Ghost Hiren Boot

Assalamualaikum..uitt..

Hari ni ceq rasa nak share macam mana nak selamat pc atau laptop tanpa perlu install driver. Ye la, selalu masalah kita, lepas format pc or lappy, mesti nak kena cari driver. Ada ja cara nak install driver dengan macam-macam perisian. Tapi bagi aku, pakai Ghost ni senang. Contohnya bila kita baru format tu, terus copy buat image, incase jadi apa-apa dah ada backup. Especially yang bekerja di pejabat or makmal komputer atau jugak CC. TAPI, pastikan setiap pc mempunyai spec yang sama, Ghost ni nak dapat senang dengan Hiren Boot.

Kat sini ada 2 cara aku nak share. Sebab apa, sebab waktu aku and the gang try, ada masalah yang timbul. Solutionnya kami guna cara lain. Masalah mungkin timbul kerana faktor jenis pc/laptop atau sebab hiren cd kami tak update. ngeeeee.. Apapun, masalah selesai jugak. Pastikan kita ada cd hiren 9.9 pun boleh dan juga external hard disk yang ada free space banyak lagi ye. Sebab kadang data backup sampai 10g, mana taknya sekarang semua pakai Win 7 paling lekeh. Boleh jugak kalau nak jadikan drive D backup, tapi pastikan ruang mencukupi ok. Tapi disarankan guna external lebih baik.

Mini Windows XP  

1. Mula, masukkan cd. Pastikan cd boleh boot. (Jangan lupa tukaq setting boot;

2. Kemudian tekan enter, dan paparan seperti diatas akan muncul. Pilih Mini Windows XP;


3. Bila tengah loading, cucuk kabel external hardisk.


4. Kemudian klik kat HBCD Menu tu.

5. Bila dia papar klik Menu, kemudian Backup dan kemudian klik Ghost32*

6. Klik atau gunakan tab pada Local, kemudia Disk dan lastly pilih To Image.


7. Kemudian pilih source.

8. Pilih kat mana kita nak save. So pilih la external hard disk tadi. Kalau tak jadi, buat sekali lagi ikut balik step dari mula.


9. Bila dah dapat, file nama jangan lupa ok. Dan klik save.

 10. Klik ja yes, maka tunggu sajalah. 

11. Bila dah siap, restart balik. Cek balik file.
12. Selesai.

DOS Programs

1. Memula masuk cd macam step atas jugak. Cuma pilih Dos saja.


2. Pilih Backup tools

3. Pilih Norton Ghost 11.5.1 *


4. Klik pada Ghost (Normal)


5. Kemudian file akan dibaca kat bawah menu tu.


6. Bila ada paparan macam kat atas tu, tekan enter ja, dan enter saja lagi.



Kemudian ikut langkah no. 4 dan seterusnya seperti dalam Mini Windows XP ja. :) 

1 comment:

  1. aha..perkongsia yg berilmiah..pernah dgr pasal GHOST ni tapi x pernah try

    ReplyDelete