Korea Aku Datang - Episod Jeju (Part 4)

Assalamualaikum.. haiii...

Balik dari jalan-jalan tu, kami singgah 7e. Cadang nak beli siap-siap tmoney alang dah belakang rumah ja. Biasa la, bila masuk 7e ni, nak beli tmoney, terus jadi upacara merayap dalam kedai. hahaha.. Nak bayar, baru tanya. So beli la tmoney tu. Time ni la drama bermula. Aku memang ada baca, kalau kita beli tmoney kat 7e ni, kita kena topup. So aku cakap la nak topup. Dia dok blur tak faham. Aku cakap reload, dia tak faham jugak. Lepas tu dia dok habaq kat aku cakap tak dak duit dalam kat aku tu. Dia tunjuk kad tu, lepas tu dia buat silang pangkah tangan dia. Aku faham la. Muna pulak cakap, dia tak faham jugak. Aku dah download papago translate, translatekan dalam hangul, dia tak faham jugak. Aku dok pikiaq la, apa lagi perkataan untuk tambah wang ni.Lepas tu dia dok buat stress pegang-pegang kepala. Padahal, aku yang sepatutnya stress sebab aku tak boleh topup, ni dia pulak dok buat stress. Last aku cakap, it's okey, nevermind. Thanks. Tak pasai aku dok cakap lagi, bunuh diri plak budak tu, jenuh.

Ak cakap kat Muna, la jom p cari Luna. Mintak tolong dia la translate. So kami gerak balik rumah panggil Luna. Alhamdulillah, lega. Luna yang bercakap dengan dia. Apa susah sangat adik oii..  Tak pa la, bersangka baik la. Nampak pun macam budak sekolah ja. Buat part time ja kot. Terima kasih adik, sebab ajar akak erti bersabar. Saja tuhan nak uji aku tengok sabar ka dak. hihihi

Balik makan lena.

Esok pagi, sebelum check out, makan dulu. Hari ni last kat sini. Overall aku suka kat Kkodak Kkodak Guest House ni. Walaupun tak la besaq mana, tapi Luna is the best. Thanks Luna. So sesapa nak p Jeju, boleh menginap kat sini dengan bajet seciput. Dekat ja dengan Ole Market.

Breakfast kami pagi tu

Kang Muna biasa la, bz dengan handphone semedang,hahaha


dapur




Awal pagi kami keluaq, nampak dak, hahaha
This is Luna

Us!

Our Guest House Kkodak Kkodak

Gambar semalam

My driver yang berani amat

Tempat pertama yang kami p, Jeju Folk Village. Kat sini kita boleh tengok la rumah dan cara kehidupan masyarakat di Pulau Jeju tahun 1890an.Kami sampai lebih kurang pukul 10am. Parking free.



Kalau sewa hanbok, masuk free

Besar kot tempat ni. So kalau p sini, kena spend masa lebih la kat sini. Bagi aku yang suka tempat sejarah ni, best la dapat tengok tempat macam ni. Depend la, setengah orang, mesti tak suka tempat macam ni.








Aku dengan Muna tergedik-gedik la kat sini seronok. hahaha.. Time kami masuk tak ramai orang lagi. Maklum la, dah awal pagi.

Tengok sign apa yang ada kat sini


Ada drama yang buat kat sini

Feeling weh, haha


Ada lembu kat sini, so bau lembu la,



Konon, sapa nak anak pegang hidung dia, tengok kat Superman Return, mak Sarang cakap
Terima kasih la kat ahjumma dan ahjushi yang tolong amik gambar kami. hihihi...

Us

Dimanakah anda, hihhi

Memang bunga ja la

Sekolah pun ada okey


Tengah study

2 budak happy



Bila lalu, tengok ada tempat macam buat hajat la selalunyakan. Kami pun try la. Tapi bukan buat hajat. Saja nak konon valet nama kat sini, hahah...Orang tak dak, apa lagi.



Kena bayor

Aku rasa rumah ni unik dan menarik


Ni reality show we got married ka?

hamik kau, banyak gilaa




Mula-mula ingatkan buah tipu, sekali Muna ajak masuk, betul rupanya, nampak tak muka terkejut aku tu, hahahaha

Ni sapa tak kenai, aku pelangkung bagi!haha
Lepas dah keluar, kami pun makan la dalam kereta. Sumpah sedap weh sambal ikan bilis Muna bawak. Memang jadi addict kot. Makan dengan roti, perghhh memang sedap wehh.


Lepas tu kami gerak ke tempat seterusnya iaitu Maze Land. Time ni dah pukul 1pm dah. Lama kan kami kat dalam tu. Tapi bila keluar perasan ada laut kat tepi cantik sangat. Al kisahnya, sebenarnya terlajak jalan sampai kat roundbout tak sure jalan yang mana kena amik, hahah, akhirnya kami patah balik kat pantai ni. Memang cantik weh, serius!!

Tak ramai orang, dengan angin sejuk

Nama pantai ni adalah Pantai Pyeseon

Excited

Tengok tudung aku, boleh bayang angin dia

Muna lepak kat situ, panas tapi sejuk berangin


Okey, kalau sapa mai, singgah la kat Pantai Pyeseon ni, berdekatan dengan Jeju Folk Village. Aku ada amik video, kalau rajin aku upload.

Terus gerak mengikut kata hati.Oh lupa nak bagitau, time ni, kami dah boleh guna GPS dalam kereta tu. Tapi tetap tak percaya sebab tak cakap english, hahaha...

Perjalanan diteruskan ke Mazeland. Lebih kurang setengah jam dari Folk Vilaage nak sampai. Sambil tu, menikmati la keindahan kattepi jalan. Memang cantik.

Kami sampai kat Mazeland lebih kurang pukul 2.15pm. Orang macam tak ramai sangat. Parking pun luas. Parking free. Bayaran masuk 11000w. (Lupa nak snap gambar). Dah sampai masuk saja la.



Kat Mazeland ni, ada 3 jenis maze. Iaitu Woman Maze dengan Wind Maze. Lagi satu aku lupa.hahaha. Tapi bukan setakat ada maze ja, ada jugak landscape yang cantik. Boleh la pusing-pusing amik gambaq.

Punca tau sebab tengok Runnning Man



Kami masuk 1 maze ja, tu pun dah sesat. hahaha..

Nahaii
 Lepas keluar dari maze tu, kami jalan-jalan lagi. Besar kot mazeland ni. Puas jugak la nak berjalan. Tapi macam tak terjaga sangat ada certain part tu. Tapi masik okey lagi.
Hei u!!

Nak sampai Jepun tak tau bila..




Tengah jalan dalam ni punboleh sesat weh, memang maze betoi tempat ni. Lepas amik gambar dalam kotak ig maze ni, kami pun berjalan sekali tengok mazeland ni ada dalam pagaq. Rupanya kami dah terkeluar, hahah, nak masuk balik kena jalan jauh jugak la. Mungkin kami dah jalan sampai jalan belakang kot.

Masuk balik terus keluar ja la.

ya, me too!
Perjalanan seterusnya adalah ke Woljeongri Beach. Kat sini la tempat yang viral kerusi warna warni tepi pantai tu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit lebih kurang. Sebab terlajak jalan. hahaah.. biasa la kami, tak terlajak, tak jumpa, sesat. tu ja la kejanya, hahahaha

Masuk kotak tuh, perghh hahaha
 Last kami masuk macam jalan kecik muat 1 kereta ja. Selisih dengan kereta lain, tapi mujur lagi depa reverse. Dah jalan kaki pun terlajak jugak, hahaha.. Tengok maps betoi-betoi rupanya terlajak. Kami dah dekat sangat rupanya bila park kereta tu.

Lalu depan kedai-kedai jumpa la.






Kedai-kedai kat sini betul-betul depan laut.




Tak faham tapi macam boleh agak




Kat sini sebab dah petang, memang ramai la. Ramai jugak yang nak ambil gambar kat kerusi warna warna ni. Tapi masing-masing tak dak la sampai nak terkam. Orang baik, kita pun jadi baik la.

Hari dah petang, destinasi kami seterusnya adalah ke homestay la. Ikut tu kalau dalam iti aku buat akan p Manjangul Cave. Tapi dah lewat takut nanti sampai gelap pulak, dah la tak tau kat mana homestay tu. Nak sesat lagikan.hahaha.. So kami skip ja la.


11 comments:

  1. Makin hari makin banyak tempat best ye di Jeju

    ReplyDelete
  2. wahhh..susah jugak nak minta dia top pup ehh..top pup utk apa Tmoney tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasai , nasib sabor Tu separuh Dari Iman..

      Delete
  3. oohh kat GH ni ada dapur..senangla kalau nak panaskan lauk or nasi ke

    ReplyDelete
  4. kalau travel tempat2 mcm ni mmg sesuai sgt bawak sambal bilis kering..kalau cuaca sejuk mcm ni mmg cepat lapo..dpt megi kari panas2 pun sedap hihi

    ReplyDelete
  5. waktu drive tu kat jalan raya kereta byk tak? ke lengang jek..kawasan bandar baru byk kereta? ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kat Bandar Tu memang banyak la. Tambah Kita plak Masih terkial2 lagi. Kena hon jugak la.hahaha.. tapi bila dah masuk jauh sampai pelusuk Tu, kurang la. Macam area pekan seogwipo Ada jugak la..tapi tak la sesak sangat..

      Delete