Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Download youtube video

Assalamualaikum! uit!!

Nak share something, tak tau dah kalau hampa dah tau, nak share jugak.

Cara mudah download video kat youtube,  adalah dengan ss ja, hehe

caranya macam ni

1. Pilih video apa yang nak download tu. Lepas tu, klik ss sebelum perkataan youtube tu dan enter.


2. Dia bawak p kat page ni, dan klik kat mp4 tu.

3. Save la file tu, ok.

3. Untuk pengguna IDM tegar, dia akan detect, so cepat la sikit download.


5. Selesai sudah.


Nota kaki: Lama diam, sebab macam-macam ujian mai. Mak sakit. so diam la sat

Ghost Hiren Boot

Assalamualaikum..uitt..

Hari ni ceq rasa nak share macam mana nak selamat pc atau laptop tanpa perlu install driver. Ye la, selalu masalah kita, lepas format pc or lappy, mesti nak kena cari driver. Ada ja cara nak install driver dengan macam-macam perisian. Tapi bagi aku, pakai Ghost ni senang. Contohnya bila kita baru format tu, terus copy buat image, incase jadi apa-apa dah ada backup. Especially yang bekerja di pejabat or makmal komputer atau jugak CC. TAPI, pastikan setiap pc mempunyai spec yang sama, Ghost ni nak dapat senang dengan Hiren Boot.

Kat sini ada 2 cara aku nak share. Sebab apa, sebab waktu aku and the gang try, ada masalah yang timbul. Solutionnya kami guna cara lain. Masalah mungkin timbul kerana faktor jenis pc/laptop atau sebab hiren cd kami tak update. ngeeeee.. Apapun, masalah selesai jugak. Pastikan kita ada cd hiren 9.9 pun boleh dan juga external hard disk yang ada free space banyak lagi ye. Sebab kadang data backup sampai 10g, mana taknya sekarang semua pakai Win 7 paling lekeh. Boleh jugak kalau nak jadikan drive D backup, tapi pastikan ruang mencukupi ok. Tapi disarankan guna external lebih baik.

Mini Windows XP  

1. Mula, masukkan cd. Pastikan cd boleh boot. (Jangan lupa tukaq setting boot;

2. Kemudian tekan enter, dan paparan seperti diatas akan muncul. Pilih Mini Windows XP;


3. Bila tengah loading, cucuk kabel external hardisk.


4. Kemudian klik kat HBCD Menu tu.

5. Bila dia papar klik Menu, kemudian Backup dan kemudian klik Ghost32*

6. Klik atau gunakan tab pada Local, kemudia Disk dan lastly pilih To Image.


7. Kemudian pilih source.

8. Pilih kat mana kita nak save. So pilih la external hard disk tadi. Kalau tak jadi, buat sekali lagi ikut balik step dari mula.


9. Bila dah dapat, file nama jangan lupa ok. Dan klik save.

 10. Klik ja yes, maka tunggu sajalah. 

11. Bila dah siap, restart balik. Cek balik file.
12. Selesai.

DOS Programs

1. Memula masuk cd macam step atas jugak. Cuma pilih Dos saja.


2. Pilih Backup tools

3. Pilih Norton Ghost 11.5.1 *


4. Klik pada Ghost (Normal)


5. Kemudian file akan dibaca kat bawah menu tu.


6. Bila ada paparan macam kat atas tu, tekan enter ja, dan enter saja lagi.



Kemudian ikut langkah no. 4 dan seterusnya seperti dalam Mini Windows XP ja. :) 

Download video dailymotion cara mudah

Assalamualaikum. uit!

Betapa hancur hati ku, sebab dah tak dapat download “Appaeodiga” atau englishnya “Dad, Where Are We Going?”. Aku pun tak tau pasaipa tak dak. Last download sampai episod 71 ja. Itu pun godek-godek jumpa kat Dailymotion. Rindu plak nak tengok Bin,Hoo, Min Yul,Ri Hwan dan semua la senang cakap.

Masalah aku tak tau pasai pa IDM aku tak update aku tak boleh download video kat Dailymotion. Maka dengan itu, aku pun menggodek-godek bertanyakan en. Google. Dan sudah pastilah en. Google membantu aku. Berani dia tak tolong aku!

Sebenaqnya ada macam-macam cara tapi ambik cara yang mudah je. Mudah untuk aku. Aku nak share macam mana nak download video dari Dailymotion. Perkara pertama, wajb la ada browser or enjin pencari Firefox ye. Kalau tak dak, install la ye.

Kemudian cari ja kat en. Google taip je lebih kurang ‘download dailymotion videos using firefox’. Senang sikit buat cara ni sebab nak cari kat add on tu banyak sangat.

Bila dah keluar paparan tu, klik jewww kat add to firefox.

Kemudian klik ja install now.
Dah install restart ja

Nak tau ada ke tidak, klik kat add-on tu.

Macam mana nak download? Ok, bila buka Dailymotion, nampak button download tu, klik dan dia akan papar kita nak saiz apa video tu, kalau tak dak klik download ja la. 

Selamat berkongsi!!

Url shortener

Assalamualaikum..Moshi-moshi!!

 Url shortener? Apa tu? Ok bahasa pasarnya ia adalah laman web untuk memendekkan alamat sesebuah laman web yang kadang kala berjeda-jeda panjangnya.

Contoh macam :

           http://www.akubest.com/buatbest/boleh/entah2=23479;hdsjgsssbMenu=;akumemangbest/

bila dah dipendekkan jadi la :

           http://goo.gl/jjbBv

Aku nak share salah satu url shortener dengan menggunakan google url shortener.

Mula - mula taip google url shortener dan akan keluar paparan macam kat atas ni. Disarankan lebih baik daftar lebih mudah.

1. Dah copy url address tu paste seperti dalam gambar rajah;
2. Kemudian klik pada butang shorten URL;

3. Dapat dilihat long url seperti diatas pada anak panah no. 3;
4. Akhir sekali copy je la short url yang telah diberikan. :)

Mudahkan! Petik jari jewww...

Selain dari google shortener ada macam-macam lagi.Kalau sesapa rajin download movie mesti tau. Antaranya macam:

1. http://adf.ly/
2. http://tinyurl.com/
3. https://bitly.com/
4.http://tiny.cc/

Aku rasa ada banyak lagi, tapi yang ni ja yang aku tau. Boleh share sesapa yang tau.


Photobook Saya

Assalamualaikum.. uit!

Baru ni aku ada buat photobook. Photobook ni PK aku yang bagi. Lepas dapat tu apa lagi aku pun dengan gigihnya menyiapkan photobook berkenaan. (study pun tak macam gini.) Aku buat simple ja sebab 1st time try.

Inilah hasilnya :

Muka depan dan belakang

Warna warni

Photobook ni kita boleh beli melalui Groupon dan Living Sosial. Kalau beli kat sini dapat lagi murah sebab guna voucher. Tapi kena rajin-rajin tengok la sebab tak selalu dia offer murah dan bila ada lain-lain saiz untuk setiap buku tu. Mungkin potrait dan mungkin lansdscape. 

Bila kita dah beli tu, tempoh sah voucher tu lebih kurang dalam 4 bulan macam tu la. So sempat la nak godek-godek pilih gambaqkan. 

Sebelum pilih gambaq wajib install dulu perisian photobook ni. Boleh ke photobook.com untuk download. Siap download maka bermulalah pengembaraan anda! :) 

Kalau yang ada anak tu boleh la buat album gambaq untuk anak. Cikgu-cikgu sekolah aku dok gila buat untuk anak depa siap pakat dok mai tayang la apa lagi. Untuk yang suka travel, boleh jadikan buku cerita untuk pengembaraan anda tu dan untuk yang minat photografi, ini sangatlah best!

p/s: Kalau beli dari photobook sendiri pun ok, tapi mahal sikit la.

Freemake Downloader

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni Youtube downoader aku bermasalah nak download. Solutionnya, aku cari downloader yang lain la. IDM aku pun sat boleh pakai, sat dak.

Cara seperti biasa adalah tanya En. Google. So keluaq la berjeda-jeda downloader. Akhir sekali aku jatuh hati dengan Freemake Downloader. Interface dia menarik. Jom godek kat http://www.freemake.com/


Tapi untuk menggunakan Freemake ni, pastikan install .NET FRAMEWORK dulu. Pastikan jugak anda sedang online untuk install. Tapi dia ada jugak untuk offline version. Mudahkan! :) Lagi satu dia lebih laju bila kita download berbanding YTD. 

Selain dari downloader, freemake ni juga ada video converter. Bukak dan pilih la nak yang mana. Keburukan freemake ni, dia kena install sesatu. Kalau dia satukan semua sekali kan bagus. 

Windows Theme yang Menarik!

Assalamualaikum. Hari ni matahari dah muncul selepas beberapa hari merajuk. Cuaca dah panas. :(

Hari ni aku terasa nak share theme windows yang cantik-cantik. Serius cantik! Bila dah letak kat lappy ka, kat desktop tu, tengah stress keja mesti rasa rilex bila tengok gambaq-gambaq ni.

Cara yang aku nak tunjuk ni guna Windows 7 ye.
Klik kanan dah pilih properties seperti pada gambar diatas

Kemudian klik seperti anak panah gambar diatas

Tadaa, maka kat sini pilih la gambar yang hampa suka. Garisan merah tu tanda dia akan tukar semua sekali la

Kalau hampa nak tukaq background saja pilih background la

Kalau tak mau ikut step tu p kat sini ja, mudah http://windows.microsoft.com/en-us/windows/themes

Yang pasti gambaq kat sini memang cantik hokey! ;)

TRICKS TUKAR XP SP2 KEPADA SP3

Assalamualaikum. Trick untuk tukar Windows XP SP2 kepada SP3

  1. memula amik start button dan klik pada Run;
  2. Kemudian taip regedit;
  3. Klik la MY COMPUTER\HKEY LOCAL MACHINE\SYSTEM\CURRENT CONTROL SET\CONTROL\WINDOWS;
  4. Kemudian tukar CSD Version dari "0x00000200" (SP2) ke "0x00000300" (SP3); 
  5. Restart pc semula.

Aku buat ni sebab nak install doongle YES tak boleh untuk SP2, untuk memudahkan gunala trick ni. Tapi tak semua menda boleh yer, macam aku try install Avira tak boleh. Sebab aku nak install banyak PC dan laptop, cara mudah guna trick ni la.

Boleh tanya en. google kalau nak tau lebih lanjut. :)

Power Bank dari Groupon

Assalamualaikum..Hai..


Akhirnya sampai jugak. :) Thanks Groupon Malaysia. Aku dok survey menda alah kat atas tu lama dah. Lastly amik kat groupun jugak.  

Harga RM95 include postage
Macsonic 12,000mAh
Dual port usb
Compatible untuk HTC, Blackberry, Samsung, LG, Nokia, Apple dan untuk yang USB-enabled devices
Senang cakap dia macam 3rd party charger

Aku survey kat lain brand dan kuasa yang sama RM 100 lebih tu pun kena include postage lagi. (Nampak tak betapa bajetnya aku kat situ :p )So decide amik kat Groupon jer la. Dalam seminggu barang dah sampai. Penghantaran guna Skynet. Dia mesej kita cakap barang dah ada boleh semak kat sekian-sekian. (dia bagi link adress) 

Kita tengok lama mana nak tahan hokey!

Pada Sesiapa nak beli boleh ke Groupon. Taksat aku tengok dah ada yang baru kat sini. 






Save MS Word to PDF

Assalamualaikum & selamat pagi !

Mesti kadang-kadang timbul masalah bila bos nak dokumen tu diemail dalam format PDF tapi fail tu save dalam word. Lepas tu mula peningkan. Kadang kita kena convert onlinekan, tak pun kena install. Bila dah install tengok-tengok kena berbayar baru boleh convertkan. Hampeh ja....

Lani aku nak share sikit guane nak buat dengan mudah. Mungkin ada orang yang dah tau, yang mana tak tau boleh buat lepas ni. :)

 1. Bila dah siap, ready la untuk save.

2. Pilih Save As kemudian klik find ad-ins for other file formats

3. Lepas tu akan keluar la paparan ni

4. Lihat pada topik Install and Use the Publish as PDF or XPS add-in from Microsoft. Klik pada Microsoft save as PDF or XPS add-in for 2007 Microsoft Office Programs

5. Bila dah klik, paparan ni pulak muncul dan klik la kat button Download tu.

6.Sila buat pilihan , nak Run saja ka atau nak Save. Saya Run saja. :)

7. Klik pada Accept Licence tu lepas tu Continue

8. Dah selessai install dia kluaq la menda ni.

9. Ok, la ni dah boleh la save as PDF. Jeng.. Jeng... :)

#Yang aku buat ni Office 2007. 

Kalau Office 2010 dia dah ada siap dah. Macam kat bawah ni. Nak mudah, gunalah Office 2010 pulak yer. :)


Yang Office 2003 aku tak berapa pasti plak macam mana. Lani kalau p mana-mana jabatan, masih ramai yang guna Office 2003. Termasuk la kat office aku. Cadang nak install Win 7, tapi risau kalau-kalau depa susah nak terima perubahan. Tak lama lagi, Win 8 pulakkan. hmmm...

Saja nak kongsi. Ilmu ni tak rugi kalau dikongsikan. Dapat pahala. :) Mana yang dah tau tak pa la. Maaf gambaq tak clear, terus tempek tanpa edit. :) 

p/s: Asal buat blog ni pun memang sebab nak post pasal IT ja, sebab kekadang saya lupa. Bila lupa boleh rujuk sini. (Tapi sekarang dah post macam-macamkan,. hehe)