tercinta (Nak ) yang tengah sarat mengandung. Bila perang tamat, Mak ni dengan baik hatinya ajak la kekawan dia p kampung dia dah kekonon nak tunjuk isteri dia yang cantik jelita tu. Tapi dia tak tau lagi yang isteri dia tu sebenaqnya dah mati.


Bila dah sampai kat kampong bermula la adegan yang mencuit hati. Kalau nak tau lebih lanjut, sila tengok ye sebab rugi kalau tak tengok. 




Chakra Khan - Setelah kau tiada



Layan lagu ni dulu, sadis

TRICKS TUKAR XP SP2 KEPADA SP3

Assalamualaikum. Trick untuk tukar Windows XP SP2 kepada SP3

  1. memula amik start button dan klik pada Run;
  2. Kemudian taip regedit;
  3. Klik la MY COMPUTER\HKEY LOCAL MACHINE\SYSTEM\CURRENT CONTROL SET\CONTROL\WINDOWS;
  4. Kemudian tukar CSD Version dari "0x00000200" (SP2) ke "0x00000300" (SP3); 
  5. Restart pc semula.

Aku buat ni sebab nak install doongle YES tak boleh untuk SP2, untuk memudahkan gunala trick ni. Tapi tak semua menda boleh yer, macam aku try install Avira tak boleh. Sebab aku nak install banyak PC dan laptop, cara mudah guna trick ni la.

Boleh tanya en. google kalau nak tau lebih lanjut. :)

Aidil Fitri 1434h


Assalamualaikum.. Syawal dah nak habis dah pun. Raya kali ni seperti biasa. Cuma tahun ni Mak Ngah dah tak ada, tu ja. :(

Layankan ja gambaq-gambaq di bawah ye. Sebenaqnya, gambaq gila banyak kot. Ni pun dah edit dan   pilih-pilih yang sesuai ja.


1 happy family





Abah dan mama tersayang

Dengan tok tersayang



Depa ni bab amik gambaq no 1 




Bila dapat berhimpun reramai memang best tapi masih tak cukup lagi ni

Penutupnya, sejak abah dan mama pencen baru best beraya dan baru terasa nikmat beraya. Sebabnya sebelum ni, kalau nak rasa meriah macam ni tak dak pun. Bila mama cuti, abah keja, tak pun abah cuti mama keja. Dan pernah aku dengan adik-adik aku beraya 4 beradik ja. Tapi abah ngan mama petang tu ada la. Macam ni la bila mak bapak keja shif. 

Thumbs up for Aidil fitri 1434h ;D