Saigon City Vietnam (Part 1)

Assalamualaikum wbt..aip!!

Aku baru habis blogwalking setelah sekian lama tak sempat. hihi..

Straight to the point, 15 Disember 2018, aku dengan family maksu aku and paktam ke Ho chi Minh City Vietnam. P sat saja, 4 hari sahaja. Asal plan nak bercuti adik beradik ni dah lama berbunyinya. Tapi tak jadi-jadi. Banyak kali maksu aku ajak p, tapi tak pernah aku menjadikannya, hahahaha.. Alhamdulillah, plan tu menjadi tahun ni. Tanya yang lain semuanya mendiam seribu bahasa, so kita p yang menyahut saja lakan.hihihi..

Tak sempat snap rendang Nismilan
Waktu mula-mula tak ketahuan nak p mana, sat nak p Indonesia, lepas tu paksu cakap dah pernah p tak payah la, p yang tak p lagi. Ubah rancangan ke Chiang Mai. Tetiba tengok harga flight mak aii, terus cancel. Then paksu cakap jom ke Ho Chi Minh boleh p shopping. So, follow jew, hihihi.. Aku pun tak pernah sampai Vietnam lagi.

Asal memula Paktam aku tak join, last minit dia join, so total 6 orang.

Flight pagi pukul 7.35am. So kami gerak dari Senawang pukul 4 lebih macam tu. Sampai klia2 tengok manusia mak aii, ramaii wehh. Sebab 1st time aku p time cuti sekolah. Aku rasa apa semak sangat oiii, hahahah..

Mula-mula drop baggage. Tengok-tengok kena self baggage drop, hahaha,.. Aku perasan la waktu aku check in tu, dia ada bagi tag, tapi ignore ja. Rupanya boleh print tag tu. haihh.. Cari ja mesin tu, print ja la. masuk berapa biji bag kita nak tag. Sudah tu pergi kat kaunter self baggage drop tu, scan boarding pass tu tak silap aku. Ada staf akan tolong, so no worries. Memang cepat lagi la. Mencangak jugak la aku. Tapi alhamdulillah settle. Sebab semua dah pernah naik flight, so mudah la.

Gelabah rock time ni, hahaha

Muka happy bila semua dah selesai

Dah settle masuk siap la, tengok rakyat Malaysia ramai amat nak p vacay, hihihi... Pening aku ramai-ramai ni.hahah..

Nak jugak..
 Berlepas la kami 7.40 pagi macam tu tak silap aku.

Gagah order chicken teriyaki, pagi makan tak kena selera aku

Tolong beli bag kat Wafa

Awan nano ciptaan Tuhan yamg maha Esa

Dah nampak tanah Viet Nam. Maksu aku cakap time ni, "dah nampak siti khadijah, ariani, nelofar", hahah

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh mengambil masa sejam lebih sahaja. Masa di sana lewat sejam berbanding dengan Malaysia. Ho Chi Minh ni merupakan bandaraya terbesar di Vietnam biarpun Hanoi adalah ibu negaranya. Ho Chi Minh City dahulunya dikenali sebagai Saigon, dan ditukarkan namanya kepada Ho Chi Minh iaitu nama salah seorang pejuang kemerdekaan mereka. Bagaimanapun, sehingga kini ia tetap di kenali sebagai Saigon. Kalau kat airport pun di tulisnya Saigon. Cuaca kat sini sama ja macam kat Malaysia. So tak payah la nak bawak baju tebal-tebal. Kalau bawak jugak, tu mengada-ngada la, hahaha.. Matawang kat sini adalah Dong. Nak tau rate, google ja la no, hihihi..Bandar raya Ho Chi Minh ni terletak berhampiran dengan Sungai Saigon. Dekat la dengan Sungai Mekong yang kita belajar kat sekolah dulu tu. Kalau ada penerangan yang salah tolong betulkan aku ye kawan-kawan. 


Disebabkan sat saja, aku tak sempat nak lena.hahaha

Tunggu nak punggah barang

P imigresen sini macam cuak plak. Tengok sorang-sorang p lama pulak tu. Tawakal ja la. Tapi alhamdulillah, okey ja. Eh lupa nak cakap, kebetulan hari kami p tu, Vietnam lawan Malaysia bola AFF tu. Mula angan-angan nak bawak bendera, tapi fikir balik risau plak aku, walaupun lawan kat Hanoi, gusar jugak. hahaha, So tak bawak la. 

Keluar dari airport cari la tour guide yang aku dah tempah sebelum p tu. Melula tak nampak, dah jalan dekat baru perasan, hahaha..


Tak nampak jugak, kasi tampor muka 4 kali, hahaha

Lega dah nampak, orang yang bawak kami tu namanya Ismail, nama glamer Mail kami bagi, hihihi... Dia Muslim Vietnam. Nanti la aku cerita sikit pasal muslim sini.

So dia tanya nak p makan dulu or nak terus gerak. Of cos la makan. Walaupun dah makan kat atas langit tadi, gue tetap lapar k.

Maka dia bawak kami ke sini.


Aku rasa kedai ni mesti famous untuk rakyat Malaysia. hahah,

Jemput tengok ye

Lupa apa nama
Kedai ni aku rasa makanan dia memang tak rasa apa. Teringat bos aku habaq, p Vietnam memang makanan dia tak rasa apa. Tawaq hebiaq ja. Tapi makan ja la. Lapar babe!

Okey nanti aku sambung lagi. Perut aku pun dah lapor pulak tengok makanan ni. hihihi



8 comments:

  1. dulu mcm takde makan halal sgt kat HCM tu... tapi kami mmg ulang alik p Hajah Basiroh je la makan pho dan kopi Vietnam. tu je la kerjanya hari2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ooh yaka.. hajah basiroh tu memang femesla kan.. kopi memang sedapkan..

      Delete
  2. Banyak restoran halal kat Malaysia Street.. pilih saja mana yg berkenan...

    ReplyDelete
  3. adoi kedai tu kureng ka menu dia ? ramai suggest makan situ aiyark..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kurang rasa la siti,bagi saya la, hihi kitakan dah biasa rasa masam, manis , masin, hihihi

      Delete
  4. overall ok ke dak makan kt kedai ni? hihi...asal boleh telan ok je bg saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey awak, jangan risau, cuma kurang rasa masam, manis, pedas tu ja,hihi,.. baik untuk kesihatan tau awak, hahah saya ni pun spesis boleh telan ja semuanya, hahaha, licin jugak pinggan tu, hihihi

      Delete