Camera Museum, Penang

Yuhuuu.. cak!!
Assalamualaikum, Keyakinan nak siapkan entry Penang sebelum puasa, tapi nampaknya sia-sia sahaja.

Dari rumah peranakan kami p makan. Sebab Waze telah memperkotak-katikkan kami, maka kami p makan kat Padang Kota ja. Hmmm... boleh la telan setelah penat menahan lapar akibat sesat.

Sesudah makan baru p Camera Museum. Serius best sebab rasa rare sangat. Silap tak ambik view dalam tu banyak-banyak.





I am Nikon







Family potrait

Sekali tengok macam senapang, tapi ni kamera tau!

Kamera zaman batu ni

Kena try ni, nanti lawan gaduh


teruja

Kodak
Okey, macam mana nak ke sini? Kena park kereta jauh sikit dan jalan. Naik basikal pun okey. Nak masuk area bawah free ja.Kat tingkat atas la bahagian simpanan kamera atau muziumnya. Nak naik kat tingkat atas RM25. Waktu aku p dapat voucher lagi. Bagi aku berbaloi la sebab bukan senang nak tengok barang -barang yang rare ni. Kat tingkat bawah ada kedai souvenir dan kedai makan. Aku sambaq 1 tote bag. Ada baju, botol ayaq dan macam-macam la. Rugi kalau tak singgah sini mai Penang.




Ni adress dia, ;) Model sekejap!

Nak tau lebih lanjut lagi senang visit laman Camera Museum

Nota kaki:gambaq banyak gila, pilih sikit ja la.

Pinang Peranakan Museum @ Muzium Baba Nyonya, Pulau Pinang

 Assalamulaikum, yuhuu...

Bangun pagi tanpa breakfast, bergerak ke Pinang Peranakan Museum atau Muzium Baba Nyonya la senang faham. Aku tau pasal muzium ni lepas adik aku and the gang p. So aku decide wajib p sebab aku suka dengan benda yang bersejarah dan bangunan yang cantik-cantik.

Nak jumpa muzium ni kena berapa kali jugak la lajak sebab jalan one way. Selama 2 hari kat penang memang harap GPS semedang la. Kami prefer google maps berbanding Waze sebab ikut waze punya pasai berapa kali la kami pusing kat roundabout kat Fort Cornwallis. Lawak pun ada jugak, hehe..

Story sikit pasal muzium ni, ia adalah sebuah rumah tinggalan yang memang sangat lama. Tapi telah diambil oleh oleh seorang keturunan Baba Nyonya dah dijadikan sebagai muzium. Kayu-kayu binaan disini di beli dari luar. Seni bina di bina masih sama seperti rumah yang asal. Orang baba ni selalunya kaya-kaya belaka. Ada jugak yang biasa-biasa kot. Nak tau lebih lanjut p sini okey.

Cari punya cari punya cari jumpa jugak. Kami disambut oleh staf kat sini. Dia akan terang serba sedikit pasal sejarah rumah ni. Eh lupa nak habaq, entry RM20. Pada aku berbaloi sebab cantik dan kemas terjaga dalam ni. Serius cantik tak tipu. Tak percaya sila p okey, ;)


Salah satu barang dalam perkahwinan baba nyonya

Nahai, ada dok bergambaq plak dah 

Ruang depan pintu masuk, yang berbaju kuning tu staf yang akan story mory kat kita

Meja makan di bahagian dapur
Pakaian baba nyonya

Radio


Menuju ke bahagian dapur

Bilik tidur 

Bahagian dapur

Sama cantik sama padan

Pintu masuk

Kalau nak tau lebih lanjut pasal muzium ni boleh godek www.pinangperanakanmansion.com.my

Senang lagi nah tempek map kat sini ok!




Nota kaki: Gambaq kat muzium ni banyak sangat, mungkin akan upload kat blog inibokeh, insyaAllah..

Penang Art Street & Padang Kota

Assalamualaikum, olla..

Kalau mai Penang ni tak sah kalau tak p Penang Art Street. Tapi stamina kena kuat dik ton oii. Sebabnya nak menapak memang boleh sakit kaki kalau sapa yang tak besa. Tapi kalau nak sewa basikal pun ok. Tapi sebab pemandu kat Penang ni semua stail Fast Furious, perghh ceq tak berani la nak naik basikal. Maklum la, trauma excident ada lagi. Rasa jalan kaki  lebih selamat, ajal maut tuhan tentukan ye tak..

Art street ni dah pernah mai, tapi aku lupa dah pernah tulis entry dia ke idok, Dia ada macam-macam lukisan yang cantik-cantik. Cuma jauh sikit. Lepas kami selesai menapak kat Fort ornwallis, kami mai  sini la.

Aku ada dapat 1 file pdf dari Penang Tourism about Art Street ni, Art Street 




Sebabkan gambaq kat art street tu tak dak, so aku letak gambaq yang aku p dulu la waktu zaman batu dulu. :) Ikut tu ada lagi lukisan-lukisan yang baru, tapi ceq tak ambik la plak.

Kami maghrib kat Masjid Kapitan Keling. Sepanjang masa memang solat kat masjid ni saja kecuali sebelum balik, kami solat kat Masjid Lebuh Acheh.



Selesai solat perut dah nyanyi sakan, gerak makan malam kat Padang Kota Lama. Kat sini tak sempat ambik gambaq pasemboq yang serius terangkat. Memang sedap sangat. Kerang bakaq pun sedap, risau kalau makan kot kena cherry berry, Alhamdulillah selamat sampai balik. ;)

Suasana malam meriah
Ada macam-macam aktiviti
Terus balik hotel, dan zzzzzzz......

Nota kaki: Awat jadi tak beridea nak karang ntah?! Poyo ja

Fort Cornwallis Penang

Assalamulaikum, uit...

Lepas solat jumaat kami balik hotel check in dulu. Kami tempah bilik kat Tune Hotel. Siap makan semua bagai, gerak ke Fort Cornwallis. Parking kat sini mudah ja, depan pintu masuk tu ja, cuma sedia duit. Lupa berapa harga.

Nak tau pasal sejarah Fort Cornwallis tu better layan kat sini, info terbaik. :)

Layan gambaq ja la no, hehe

Menjejak warisan



Mula-mula tertanya-tanya kenapa ada bunga, lepas baca baru paham
  Ada cerita yang mengatakan perempuan yang mandul akan hamil kalau letak bunga kat meriam Sri Rambai ni.


Poyo ja makcik 2 orang ni, haha
selfie kekunun

Maaf wahai sahabat, aku tahu hampa capek, tapi wa suka amik gambaq :p
Ni clock tower yang kat atas tu

View cantik pokok ni
Ni la model untuk Kota Fort Cornwallis!
Kat mana tempat ni?

Tadaaa....


Nak masuk sini tak salah kena rm10 dengan Mykad, kalau tak salah la, sebab lama sangat nak update entry nikan.. ;)